Kalau beberapa tahun lepas orang sembang dengan saya pasal gut health, microbiome, probiotics, prebiotics semua ni… saya dengar je lah.
Usus bagi saya masa tu simple. Makanan masuk, hadam, lepas tu buang.
Dan kalau boleh buang air besar setiap hari, kira okay lah usus tu kan?
Rupanya tak semudah tu.
Buang air besar memang salah satu benda yang kita boleh observe tentang sistem penghadaman, tapi gut health bukan sekadar cerita kita membuang setiap hari.
Bila saya mula membaca, baru tahu dalam usus kita ni ada satu komuniti mikroorganisma yang sangat besar iaitumicrobiome. Dan yang buat saya fascinated, benda yang berlaku dekat usus ni rupanya ada connection dengan banyak benda lain dalam badan.
Immune system.
Mood.
Metabolism.
Cara badan digest dan gunakan nutrien daripada makanan.
Masa tu saya macam eh, selama ni aku ingat usus ni kerja dia proses makanan je. Lepas tu mula lah satu benda bawa kepada satu benda.
Apa beza probiotics dengan prebiotics?
Postbiotics pula apa?
Kenapa microbiome setiap orang tak sama?
Apa benda yang boleh affect balance microbiome kita?
Kenapa sekarang banyak sangat research tengok connection antara gut dengan otak?
Haaa… masuk rabbit hole. Dan makin baca, makin saya sedar badan kita ni sebenarnya tak bekerja secara asing-asing.
Bukan usus buat kerja usus. Otak buat kerja otak.
Immune system buat hal dia sendiri.
Semua ni communicate dan influence antara satu sama lain dalam cara yang jauh lebih complicated daripada yang saya pernah bayangkan. Sebab tu sekarang saya banyak interested dengan gut health.
Bukan sebab saya nak jadi pakar usus. Saya cuma rasa benda ni sangat dekat dengan kehidupan kita.
Bab kita makan setiap hari.
Tapi selama ni saya sendiri lebih banyak fikir apa yang saya makan, daripada apa yang berlaku selepas benda tu masuk dalam badan. Yang tu rupanya satu dunia lain.
Sekarang bila baca pasal fiber, fermented food, probiotics, prebiotics, postbiotics atau microbiome… saya boleh faham sikit-sikit kenapa semua ni selalu disebut bila bercakap tentang gut health.
Masih belajar. Masih banyak tak tahu. Tapi satu benda memang dah berubah daripada pemahaman saya dulu,
Usus yang sihat bukan sekadar “saya berak setiap hari, so okay lah.”
Rupanya banyak lagi cerita dekat dalam tu yang sangat mind blowing dan akhirnya menjadi "game changer" kepada kisah hidup kami.

