BILA ANAK SENDIRI CAKAP, "OTAK AIN TAK BOLEH BERHENTI FIKIR..."

Kak Ebah
0

September. Bulan harijadi my one and only.


Ibu mulakan dengan tulis kisah Ain. Supaya esok, kalau ibu dah tak ada, Ain boleh baca balik tulisan ni. Sigh.


And.. kalau nak cakap apa yang buat aku betul-betul curious pasal Gut-Brain Axis, sebenarnya bukan sebab aku baca satu research paper. Tapi sebab anak aku sendiri.


Ain Sufi.

Anak kedua aku yang neurodivergent.


Semuanya bermula dengan tidur. Dan bukan tidur saja. Sampailah N’exBio, waktu tu new product, launch dekat Malaysia.


Well, aku memang akan selalu jadi antara orang terawal yang mesti cuba dulu. Sebab aku sendiri kena percaya dulu dengan product yang aku nak share dekat orang.


And tak ada cara lain. Nak percaya, mesti kena consume dulu. So mestilah aku yang cuba dulu.


Then my upline cakap dekat aku,

“Kak Nusaybah, bagi dekat anak yang tu.”


Ain.


So aku bagi. Dan benda pertama yang aku perasan, dia tidur.


Masa tu, sumpah cakap aku memang menangis tengok huwaa. Nampak dia sangat penat dan seolah-olah claim balik episod tidur dia lama dulu.


Itu yang buat aku semakin curious. 


Ain memang ada masalah tidur. Badan dah baring. Lampu dah tutup. Orang lain dah bersedia nak tidur. Tapi otak dia belum.


Satu ayat yang Ain selalu cakap dekat aku, biasanya bila aku menyinga marah dia sebab tak tidurlah.

Ain bukan tak nak tidur ibu, otak Ain tak boleh berhenti fikir.”


And that sentence stays with me. Sebab kita yang tak berada dalam kepala dia mungkin senang je cakap,

“Tidur je lah.”

“Pejam mata.”

“Jangan fikir.”


Tapi macam mana nak suruh seseorang jangan fikir, kalau otak dia sendiri macam ada 20 tabs terbuka serentak?


Satu belum habis, satu lagi masuk. Benda yang berlaku siang tadi. Benda yang belum berlaku. Benda random.


Idea.

Risau.

Excited.

Semua datang sekali serentak.


Bila tidur tak cukup, esoknya memang nampak. Nak bangun susah. Emosi lebih mudah meletup. Sangat-sangat! Bukan aku sorang yang affected, tapi satu rumah cuaca jadi puting beliung.


Impulsive.

Fokus pun lain.

Communication pun kadang-kadang jadi lebih challenging.

For years, kami cuba faham Ain dari macam-macam angle.


Bukan sehari dua. Dan bukan satu jalan sahaja. Honestly, mula-mula aku pun pelik. Apa kena-mengena usus dengan otak anak aku?


Usus dekat perut. Yang struggle nak berhenti fikir tu otak. Macam jauh sangat. Then aku mula belajar tentang Gut-Brain Axis.


Yes, again asbab BE. Yang sistem education dia sangatlahh baguss!


Baru aku tahu dua bahagian ni sebenarnya ada komunikasi dua hala. Aku mula baca tentang microbiome, in our filings.


Tentang bagaimana usus berkomunikasi dengan sistem saraf melalui pelbagai pathways.

Tentang vagus nerve.

Tentang metabolites yang dihasilkan oleh gut bacteria.

Tentang hubungan gut, immune system dan brain.


Dan masa tu aku tak terus fikir,

“Oh, ni mesti solution untuk Ain.”

No.


Aku cuma jadi sangat curious. What if selama ni ada satu bahagian yang kami tak pernah tahu pun?


Serta merta merembes airmata ibu aku ni. And, aku teruskan bagi Ain N’exBio.

Bukan sebab aku expect ia akan “ubah” neurodivergence dia.


Dan slowly aku mula melihat Ain sebagai anak yang tak perlu diperbaiki menjadi orang lain. Aku cuma seorang mak yang nak tengok satu benda:

kalau gut environment dia kita support, ada tak apa-apa perubahan yang kami sendiri boleh observe?


So aku tengok. Hari demi hari. Dia mula tidur lebih lena. Dan bila tidur malam dia lebih baik, pagi pun lain. Lebih mudah bangun.


Kemudian aku mula perasan benda-benda kecil yang bagi orang lain mungkin nampak biasa.


Fokus dia.

Emosi dia.

Communication dia.

Impulsivity dia.

Sampai satu tahap dia sendiri mula datang membantu aku dekat dapur.

Bukan semua berubah overnight.


Bukan setiap hari perfect. Dia tetap Ain. Dengan otak Ain. Dengan cara Ain melihat dunia.


api sebagai mak yang hidup dengan dia setiap hari… aku nampak perbezaannya.


Bukan sebab aku nak claim N’exBio merawat neurodivergence.

Tak. Aku sendiri tak akan cakap macam tu.


Tapi pengalaman Ain buat aku mula memahami kenapa bidang Gut-Brain Axis ni sangat menarik untuk kita explore.


Sebab kadang-kadang kita terlalu fokus kepada apa yang kita nampak dekat luar saja.


tidur.

emosi.

fokus.

behaviour.


Sedangkan badan manusia bukan beberapa department yang bekerja sendiri-sendiri. Semuanya interconnected. Dan perjalanan Ain buat aku belajar satu benda yang aku sendiri tak pernah fikir sebelum ni:

kadang-kadang bila kita nak memahami otak, kita kena belajar tentang usus juga.


Dan semuanya bermula daripada satu ayat kecil yang Ain selalu cakap dekat aku:

Otak Ain tak boleh berhenti fikir.”


Dan, sambil taip ni ibu nak cakap dekat Ain, 

Ain, ibu minta maaf... ibu sayang Ain...

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !