Bertahun saya fikir anak saya ni pelik.
Pelik perangai dia.
Pelik cara dia react.
Pelik kenapa benda yang senang untuk orang lain, dekat dia boleh jadi begitu susah.Rupanya bukan pelik.
Dia cuma unik.
Dan lama juga masa yang kami ambil sebagai parents untuk faham bahawa my number 2 is neurodivergent.
Kadang kita explain benda yang kita rasa dah cukup clear, tapi dia macam tak sampai. Ada benda kecil yang boleh trigger emosi dia.Tidur susah.
Tantrum.
Meltdown.
Impulsive.
Bab makan pun memilih.
Kena bantai toksah cakap, banyak kali. huwaaaa.
Dan sebagai mak, selain perasaan bersalah setiap kali dah melepaskan emosi yang tak ada jawapan, mestilah kita tertanya-tanya…
Kenapa anak aku macam ni?
Especially bila kita dah ada anak sulung sebelum dia. Kita ingat dah ada sedikit pengalaman jadi mak kan?
Sekali keluar number 2 ni… habis semua ilmu parenting yang kita rasa kita tahu. Macam-macam jenis buku kita bawa masuk dalam rumah. End up, tetaplah emosi juga yang menguasai, tambah lagi bila dah penat dengan macam-macam tentang dunia dan kehidupan.
My number 2. My special one.
Lama juga sebenarnya kami nak faham dia. Sebab bila kita belum tahu, senang sangat kita tengok behaviour yang kita tak faham sebagai perangai.
Degil. Ya, ini perasaannya. Tahu, tak best. Dan sungguh, bukan melabel tapi dalam kebanyakan masa memang banyak menunding jari pada diri sendiri.
Tak dengar cakap.
Susah nak control.
Over sangat.
Kenapa benda kecil pun nak marah?
Kenapa orang lain boleh, dia tak boleh?
Dan saya pun bukan terus jadi mak yang sangat memahami.
Tak.
Saya sentiasa marah.
Pernah hilang sabar. Berkali-kali.
Pernah rasa mungkin saya tak cukup tegas.
Pernah cuba macam-macam cara sebab kita cuma nak anak kita okay.
Kaunseling pernah.
Psikiatri pernah.
Rawatan lain pun kami pernah explore.
Rawatan Islam, minum air penawar? YES.
Sebab masa tu kita sendiri masih mencari jawapan.
Sampailah slowly kami mula faham tentang neurodivergence.
Rupanya selama ni… dia bukan sekadar pelik. Dia unik.
Cara otak dia process dunia memang tak semestinya sama macam kita. Benda yang kita boleh filter, mungkin dia susah nak filter.
Benda yang kita boleh regulate dengan mudah, mungkin dekat dia perlukan lebih usaha.
Benda yang kita fikir kecil, mungkin pengalaman dia terhadap benda tu tak kecil pun.
Bila mula faham yang ni, banyak benda dalam kepala saya mula connect satu-satu. Ohhhh… patutlah.
Dan antara benda paling besar yang saya belajar daripada dia ialah jangan terlalu cepat melihat behaviour seorang anak dan terus decide siapa anak itu.
Kadang-kadang behaviour tu cuma bahagian yang kita nampak. Kita tak nampak apa yang sedang dia cuba process dekat dalam.
Saya masih belajar sampai sekarang. Masih ada hari saya tak faham dia.
Masih ada masa saya tersalah approach. Masih ada hari suara ibu dia ni satu rumah jadi murung sama.
Tapi sekurang-kurangnya sekarang bila sesuatu berlaku, saya cuba untuk tak terus fikir,
Kenapa dia buat macam ni?”
Kadang saya tukar kepada,
Apa yang sebenarnya susah untuk dia sekarang?”
Nampak macam beza ayat je. Tapi sebagai mak, beza cara kita bertanya tu boleh ubah banyak benda.
Dan anak ni…yang dulu banyak kali buat saya tertanya-tanya sama ada saya ni pandai ke tak jadi mak, rupanya antara orang yang paling banyak mengajar saya tentang menjadi seorang emak.
Dia ajar saya sabar.
Dia ajar saya observe.
Dia ajar saya bahawa adil tak semestinya semua anak kena dilayan dengan cara yang sama.
Dan paling penting, dia ajar saya, tak semua yang berbeza itu perlu “dibetulkan”.
Ada yang cuma perlu kita fahami, sehingga itu kita hanya nampak "kesyukuran"
My number 2. My special one.
Ain Sufi Binti Mohamad Khairi❤️

