JUN YANG PANJANG UNTUK DIKENANG, ALHAMDULILLAH I'M OFFICIALLY SV6 BE AMBASSADOR

Kak Ebah
0

 

Bismillah.
Hari ini, genap 4 bulan saya di BE International. Platform yang tidak lansung pernah saya jangka akan bawa saya kembali ke medan networking business.

Langkah pertama saya dalam BE adalah ketika setuju untuk ikut sertai BES di HQ Bukit Jalil, 21 May. Masa tu dah up sikit daripada percaya dengan socks sahaja (less mudorat katanya), upgrade pula pakai pants. Tak sangka ya, more confident yaa, rasa kewanitaan sejati tu lepas pakai pants ni.

Masa tu juga 1st time jumpa moyang Munirah Azma, malu nak tegur tapi masa ambil gambar laju menyelit celah-celah Nurhasanah Mazalan. Perasan juga Amirah Razak menang lucky draw kemain syok.
Orang kalau mula-mula jual mahal tapi bila lama-lama tak perasan dah sebelah kaki, inilah dia. Saya selesa sangat dengan circle ini, circle yang tak buat saya fikir lama nak "masuk ke dalam".

Masa bagitahu bonda Zulaikha Ali nak fight Ambassador Jun tu, sikit pun tak terbayang apa nak kena buat, macam mana nak buat, berapa banyak kena buat.. yang saya tau saya nak hadiah hari jadi bulan 6. Biasalah, sejenis cakap je dulu. Dapat ke tak tu, another story. Nampak tak, till that time pun, masih ada mindset begini. Nak, tapi tak ada plan, macam mana nak ada action and coordination between? Biasa dia tuuuu.

To be frank saya memang tak tau dari mana nak start, tapi sebab dah buka mulut dekat Zue, saya acah-acah bersungguh dengan apa yang saya dah sebut. Takkan nak tarik balik. Meanwhile, seronok tengok Liyana Ahmad and Aisyah Anuar keep on sharing, filing, seeding and recruiting. Banyak betul resources, lebih kurang sama je pattern. Dalam hati wondering, diorang ni ada sistem lain ke apa ni, yang saya tak tau.

Then, lepas series of pujuk-pujuk, Zue add kita dalam intensive group, subhanallah rasa kerdilnya diri kita yang sememangnya kerdilnya ni Ya Allah. Tak sangka dalam masa 28 hari, rank up to Ambassador di Hari Arafah, end of the month Allah izin unlock high PGSV pula.

1/6/23 - masih di Terengganu atas tuntutan kerja hakiki. Angkut pants, socks, scarf. Top belum ada.
Alhamdulillah, 3 days 2 night, all went well walaupun ada juga terselit acara muntah berganti-ganti dekat laut sinun.

2/6/23 - sempurnakan janji dengan sahabat baik. Attending Dr Hayfa Younis Faith Event, Masjid Wilayah KL. Qalbu Saleem. Dah booked tiket awal and decided to join onsite event at hall. Back to Bangi, ada sekotak parcel BE sampai, malamnya on full set Aulora sepanjang tidur. Alhamdulillah, Allah izin bangkit awal pagi fresh, bersama-sama dalam majlis ilmu sampai petang.

2 benda baru saya perasan :
Saya lansung tak sakit kepala walau travel beratus km hari sebelum, tak cukup rehat dan aktiviti super pack. Yang kenal saya closely memang tahu saya memang sangat mudah, sangat kerap, sangat fragile dengan kepala, sejenis kuat berangin. Akan trigger dehydration migraine. Boleh rosak semua program bila terjadi benda begini masa travelling.

Kaki lansung tak cramp, subhanallah. Mood bagus, emosi juga berkadaran sama. Tak ada point nak cari gaduh or terasa hati dengan sesiapa. Alhamdulillah. Health concern yang mungkin orang lain rasa nothing tapi bagi yang mengalami sekian lama, it's a blessing.

6/6/23 - visit adinda Zulaikha dengan kapasiti adik bukan upline, bersama baby baru, ditemani sifu cum coach bisnes Putri Zulaikha. Makcik circle who always believe in me and keep telling me about my strength and potential.

7/6/23 - dapat berita kurang baik tentang kesihatan husband. Syukur, an early sign is a good sign. Alhamdulillah.

8/6/23 - pertama kali jejak kaki ke HQ Bukit Jalil untuk shopping. Bawa balik urgent orders termasuk Aulora pants untuk husband. My 39th birthday tapi gift for my soulmate. Bukan tentang kita yang buat kita bahagia, kan? Tak celebrate birthday sendiri, tapi meraikan diri yang kembali sedar to self love and appreciate life. Ia nikmat besar yang Allah beri, to see your worth. First walk in tu, bawa order yang tak terjangkau dek akal. Teringat masa mula-mula beli stokin dulu dah warning dekat Zue, "please jangan add I dalam group bisnes, I tak ready"

And the list goes on.

Husband admitted di hospital untuk heart procedures. 4 hari yang panjang dengan anak 4 yang menguji kewarasan. Being me yang memang clingy ni, tak tahu dari mana datang kekuatan bila kena tinggal tiba-tiba macamtu.

Semuanya Allah bantu. Tak pernah weh, husband tak ada selama itu. Kerjasama yang luar biasa in BE. 80% online sharing, cuma sekali sempat buat Aulora filing depan orang, selain sesi selak menyelak tunjuk pants dan socks bila ada kesempatan offline (sisters only, of course).

Allah hantarkan support system yang superb dari pelbagai arah. Families, officemates, team yang saling mendukung. Walau leader kita dalam pantang, kita kacau juga dia hari-hari. Hari-hari dia ajar kira points, hari-hari juga dapat new confusion. Tak apa, dah suruh dia sentiasa pakai Aulora balut perut betis kaki semua from top to toe.

Rasa sangat panjang hari-hari nak menghabiskan Jun. Bulan yang diniatkan mahu melakar sesuatu untuk kenangan. Allah beri in His very own way. Beautiful.

Sempat juga tunaikan 20kg order rendang tok dan dendeng raya untuk yang berhajat. Hairan juga dari mana datang kudrat dalam keadaan yang terhad, dengan pelbagai tuntutan yang nyata penat.

Allah beri kekuatan, Allah bantu beri ilham untuk setiap satunya. Allah anugerahkan sihat dan datangkan mereka yang mencari solusi kesihatan. Allah tunjukkan pelbagai hikmah yang akal ini sangat terhad untuk fikir dan hadam.

Masa taip ni, my number 2 Ain Sufi positive influenza A, day 3. Selesai juga ibadah korban tahun ni. Fully occupied, sederhana tapi bermakna.

Macam-macam ujian, but despite all.. semuanya cantik Allah susun. Allahu Allah. Nikmat mana lagi yang harus aku dustakan Ya Allah, terima kasih.

Cerita saya ni mungkin cuma biasa-biasa, tapi kali ini saya punya kisah berbeza untuk saya simpan buat diri dalam masa tak sampai sebulan decide to rank up. Terima kasih kalian, untuk semuanya.
Jun yang panjang untuk dikenang.. Tiada daya upayaku melainkan dengan izin Allah belaka.

Seperti kata seorang sahabat yang mengucapkan tahniah, "kita ini bukan bintang suram, kita bintang cerah semuanya" ❤️

Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): "Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, kemudian nanti". Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): "Insya Allah". Dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa; dan katakanlah: "Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini". (Al-Kahf : 23-24)

Semoga Allah redha dan hitung setiap satunya sebagai ladang pahala.
*Yaa, yaaa, tau panjang berkajang. Terima kasih yang setia baca sampai habis. 
 

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !