SERIUS KE PROLONGED JAUNDICE, BILA PATUT RASA RISAU ?

Kak Ebah
0

Bersalin kali ke-tiga ni memang betul-betul pengalaman baru yang mengajar. Sudahlah laki bini terkejut dengan keputusan saat akhir untuk ELSCS (Emergency Lower Segment Ceasarian Section), tup-tup diuji pulak dengan si boboi yang kena prolonged jaundice.

Jaundis atau kekuningan pada bayi

Sel darah merah manusia yang terurai akan menghasilkan partikel yang dipanggil bilirubin. Bilirubin inilah yang menjadi punca kekuningan atau jaundis yang perlu disingkirkan segera daripada tubuh bayi. Bilirubin ini pula sifatnya tidak larut air, oleh itu ia seterusnya akan dihantar ke hati untuk disintesis menjadi larut air.

Jaundis bermula selepas 24 jam kelahiran yang memperlihatkan kulit bayi yang kekuningan daripada muka bayi hingga ke dada, seterusnya ke abdomen dan turun pula ke bahagian kaki. Semakin menurun ke bawah paras kuning (pada bahagian badan) bermakna paras bilirubin semakin banyak dan meningkat.

Pengalaman anak Prolonged Jaundice

Dapat pulak dekat anak bujang sorang ni. Kakak-kakak dia dulu paling tinggi pun 9 mmo/L je bacaan kuning. Yang si tengah Ain Sufi tak kuning lansung, pergi bawak dia ke KK. Abi siap kena tanya dengan nurse "Kenapa datang sini? Anak awak takde kuning" sigh.

Yang sebenarnya, si boboi ni, masa discharged dari hospital hari ke 3 tu bacaannya dah 7.2 mg/dL (122 mmo/L) dan masa repeat test dekat KK hari ke 8 tu, terus mencanak naik ke 13 mg/dL (221 mmo/L). Terkejut maktang!

Macamana jaundis ni ditentukan?

Ada reading atau bacaan khas yang akan ditentukan melalui ujian darah.

1mg/dL = 17micromol/L

Border line ialah 5mg/dL bersamaan dengan 85 micromol/L.

Makanya, kalau bacaan baby kita tu lebih daripada 5mg/dL/85 mmo/L maksudnya si baby tu kuning.

Tak perlu risau atau buat apa-apa kalau bacaan jaundis dengan bilirubin kurang daripada 170 mmol/L masa 1st week. Jika bacaan meningkat dan mencecah 200 mmol/L, bayi harus diletakkan di bawah terapi lampu yang dipanggil fototerapi.

Bila perlu risau?

Jaundis atau bacaan kuning yang masih tinggi (melebihi 5mg/dL @ 85 mmo/L) dan tidak turun selepas 2 minggu usia bayi.

Jaundis fisiologikal (normal) adalah dalam tempoh 2 minggu @ 14 hari, sepatutnya akan beransur turun hari demi hari dan biasanya hilang pada hari ke-10 jika bayi dilahirkan cukup bulan. Sekiranya berpanjangan, beberapa perkara perlu dipastikan iaitu :

1. Warna najis tidak pucat dan warna air kencing tidak gelap (seperti teh-O) - petanda ada masalah pada hati/saluran hempedu bayi.

2. Baby kerap menyusu dan bukannya asyik tidur dan tidur (petanda organ dan fungsi hatinya lemah)

3. Ibu tak ambil sebarang makanan yang berunsur panas (halia, lada hitam, susu kambing, jamu)

Apa yang jadi pada baby Nu'man?

Maka selang 2 hari lepas bacaan 13 yang mengejutkan tu, memang asyik kena repeat ambik darah ajelah kerjanya.

The following 2 days 12.

Lepas tu 9.4.

Lepas tu tendang naik balik 13.

Nak dijadikan cerita, memang kami agak lambat bawa adik pergi check jaundis ni. Pertamanya sebab terkejut tiba-tiba bersalin (hehehe) dan yang kedua sebab cuti umum. Bersalin 25 Ramadhan, discharge 3 hari selepas tu dan terus cuti rayaaa.

Tak terdetik pun nak pergi check dekat klinik swasta (eh boleh ke check jaundis kat klinik biasa bukan hospital) sebab selalunya pun memang check jaundis dekat Klinik Kesihatan Bangi ni je. Senang dan cepat. Bagitau je nak check kuning, terus dapat fast lane!

Apa lagi, terus dapat refer letter, arahan suruh further check si kenit ni dekat hospital.

Berhuhuhu lah mak bapaknya ni. First time kot kes jaundis kantoi sampai macamni. Bila bincang-bincang, memang betullah, kalau awal pergi check mesti dapat bertindak cepat dalam tempoh seminggu awal tu. So moralnya kat sini, kena follow betul-betul date dekat buku baby tu bila nak kena pergi check jaundis. Penting!

Masalahnya yang si adik ni tak nampak dia punya petanda kuning tu. Kulit dia merah semerah-merahnya macam udang kena bakar. Dalam risau-risau bab kuning tu pun sempatlah kembang kuncop mak pasal orang duk kata putih anak jantan ko ni. Lol.

Lepas tu pulak, asal tukar pampers je tak sah kalau takde hasil. Berak dan kencing memang wajib sampai tahap bocor-bocor. Berat pun naik mendadak daripada 3.3 kg jadi 3.8 kg dalam masa seminggu je. Banyak tu!

Maksudnya, dia membesar dengan jayanya dan sistem perkumuhannya pun di tahap cemerlang. Tulah yang mak tak paham tu apa pasal lah boleh terjebak dengan si kuning ni pulaks.

Apa nak buat kalau dah terjebak?


Sebenarnya atas decision masing-masinglah ni. Nak proceed dengan prosedur atau tunggu sebulan dulu atau tunggu bacaan kuning turun sendiri (kalau everything goes well)




Kami?

Tak nak take for granted benda-benda macamni. Taknak ralat kemudian hari. Pesan doktor mas kes Ain Sufi jatuh tangga dan muntah-muntah dulu tu, saya still ingat sampai hari ni. "Better safe than sorry" katanya.

Selepas berbincang dan consider beberapa perkara maka kami ambil keputusan untuk buat beberapa ujian di Paeds Clinic An-Nur. Disebabkan nak cepat, kalini kami pilih Dr.Khairul Azman.

Dengan pasrahnya ibu dan abi merelakan beberapa sampel diambil daripada Nu'man Hadif. Kalau di KK sebelum ni ambik darah kat tapak kaki, this time dia dicucuk kat tangan. Selain darah, sampel urin pun doktor nak untuk proceed dengan test ni.

Jenis rhesus darah yang berbeza ibu dan anak adalah antara sebab. Biasanya risiko lebih tinggi kalau salah seorang (ibu atau anak) darahnya jenis O.

Dr. Khairul bagitau, takut kalau ada jangkitan kuman pada baby yang buat bacaan jaundis susah nak turun, lambat turun dan tak turun-turun.

Banyak kes yang berlaku, baby yang fully breastfeed jaundisnya lebih lama dalam situasi warna najis dan air kencing tetap normal termasuk bacaan bilirubin yang tak tinggi. Jaundis yang disebabkan oleh susu ibu atau dipanggil breastmilk jaundice ni tidak membahayakan bayi.

Sementara nak tunggu result ujian darah, Nu'man dapat antibiotik yang kena makan dalam masa 5 hari. Dalam hati, saya ada sikit suspen sebab memang masa pregnant haritu ada batuk-batuk teruk sampai jadi alahan semput. Al-maklumlah, makyong kan takboleh makan ubat sembarangan.

Nanti saya sambung cerita pasal apa antara soalan yang doktor tanya dan macaman result baby Nu'man. Galak pulak menulis masa pantang ni hehehe. Stay tune!

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !