JANGAN BUAT MAIN MASALAH TERKUCIL, SIKSA KUBUR MENANTI WALAUPUN WARAK SOLAT DAN RAJIN MENGAJI

Kak Ebah
0

Takut sebenarnya sambil taip title ni.

Bila bercakap bab kencing ni, ramai yang malu-malu sebab rasa ia adalah satu isu sensitif dan tidak harus dikongsi.

Kalau dilihat daripada statistik rambang yang dibuat, daripada 5 orang wanita yang ditanya, 3 daripadanya mengangguk mengakui mereka ada masalah ini. Bermaksud antara sedar dengan tidak, 3:5 wanita mengalami masalah kencing!

Teringat Kak Ebah pada satu kuliah zohor di pejabat baru-baru ni. Topik yang sangat menarik yang buat Kak Ebah rasa kena bertubi-tubi atas batang hidung sendiri dan beberapa lagi tompok rakan lain yang sama-sama mendengar ulasan ustazah.

Tajuknya ialah 10 ciri-ciri wanita ahli neraka. Menarik, tapi menakutkan.

Kisah Benar di Zaman Rasulullah

Dalam kuliah zohor itu, ustazah ada cerita tentang sebuah kisah di zaman Rasulullah S.A.W. Diriwayatkan daripada Ibnu Abas R.A katanya,

Ketika Rasulullah S.A.W sedang berjalan melalui sebuah kebun di Madinah atau di Mekah, lalu kedengaran oleh baginda suara dua orang sedang disiksa dalam kuburnya. Maka berkata Nabi SAW, “Kedua-duanya disiksa bukanlah kerana dosa besar’. Kemudian Nabi SAW melanjutkan perkataannya, “Yang seorang disiksa kerana kencing dan tidak bersuci sesudah itu dan seorang lagi kerana membuat fitnah supaya orang bermusuh-musuhan (suka mengadu domba)’.

Sesudah itu Nabi SAW menyuruh ambil sebatang pelepah tamar, lalu dipatah dua oleh baginda, dan diletakkannya di atas kedua-dua kuburan itu masing-masing sepotong”. Seseorang bertanya, “Ya Rasulullah! mengapa anda lakukan itu?”. Jawab Nabi SAW, “Mudah-mudahan keduanya mendapat keringanan selama pelepah tamar itu tidak kering”.

Menjelaskan, betapa wajibnya membersihkan diri dari bekas air kencing yang tergolong sebagai najis. Betapa pentingnya air kencing itu dibersihkan dengan sempurna dari tubuh badan, pakaian dan tempat solat. Juga menunjukkan keyakinan seorang muslim akan adanya siksaan kubur yang segalanya benar.

Allah.. Mungkin bila dalam keadaan tergesa-gesa, kita tak rasa benda ini penting dan menganggapnya remeh sehinggakan menyebabkan kita melakukan ibadah dalam keadaan tidak suci. Kadang-kadang kita tak sedar, menunaikan solat dalam keadaan bernajis.

Kebanyakan yang diazab di dalam kubur di sebabkan air kencing yang tidak dicuci dengan bersih dan terkena pakaian tanpa disedari. Nauzubillah!

Di antara punca yang sering dikaitkan dengan masalah kencing ini :

  • kurang minum air masak
  • sering tahan kencing
  • mengandung
  • tidak menjaga kebersihan alat sulit
  • jangkitan bakteria
  • mereka yang mempunyai daya tahan (sistem imun) yang rendah

Masalah kencing ini boleh jadi berpunca daripada salah satu sebab di atas atau kesemuanya sekali. Ia memang sakit dan buat diri selalu rasa tidak selesa.

Penyebab masalah kencing tak lawas atau kencing kotor ini adalah keterbiasaan tabiat membersihkan kemaluan dengan mengelap dari belakang ke depan, yang menyebabkan sisa kekotoran najis dan bakteria masuk ke salur uretra.

Kaum wanita adalah golongan yang paling kerap mengalaminya dan lebih mudah dijangkiti kerana saluran uretra mereka yang lebih pendek daripada lelaki. Kebanyakan jangkitan pada saluran kencing ini adalah disebabkan oleh bakteria e.coli.

Diagnosa paling terkenal yang akan ditulis ialah U.T.I - Urinary Tract Infection atau jangkitan pada salur kencing. Kak Ebah perasan sangatlah istilah ni yang selalu doktor tulis pada slip MC. Memang sampai boleh buat MC sebab rasa sakit dan pedih dia yang tak tahan tu.

Pada kebiasaannya doktor akan beri ubat untuk lawas kencing dan antibiotik yang mesti dihabiskan untuk mengelakkan terjadinya jangkitan kuman pada saluran kencing. Jadi, jika ingin membuang air kecil hendaklah lebih berhati-hati dan mencari tempat yang tidak mudah terkena percikan najis untuk tujuan kebersihan.

Petua tradisi menggunakan daun yang membantu

Air rebusan daun sireh

Daun sireh terkenal sebagai bahan pencuci bahagian sulit wanita di kalangan orang-orang veteran yang terdahulu. Masa zaman tu mana ada feminine hygience for vagina lagi. Ia mengandungi antiseptik yang dapat menghilangkan gatal-gatal dan mengelak jangkitan kuman atau bakteria. Sangat sesuai bagi merawat keputihan dan menghilangkan bau.

Ia turut membantu menyejukkan badan dan mengecutkan saluran peranakan untuk ibu -ibu didalam pantang selain dapat meneutralkan bau badan, bau mulut, bau bahagian alat sulit yang tidak menyenangkan.

Herba Alfalfa 

Alfalfa memang terkenal dalam perubatan tradisional sebagai tumbuhan herba yang bersifat alkali. Ia mampu mengurangkan radang dan membersihkan saluran kencing.

Cukup dua dulu, sebab Kak Ebah tak rasa kedua-dua ni mudah diperolehi di zaman sekarang ni. So, yang mana ada tanah sikit tu, atau balkoni comel tepi rumah tu.. tanamlah pokok sireh lepas ni. Bukan setakat boleh buat hiasan sireh junjung je tau!

Part dalaman pulak, kalau ada yang jenis tablet kan lebih senang. tingg!! Cakap pasal orang yang tak berapa nak rajin macam Kak Ebah lah ni. :)

Bercakap tentang pengalaman sendiri, masalah ini pernah Kak Ebah alami beberapa kali sebelum ini terutamanya jika sedang mengandung dan selepas bersalin. Ada juga ketikanya ia berlanjutan sehingga menyusukan anak.

Bukan sengaja ambil mudah, tetapi ia jadi tidak terkawal disebabkan oleh beberapa isu berkaitan wanita yang Kak Ebah rasa tak sesuai dikongsikan secara terang-terangan di sini. Lebih buruk jika ia melarat sehingga menjejaskan hubungan suami isteri. Berapa point dah di situ. Dari sudut ibadat dan kewanitaan. Sesungguhnya Kak Ebah takut.

Pernah juga beberapa kali Kak Ebah berjumpa dengan Pakar Sakit Puan, tetapi setiap kali itu Kak Ebah akan diberikan pil antibiotik lagi dan lagi. Tak dapat digambarkan sebenarnya apa yang Kak Ebah rasa, bagaimana perasaan Kak Ebah yang tengah runsing pasal masalah kewanitaan ini, kemudian pula terpaksa makan pelbagai jenis ubat (antibiotik pula tu). Dahlah tengah menyusukan anak.

Oleh sebab itulah Kak Ebah mencari alternatif. Sehinggalah dipertemukan, mendapat maklumat tentang tablet-tablet semulajadi yang berciri anti-biotik, bersifat anti-radang, selamat dan boleh diambil tanpa was-was dalam jangka masa panjang. Alhamdulillah..

Sejak kenal dengan petua bawang putih ni, memang Kak Ebah lega sangat. Betul-betul membantu di saat-saat kecederaan begini. Sejak dapat solution tablet alfalfa dan garlic inilah yang saya ambil untuk mengatasi masalah kencing tidak lawas yang dialami.

Sistem imun yang kuat adalah salah satu cara mengatasi masalah kencing kotor atau kencing tak lawas ini kerana bakteria memang mudah menyerang dan akan selalu menang jika daya tahan badan kita tidak cukup kebal untuk menentangnya.

Kak Ebah juga mengambil langkah insof dengan minum air masak dengan cukup (sekurang-kurangnya 2-3 liter sehari) agar kuman dan bakteria yang terdapat dalam saluran kencing dapat dikeluarkan dengan lebih mudah dan lancar. 

Alhamdulillah, memang sangat-sangat membantu! Apa yang buat Kak Ebah happy sangat dan tak risau walaupun sekarang ni kedua-duanya dah menjadi tablet wajib yang dimasukkan dalam diet harian ialah, kedua-duanya vitamin organik yang selamat dan semulajadi, tanpa bahan kimia.

Boleh makan dengan senang hati, tak membahayakan atau ada side effect untuk diamalkan dalam jangka masa panjang. yeay! :)

Boleh juga amalkan senaman kegel untuk kuatkan otot pelvis dan vagina. Atau terus dapatkan rawatan dengan pakar Pelvic Care Therapy di Klinik Amisi alhamdulillah dah tak terkucil ketika solat.

Menggunakan teknologi HIFEM (High-Intensity Focused Electromagnetic) membantu memberi denyutan magnet untuk atasi masalah terkucil!
Ada beberapa cawangan berdekatan anda :
☎️Klinik Amisi Bangi: 011-5509 1827
☎️Klinik Amisi Putrajaya: 011-5559 1837
☎️Klinik Amisi Shah Alam: 011-55582363
☎️Klinik Amisi Wangsa Maju: 011-55821887
☎️Klinik Amisi Meru Ipoh: 011-27088392

Mereka yang duk terasa tempias tu, cecepat ambil tindakan. Yang susah minum air masak tu, siapkan botol air di mana-mana pun anda berada supaya senang nak minum tanpa beralasan lagi. Ini soal ibadat, jangan sambil lewa, jangan dibiar-biarkan tau!

Semoga segala ikhtiar ini Allah bantu dan permudahkan. Ameen.

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !