Alhamdulillah..
Adik Ain Sufi dah discharged daripada wad petang semalam. Dah beransur baik, selera makan pun dah semakin pulih. Syukur.
Simptom yang bermula dengan muntah-muntah dan cirit-birit memang adalah petanda masalah berkaitan gastroenteritis. Boleh juga berpunca daripada ketidaksesuaian antibiotik, alahan kepada susu atau makanan, jangkitan parasit atau bakteria atau virus seperti rotavirus.
Rotavirus. Kebarangkalian yang terakhir.
Sungguh. Tak expect lansung. Tak sangka pulak. Ingatkan, setakat tersalah makan atau food poisoning yang biasa je sebab last sekali adik makan yougurt yang dikhuatiri dah tamat tempoh.
Ada juga kawan-kawan yang tanya apa tu rotavirus. Yang baru pertama kali dengar pun ada. Ada pulak yang ingat rotavirus ni budak-budak je yang kena.
Makanya jomlah kita berkenalan dulu sikit dengan siapakah dia rotavirus
Kenali Rotavirus
Sejenis virus yang menyerang usus dan sistem penghadaman yang menjadi punca utama muntah dan cirit-birit yang serius di kalangan kanak-kanak di seluruh dunia.
Ia boleh kekal beberapa jam di atas permukaan kulit manusia, permukaan yang keras serta mampu hidup lama di dalam najis individu yang telah dijangkiti.
Bayi dan kanak-kanak yang berusia di bawah 2 tahun adalah di antara golongan yang paling berisiko sehingga boleh menyebabkan kematian. Sebelum vaksin ditemui, statistik menunjukkan ianya merupakan antara wabak yang mencatatkan jumlah kematian yang paling tinggi di kalangan kanak-kanak setiap tahun.
Antara simptom yang biasa adalah :
- dimulai dengan muntah-muntah yang berterusan tanpa sebab
- sakit perut dan cirit-birit yang berlanjutan (melebihi 4 kali sehari)
- disertai pula dengan demam dengan tiba-tiba
- badan menjadi lemah dan lesu tidak bermaya
Merujuk kepada data WHO katanya, dianggarkan lebih 440,000 kematian kanak-kanak dan bayi sedunia disebabkan oleh rotavirus.
Rotavirus berada di ranking yang kedua tertinggi selepas pneumonia (vaksinnya dikenali sebagai pneumococcall). Oleh sebab itulah hari ini kedua-dua wabak yang semakin terkenal ni sudah ada vaksin yang boleh diberikan jika ibu bapa mahu (pilihan), selain vaksin wajib yang kena ambil pada umur-umur tertentu.
Ya, memag ada vaksin khas untuk mencegah rotavirus tetapi ada beberapa isu yang buat saya memilih untuk tidak memvaksin kedua-dua orang puteri kesayangan saya ni.
Disebabkan saya sendiri bukanlah ahli di bidangnya, boleh baca lanjut tentangnya di sini :
Keperluan vaksin Rotavirus dan sejauh mana ia diperlukan
Isu vaksin daripada perspektif Islam
Fatwa tentang hukum vaksin Rotavirus
Sambung balik kisah yang terjadi, nak dijadikan cerita, virus rota dah merebak ke kakak dan abi sama. Doktor kata, virus ni memang mudah terjangkit dan berjangkit. Orang dewasa pun tak terkecuali.
Walaupun masa adik kena ibu tak sempat take action awal, sebab ada bengkel yang kena bermalam, kali ni ibu terus ambil tindakan awal pada kakak dan abi.
Bak kata doktor, rotavirus tak ada ubat spesifik, yang boleh dibuat cuma elakkan virus tersebar dan tubuh dehydrated. Boleh ditangani di rumah pun kalau tindakannya cekap dan pantas.
Lepas nampak kakak Iman Nasuha mula tunjukkan tanda-tanda, ibu terus start 1 sachet nutriferon, 2 kali sehari dan bancuhkan performance drink pekat-pekat bagi dia minum. Tak sanggup dah nak tengok sorang lagi anak kena virus ni.
Kalau diikutkan, memang inilah pengalaman pertama saya handle anak yang kena rotavirus. Selalunya sebelum ni dengar cerita daripada orang lain je.
So.. nak share sikit apa tindakan yang boleh diambil bila dah terkena jangkitan :
1. Sentiasa menjaga kebersihan tangan, barang permainanan, tempat tidur agar virus tiada peluang untuk merebak. Gunakanlah sanitizer setiap kali selepas ke tandas.
2. Pastikan tubuh sentiasa terhidrat dengan pengambilan air yang cukup supaya badan tidak lemah dan lesu. Macam biasa, #performancedrink adalah pilihan kami sekeluarga.
3. Perkukuhkan sistem imun dengan makananan yang boleh meningkatkan antibodi seperti bawang putih dan biji labu. Sedap dan power. Kegemaran budak berdua ni semestinya #nutriferonshaklee yang tengah on promotion di bulan november yang ohsem ini.
4. Disebabkan virus yang attack usus dan sistem penghadaman ni akan buat kita kerap berulang ke tandas, rektum dan sekitar dubur akan mudah melecet. Gunakanlah krim sapu di kawasan yang terlibat terutamanya jika anak masih lagi memakai pampers. Mujurlah kami ada krim ajaib #herbalblend yang sangat membantu.
5. Elakkan risiko jangkitan yang sangat mudah berlaku di tandas dengan penggunaan detergen yang sesuai. Toilet kami memang sentiasa ada pencuci serbaguna #basicH yang bebas bahan kimia. Bahkan, ia dah jadi pengganti shower bath budak berdua tu pun. Boleh nampak banyak improvement dekat kulit kakak sejak ibu suruh guna benda tu buat sabun mandi.
Syukurlah, tak sempat melarat teruk kat dua-dua orang lagi buah hati. Genap 2 hari je masing-masing bergilir keluar masuk bilik air sebab hasil kumuh yang watery.
Pagi tadi simptom dah semakin hilang dan petang ni nampaknya dua beranak tu dah berselera makan balik. Kakak dah "tak shirit", kata dia. Makan bubur nasi pun bertambah-tambah tadi.
Kalau sebelum ni saya pernah share tips menanangani anak yang terkena HFMD di entri Pengalaman Menjaga Anak HFMD Part 1 dan Pengalaman Menjaga Anak HFMD Part 2, kali ini saya share pasal rotavirus pulak. Tak banyak beza sangat pun kalau dah namanya penyakit yang jenis berjangkit ni.
Disebabkan virus ini paling kerap menyerang bayi dalam lingkungan umur 4 hingga 24 bulan, susu ibu adalah cara pencegahan dan penawar yang paling baik kerana ia mengandungi probiotik semulajadi yang super power.
Selama 2 tahun 2 bulan ni, baru sehari semalam ibu tinggalkan Ain Sufi tidur tanpa nenen. Terus adik balas dendam berkepit dengan ibu sampai seminggu pulun abis-abis sampai engorged balik.
Tak sia-sia ibu jadikan alfalfa complex sebagai milk booster dan sahabat baik sejak sekian lama. :)
Orang kata, walk the talk la kann.. bukan setakat cakap je, tapi memang itulah prektis yang kita amalkan hari-hari dalam rutin mahupun di saat-saat kecemasan.
Terliur tak tengok dia?
Sedap betul tau air ni, bancuh sejuk-sejuk pulak kan. Yang tak sakit pun berebut minum sama. Minuman isotonik pilihan atlit antarabangsa tau ni.
Semoga sedikit perkongsian ibu daripada pengalaman sendiri ini dapat membantu mak-mak lain di luar sana pula!
Ibu yang suka kongsi pengalaman.