4 SEBAB KENAPA KENA AMBIL SUPLEMEN ZINC SEMASA PERUT KOSONG

Kak Ebah
0

Setiap kali melakukan sesuatu, kita pasti ada tujuan tertentu, maksud tersirat dan niat tersembunyi kan?

Tentu sekali juga ada sebab dan alasan tertentu yang sudah pasti akan berakhir dengan kesan samada baik atau buruk, samada sesuatu itu adalah yang kita mahu atau sebaliknya.

Begitu juga dengan pengambilan nutrisi dalam bentuk real food atau makanan tambahan yang berupa supplement tablets. Tak mungkinlah makan vitamin sebab saja-saja suka-suka nak buat jajan kan?

Sebelum pergi dengan lebih lanjut, ayuh lihat dulu apakah itu zink atau zinc ?

Zink atau zinc adalah sejenis mineral yang dirumus daripada zink gluconat yang bergabung dengan nutrien lain seperti kalsium dan serbuk alfalfa untuk menghasilkan zink yang mudah untuk diserap oleh tubuh kita.

Ia sesuai untuk pengambilan jangka panjang dan berkesan untuk mengeluarkan logam toksik yang berat seperti kadmium dan plumbum dari tubuh kita. Zink bertindak meransang tindakan enzim dan menggalakkan reaksi biokimia di dalam tubuh manusia. Zink juga berperanan membantu proses metabolisma lemak, protein dan karbohidrat.

Setiap daripada kita memerlukan zink untuk mengekalkan kesihatan tubuh di mana ia boleh diperolehi daripada sumber pemakanan seharian atau melalui pengambilan tablet zink.

Phytates dan Asid Phytics dalam Zinc

Mineral zink mengandungi Asid Phytics atau Phytates.

Asid phytics atau phytic acids adalah sejenis asid yang menyimpan fosforus. Ia juga dikenali sebagai enzim yang akan membantu tubuh kita untuk memecahkan phytic acid dan membebaskan mineral dalam keseluruhan bijirin dan kekacang yang kita makan.

Asid phytic boleh mengikat mineral dalam usus sebelum ia diserap dan mempengaruhi enzim pencernaan. Phytates juga mengganggu pencernaan kanji, protein, dan lemak.

Oleh kerana itu ia sering dianggap sebagai anti - nutrien kerana ia mengikat mineral dalam saluran pencernaan, menjadikannya kurang bersedia untuk keperluan badan kita.

Pengambilan phytates yang berlebihan boleh mengganggu penyerapan kalsium dan boleh merosakkan tulang. Merendam kekacang terlebih dahulu sebelum dimakan atau dimasak akan membantu proses penghadaman dan membolehkan tubuh kita menyerap lebih banyak mineral yang sepatutya.

Inilah sebab-sebab mengapa zink harus diambil sebelum makan :

1. Kebanyakan makanan yang mengandungi fiber (serat) seperti kekacang, roti dan nasi mengandungi phytates. Phytates yang terkandung di dalam tablet zink akan mengikat makanan lain yang juga mengandungi phytates.

2. Apabila phytates menajdi aktif, ianya akan menjejaskan bioavailability zink yang mudah "kalah" pada nutrien lain. Jadi, pengambilan zink selepas makan akan mengganggu dan melumpuhkan penyerapan zink ke dalam tubuh kita.

3. Untuk penyerapan dengan kadar yang maksimum, kita disarankan agar mengambil tablet zink atau makanan yang kaya dengan kandungan zink sebelum mengambil apa-apa hidangan terutamanya yang mengandungi phytates.

4. Zink bersifat mineral dan perut kita berasid. Asid akan melarutkan zink dengan lebih cepat semasa perut kosong. Segala mineral yang terkandung dalam zink akan dapat diserap dengan lebih optimum, sekaligus akan memberikan kita segala manfaat zink yang diperlukan tubuh.

Kadar kehilangan zat besi setiap hari untuk lelaki & wanita mengikut kajian yang dibuat :

  • Lelaki dewasa kehilangan ~ 1 mg / hari
  • Wanita haid kehilangan ~ 1.4 mg / hari
  • Wanita menopaus kehilangan ~ 0.8 mg / hari
  • Ibu menyusu kehilangan ~ 1.1 mg / hari

Kebanyakan zink dan phytates juga akan mudah musnah di dalam perut dan usus kecil sekitar 37-66%.

Antara manfaat lain zink :

  1. Mengatasi masalah kulit yang berjerawat
  2. Mengekalkan deria bau dan rasa supaya sentiasa sihat dan sensitif terhadap ransangan
  3. Menambah kesihatan dan kemampuan seksual lelaki
  4. Memperbaiki masalah rambut
  5. Membentuk kolagen untuk pertumbuhan kulit, kuku dan organ
  6. Mempertingkatkan sistem imun melalui pengeluaran kelenjar thymus yang mampu menghalang jangkitan penyakit
  7. Menyegerakan penyembuhan luka
  8. Mengatasi kelesuan kronik

Jadi, jika anda rasa luka masih juga lambat sembuh, kuku masih lagi kusam, dan rambut makin banyak yang gugur walau dah ambil suplemen zink, cuba pula ubah jadual pengambilan, konsisten dgn dos pengambilan dan lihatlah hasilnya!

Anda tentu tidak mahu pengambilan zink sehari-hari menjadi sia-sia hanya kerana tidak ambil maklum tentang pentingnya ia diambil pada waktu yang betul, bukan?

Sebaik-baiknya ambillah zink setengah jam atau sejam sebelum kita makan, sebelum tidur pada malam hari atau selepas bangun tidur, sebelum mengambil sarapan pagi. Yang penting, ketika itu perut haruslah betul-betul kosong untuk kesan yang diingini.

Asid phytic memainkan peranan dalam fungsi pankreas dan rembesan insulin. Ia boleh mengurangkan tindak balas glisemik daripada makanan, bermakna kita akan berasa kenyang lebih lama.

Mineral zink yang mengandungi phytates berupaya membantu pankreas dalam pengeluaran insulin serta mengekalkan fungsi insulin seterusnya memperbaiki penyakit diabetis.

Ini bermakna, anda juga boleh mencegah dan mengurangkan gejala diabetis melalui pengambilan zink dalam diet harian!

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !