PENGALAMAN CABUT GIGI BONGSU, APA YANG PENTING KENA TAHU SUPAYA TAK TAKUT

Kak Ebah
0

Finally after 7 years. Wisdom tooth removal.

Gigi kekal pertama yang kena cabut selama 35 tahun hidup. Last gigi yang berpisah daripada jasad ni dulu zaman sekolah rendah. Itu pun gigi bongsu. Lama kan?

Kuat sungguh gigiku, walau sejenis yang tak minum susu. Mujur makan suplemen tablet kalsium, eh?

Kalau tau macam ni punya lembut dentist dia buat kerja dah lama Kak Ebah serah diri, tak peram lama macam ni. Memang repeated setiap kali lepas bersalin mesti dia buat hal. Akhirnya ku musnahkan juga ketakutan itu sebelum sakit makin teruk.

"Fears are nothing more than a state of mind" eceh ceh.

Mula-mula masa sebelum start prosedur nanti doktor akan beritahu awak awal dah pasal macam mana plan beliau, step apa yang dia akan guna dan buat untuk keluarkan gigi korang tu dengan jayanya.

Kalau plan A tak menjadi, doktor akan proceed dengan plan B. Begitulah seterusnya. Fail to plan kan membawa kepada plan to fail?

Selain kebersediaaan fizikal, mentally pun memang kena get ready sebab kejadian gigi kita semua ni memang suatu yang UNIK. Tak akan pernah ada seseorang yang sama letak duduk gigi mereka dalam mulut yang berbeza.

Gitu.

Sebab itulah, TAK AKAN pernah ada prosedur yang sama terpakai pada semua situasi pada setiap orang.

Macam bersalin juga. It depends on mom’s condition dan kalau-kalau ada sesuatu yang tak dijangka masa proses kelahiran. Rezeki kita lain-lain. Mungkin berjaya bersalin normal sampai akhir, atau perlu bantuan vacuum, atau berakhir dengan emergency czer.

Kebetulan sangat, level sakit pun lebih kurang sama. Sebab tulah, dikatakan sakit gigi ni sakit kedua selepas bersalin. No wonder kan?

Satu perkataan nak cakap "TAK ADALAH SAKIT SANGAT PUN" Kenapa lah aku sampai simpan bertahun-tahun benda ni. Dush!

Tak sakit, tapi ketakutan itu tetaplah nombor 2 selepas rasa takut nak beranak.

Ye, memang tak sakit sangat MASA KEJADIAN. Sebab ada bius.

Ibarat macam bersalin czer jugalah.

Baca SINI : Pengalaman Bersalin Emergency Czer yang takkan mungkin dilupakan.

Selepas prosedur tu yang datang sakit. Post-Surgery Recovery process.

Day 1 

Masuk klinik, lepas daftar, isi details, confirm dengan nurse dulu semua. Verify nak cabut gigi mana sekian sekian.

Sebelum tu, memang dah set appointment seminggu awal dan dah datang buat scaling. Doktor kata, akan jadi lagi mudah bila gigi dah bersih dari karang, kerang, cengkerang semua tu lah.

Doktor check dulu gigi buat kesekian kali dan explain in details based on gambar X-Ray yang dah ambil masa last appointment.

Masa saya datang klinik hari kejadian tu pun, doktor buat X-Ray lagi sekali sebab nak bagi betul-betul puas hati dengan positioning gigi yang nak ditamatkan riwayatnya.

Total semua 3x X-Ray dengan 3 angle baru dapat complete summary, action nak buat dan macam mana proses yang bakal berlaku. Itu pun tak nampak akar gigi, sebab mesin X-Ray klinik ni comel aja, bukan besar dan canggih macam dekat hospital or imaging center yang kena bayar sana. Tau, sebab pernah dah pergi buat scan dekat swasta, siap kena masuk terowong macam CT scan tu, melayang RM120 aku. Tu pun duk hold tak CABUT-CABUT jugak.

OK sambung...

Waktu ni, perasaan dah sangat terkawal sebab dah bersedia dari awal. Graf ketakutan pun dah flat dan semakin menjunam ke bawah walaupun still ada rasa-rasa berdebar lagi.

Macam ni lah agaknya ya, perasaan nak masuk OT untuk Elective Caesar?

But this time, memang kosong - no idea.

Seingat Kak Ebah daripada pengalaman lepas, kena cucuk bius dekat gusi tu lagi berkali ganda sakit daripada kena cabut gigi.

All go smoothly with the flow. Tak ada drama, alhamdulillah.

Mula-mula, doktor kebaskan mulut guna macam gel. Lembut je, tak sakit. Hati pun tenang. Sebab tu penting sangat pilih dekat klinik mana korang nak buat urusan gigi ni. Dah kebas dekat area yang sepatutnya, doktor cucuk bius guna jarum yang haluuuuss sangat. Lepas tu doktor buat "longkang" dekat sekeliling gigi yang nak cabut supaya dapat bantu mudahkan cabutan

Doktor goyang-goyangkan gigi manja-manja tapi saya maintain cool je sebab tak rasa sakit lansung pun. Doktor cuba lagi goyangkan gigi sedikit radikal dan cuba cabut gigi yang tersebut tapiiiiiii TAK BERJAYA!

Finally doktor decide untuk buat minor surgery -Doktor usulkan Surat Persetujuan untuk tandatangan. Sama macam sebelum ditolak masuk OT masa nak kena bedah bersalinkan anak jantan sorang tu dulu.

Doc pecahkan gigi kepada 2 dan buat "cut" pada gusi supaya gigi mudah dikeluarkan. Daaaaan yeaaah. Akhirnya dengan mudah sahaja gigi dicabut!

Dalam masa tak sampai sejam, cuma 45 minit semua SELESAI. Seorang doktor yang sangat lembut dan patient friendly, 2 orang nurse yang murah senyuman. Semua serentak sebut "alhamdulillah" hehehe.

Pulang ke rumah dengan bekalan mouthwash dan sekeping nota yang prescribe painkiller yang kena cari dekat farmasi. Stok klinik habis.

SEKIAN. Berakhirlah hari PERTAMA yang ditakuti.

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !