Aina bekerja sebagai pegawai kewangan di bandar besar. Hidupnya penuh dengan angka, dateline, dan mesyuarat tanpa henti. Dari zaman belajar di universiti lagi, dia sudah biasa dengan ‘gastrik’. Pedih ulu hati bila tak makan ikut masa.
Paling menakutkan, ada satu malam Aina terjaga sebab rasa sesak nafas dan pedih yang melampau di dada kiri.
Doktor tanya, “Pernah ada gastrik?” Aina angguk.
Mari kita ceritakan bagaimana GERD (Gastroesophageal Reflux Disease) terjadi dari puncanya.
Bayangkan sistem penghadaman kita macam jalan sehala. Makanan turun dari mulut → esofagus → perut.
Tapi... makanan tak sepatutnya naik balik ke atas. Di antara esofagus (salur makanan) dan perut, ada satu pintu khas dipanggil LES (Lower Esophageal Sphincter) — macam "pintu pagar automatik".
LES tu apa sebenarnya?
LES adalah singkatan bagi Lower Esophageal Sphincter, atau dalam Bahasa Melayu, ia dipanggil sfinkter esofagus bawah.
Fungsi utamanya:
1. Terbuka bila makanan turun dari esofagus ke perut
2. Tertutup rapat selepas makanan masuk, supaya asid & kandungan perut tak naik semula ke atas
Tapi... kalau pintu LES ni lemah, rosak atau terbuka pada waktu yang salah maka asid perut dan makanan akan naik balik ke esofagus dan menyebabkan GERD (Gastroesophageal Reflux Disease).
Punca LES jadi lemah?
Makan berlebihan atau terlalu kenyang
→ Perut jadi penuh & tekanan tinggi, lesak kandungan ke atas.
Makanan & minuman tertentu
→ Contoh: kopi, teh, coklat, makanan bergoreng, makanan pedas, tomato, alkohol – semua ini boleh buat LES jadi longgar.
Tabiat makan tidak sihat
→ Makan lewat malam, terus baring lepas makan, makan terlalu cepat.
Obesiti atau berat badan berlebihan
→ Tekanan dari lemak perut menekan LES.
Stres berpanjangan
→ Ganggu sistem saraf autonomi → lesi otot LES tidak berfungsi normal.
Masalah dalam usus & sistem pencernaan lain
→ Bila usus tak sihat, signal saraf dari perut & otak boleh terganggu (gut-brain axis), LES pun boleh terlibat.
Apa kesannya bila GERD berterusan?
- Rasa pedih ulu hati
- Rasa masam dalam tekak
- Batuk kering atau asma yang makin teruk
- Sakit dada seperti serangan jantung
- Gangguan tidur
- Tekak perit, suara serak, susah menelan
- Risiko luka & kanser esofagus jika dibiarkan
Jangan Biarkan GERD Mengawal Hidup Anda
Ramai yang anggap rasa pedih ulu hati, tekak masam, atau batuk malam hanyalah masalah kecil. Tapi hakikatnya, ia mungkin petanda LES anda sudah lemah dan GERD sedang bermula.
Jangan tunggu sehingga perlu bergantung ubat seumur hidup. Tubuh kita boleh pulih, jika kita bantu ia dari akar. Semuanya bermula dari sistem penghadaman yang sihat dan gaya hidup yang betul.
Nak tahu cara semula jadi & selamat untuk bantu redakan simptom GERD?
📌 Klik sini untuk konsultasi mesra atau mesej saya terus.
📌 Saya sedia bantu anda faham punca sebenar dan ikhtiar yang sesuai — berdasarkan pengalaman sebenar, bukan sekadar teori.
Kerana bila perut tenang, emosi dan hidup pun kembali seimbang.
Ayuh, kita mula langkah pertama hari ini.
Penafian Penting:
Artikel ini ditulis untuk tujuan pendidikan dan maklumat sahaja. Ia bukan pengganti kepada nasihat perubatan profesional. Jika anda mengalami gejala seperti yang dinyatakan, sila rujuk doktor atau pakar kesihatan. Jangan buat diagnosis sendiri atau hentikan rawatan tanpa bimbingan profesional.