NORWEX BPA-FREE, FOOD AND DISHWASHER SAFE CHOPPING BOARD KAYANGAN!

Kak Ebah
0

Mohon hati-hati.

Ini adalah post review seorang makcik bawang.
Bakteria yang tertinggal di papan pemotong, 200 kali ganda lagi banyak compare dengan yang ada di sekeliling mangkuk tandas - Prof.Charles Gerba.
Pernah dengar tak?
Ini bukan Kak Ebah sengaja pandai-pandai cakap, tapi kajian dari seorang mikrobiologist di Universiti Arizona.
Ingat sangat fakta ni, masa buat 5S, jadi AJK Toilet kat office dulu. Bukan main banyak info baru yang dijumpai.
Selama ni ingat, tandas lah tempat dalam rumah yang paling kotor dan jadi punca keracunan makanan tapi rupanya kat dapur sendiri.
Segala jenis papan pemotong dah pernah ada kat dapur sis ni. You name it. Plastik, kayu, kaca, marble, colour coded punya punnn, samaaa. Mengecewakan.
Maka dengan itu, duit-duit barang dapur dikit-dikit ku himpunkan untuk memiliki papan pemotong anti bakteria cum anti calar ini.
Dan ternyataaaa.. memang sangat-sangat berbaloi!











Made from biodegradable natural rice husks, non-toxic, BPA free, food and dishwasher safe, durable and easy to clean!
Dah sebulan lebih pun guna dengan penuh keseronokan. Potong sayur, hiris bawang, of course enteng saja.
Yang sendiri macam tak percaya tu, kita kasi hempuk ayam atas dia pun, tetap steadyyy! Cuma sis tak buat selalu la, sayang hehe.
Bebas kesan calar. Apa lagi nak tertinggal kesan hitam keladak mahupun kekuningan lepas setiap kali guna.
Al-maklumlah, bila dah calar-calar gitu, memang kat situlah nanti akan jadi port anak-beranak bakteria menempel dan membiak.
Tang nak basuh pulak, memang senang bangat. Lalukan air saja pun dah bersih. Helok je rupa paras macam tak pernah guna. Tak usah gigih nak gosok-gosok dengan limau macam cutting board plastik sebelum sebelum ni. Masalahnya tak tanggal juga pun.
Hat ni, hang bilas manja saja pun, maintain baru je rupa dia macam baru di.be.li. Ohhhhoiiii! ❤️
Yang benar,

Kak Ebah.
Yang suka masak lepas tu review barang baik.
Tags

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !