Ramai orang yang pernah merasa kebas dan kesemutan di bahagian anggota tubuh termasuklah tangan kaki. Ramai juga yang buat tak endah dengan rasa kebas dan mencucuk ini kerana ia dianggap sebagai salah satu simptom biasa apabila sudah mencecah umur warga emas tanpa sedar ianya mungkin disebabkan isu kesihatan yang lebih serius.
"Biasalah, dah tua macam ni laaah"Namun hakikat sebenarnya rasa kebas dan mencucuk terutama pada kaki dan tangan yang kerap berlaku adalah antara petanda seseorang itu mengalami masalah sistem saraf periferal yang dikenali sebagai periferal neuropati.
Periferal neuropati ini menyebabkan proses penghantaran sesuatu maklumat kepada otak tersekat dan boleh mengganggu kualiti kehidupan pesakit.
Dr Anthony Geraci, pengarah Pusat Neuromuscular di Institut Kesihatan Sains-neuro di Manhasset New York,
Jika seseorang mengalami rasa kebas dan semut-semut lebih dari seminggu dan melibatkan lebih dari satu tubuh badan, ia mungkin adalah petanda sesuatu yang lebih serius"
Ia bukan sekadar tersalah posisi duduk atau berdiri terlalu lama atau terlalu kerap menggunakan anggota yang sama secara berulang-ulang. Ia mungkin disebabkan oleh isu kesihatan yang lebih serius.
Tidak kira berapa umur pun, percakapan yang kurang jelas dan rasa lemah atau tidak boleh bergerak pada sebahagian anggota badan adalah antara simptom strok atau angin ahmar.
Simptom-simptomnya akan datang secara tiba-tiba dan lebih kerap berlaku pada individu berisiko tinggi, seperti yang menghidapi penyakit darah tinggi, perokok dan pesakit kencing manis. Strok adalah punca kematian ketiga terbesar di Malaysia selepas penyakit jantung dan kanser.
- Berhenti merokok
- Kawal pemakanan - makan makanan sihat dan seimbang
- Amalkan senaman secara konsisten
- Ambil suplemen tambahan yang boleh menyokong kesihatan
Pengurus Kanan Perubatan Global Proctor & Gamble Health International, Dr Inna Eiberger, berkata vitamin B1, B6 dan B12 penting untuk mencegah kerosakan saraf dan merawatnya.
Antara sumber vitamin ini boleh didapati dalam bijirin, daging, sayuran, kentang, susu dan produk tenusu, buah-buahan, kekacang, ikan dan telur.
“Semua vitamin ini boleh didapati dalam makanan seharian yang seimbang tetapi tidak semua populasi di dunia dapat jumlah yang mencukupi iaitu sekurang-kurangnya 1.4 miligram (mg) sehari dengan jumlah keseluruhan melebihi 300 mg. Kekurangan vitamin B boleh menyebabkan seseorang rasa kepenatan, lemah otot, mengalami sawan malah memberi kesan ke atas mental seperti kemurungan,” katanya.
Rasa kebas yang muncul secara mendadak perlu mendapat perhatian doktor. Begitu juga kebas yang diikuti dengan lemah anggota atau sukar menggerakkan sebahagian anggota kerana ia perlu dirawat oleh profesional di bidang kesihatan dengan segera.