Buat kesekian kalinya ada prospek WhatsApp sebab nak tanya mana satu produk Shaklee yang boleh tolong dapatkan balik kulit muka asal dia yang dulu, walaupun tak putih macam sekarang.
Adeh.
Lagi-lagi kes nak putih cepat dengan cara yang jahat. Kesian tau, buat kat orang lagu tu.
Awatnya, cantik sangat ka kalau putih sampai timbul urat hijau semua?
Sedih dia mengadu dekat Kak Ebah pasal dia dah terlanjur guna produk yang entah dari mana asal-usul kejadiannya, sampai hancur muka.
Bila Kak Ebah tanya jenama, lupa. Katanya, yang pasti dalam set tu ada krim siang, krim malam yang waaaaangi teramat.
Herm.
Mungkin juga bukan lupa tapi tak sanggup nak sebut. Ralat tu, sudah pasti lah.
I feel you, i feel you bebeh.
Muka dah breakout. Sebagai yang pernah mengalami sendiri saya faham sangat feeling dia macam mana. Kulit cantik tu boleh jadi satu jenis keyakinan tau dak?
Tapi alhamdulillah akhirnya Kak Ebah dah jumpa dengan Skincare Organik yang paling selamat dan dibuktikan bebas daripada bahan-bahan terlarang.
Sebelum itu, marilah Kak Ebah share serba sedikit apa yang kau orang boleh buat bila dah jadi mangsa produk yang dah menjahanamkan muka tu :
- Berhenti serta merta daripada guna sebarang produk skincare. Dah tak payah gigih sangat tepek foundation tebal-tebal sebab nak cover balik. Nanti lagi teruk jadinya muka tu. Habis tersumbat liang roma.
- Basuh muka setiap hari menggunakan pencuci muka yang semulajadi, bebas daripada bahan kimia. Jangan miss.
- Tukar tuala muka dengan kerap dan JANGAN gunakan tuala yang sama dengan tuala mandi
- Gunakan krim pelindung matahari yang tidak menyumbatkan liang pori
- Ambil makanan tambahan dari sumber seperti Carotomax, ESP, Vitamin C dan B-Complex untuk memberi nutrisi, pembentukan sel-sel baru dan perlindungan kepada kulit muka
Baca Juga : Teknologi YOUTH SKINCARE untuk kulit bermasalah akibat salah guna produk.
Orang perempuan sepatutnya perlu rawat muka dari masalah jerawat,bukan tutup jerawat dengan makeup untuk kelihatan cantik. Tolonglah pergi jumpa pakar kulit jika pelbagai usaha lain gagal.
Bila kulit sihat, confident level pasti tinggi!