Saya ni sebenarnya jenis banyak soal. Kalau orang cerita sesuatu yang saya tak pernah dengar, susah sikit saya nak terus…
Ohhh okay, bagus rupanya.” Tak boleh hahaha.
Dalam kepala dah start keluar soalan satu-satu.
Kenapa? Macam mana? Betul ke? Apa benda yang buat dia jadi macam tu?
Kadang-kadang orang baru explain separuh, saya dah sibuk fikir benda lain yang saya nak tanya.
Bukan sebab nak challenge orang.
Memang perangai saya macam tu.
Saya suka tahu how things work.
Dan semakin berumur ni saya belajar satu lagi benda.
Kadang-kadang bukan setakat kena belajar benda baru. Kita kena unlearn benda yang kita ingat kita dah tahu… kemudian relearn balik.
AULORA antara benda yang buat saya melalui proses tu. Sebab sebelum kenal AULORA, saya dah lama consume supplement. Dari middle 20’s lagi macam saya cerita sebelum ni.
So bila badan mula rasa tak macam dulu, saya naturally fikir supplement yang saya consume tu dah tak sama ke?
Quality dah degrade?
Atau badan dah biasa?
Atau mungkin dosage kena increase?
Sebab dalam kepala saya masa tu, kalau dulu consume okay, sekarang dah tak rasa sama… mesti something dekat supplement tu yang berubah.
Rupanya saya terlupa satu variable besar.
Saya sendiri pun dah berubah. Umur dah bertambah.
Badan yang umur 20-an dengan badan yang dah masuk 40-an tentulah bukan cerita yang sama.
Dan masa kenal AULORA, saya mula diperkenalkan dengan satu angle yang selama ni memang saya tak banyak explore: blood circulation.
Haaa yang ni terus buat saya curious.
Sebab selama ni banyak fokus saya memang dekat apa yang masuk dalam badan.
Nutrition.
Vitamin.
Mineral.
Protein.
Good fat.
Supplement.
Functional food.
Tapi saya tak pernah betul-betul fikir tentang circulation sebagai sebahagian daripada bigger picture. Masa tu macam ada satu missing piece masuk.
Saya selalu fikir macam ni sekarang:
Kereta pun kita isi minyak yang elok, tetap kena service juga kan?
Takkan kita isi minyak premium bertahun-tahun kemudian expect enjin, hose, filter, semua benda dekat dalam tu tak berubah langsung.
Badan pun dah berpuluh tahun bekerja. Maybe bukan semua jawapannya ialah tambah lagi benda yang kita consume. Kadang-kadang kita kena tengok benda daripada angle lain juga.
Dan itu yang saya maksudkan dengan unlearn and relearn. Bukan bermaksud semua yang saya percaya sebelum ni salah.
Supplement masih sebahagian daripada rutin saya sampai sekarang. Cuma sekarang perspektif saya lebih luas.
Dan sebab tu juga bila mula-mula kenal produk-produk BE, saya tak terus jatuh cinta dengan semua benda.
Ada yang saya cuba sebab curious.
Ada yang saya baca dulu.
Ada yang orang share pengalaman, saya dengar… tapi dalam kepala tetap,
Okay interesting. Tapi kenapa boleh jadi macam tu?”
Testimoni memang menarik. Tapi bagi saya, testimoni seorang tak semestinya bermaksud semua orang akan dapat pengalaman yang sama.
So saya tetap nak tahu apa yang ada di belakang produk tu.
Ingredient apa?
Teknologi apa?
Siapa develop?
Ada kajian?
Macam mana benda tu supposed to work?
Haaa part ni yang bahaya.
Sebab bila dah curious, saya boleh masuk rabbit hole 😂
Satu malam nak baca satu benda.
Sekali daripada satu artikel pergi artikel lain. Jumpa nama teknologi, cari teknologi. Jumpa nama researcher, pergi cari researcher pula.
Last-last lupa asalnya nak cari apa.
Tapi saya memang macam tu.
Sebab bagi saya ada beza antara percaya sebab orang cerita dengan percaya sebab kita sendiri dah ambil masa untuk faham.
Dan lagi satu…bila kita sendiri nak berkongsi dengan orang, saya rasa kita ada responsibility juga.
Takkan orang tanya,
Kenapa benda ni macam ni?”
Kita jawab,
Entah. Orang kata bagus.”
Saya sendiri tak puas dengan jawapan macam tu. Kalau saya tak tahu, saya lebih rela cakap saya tak tahu.
Then saya pergi cari. Kadang-kadang jawapan yang saya jumpa menguatkan lagi apa yang saya percaya.
Kadang-kadang rupanya benda tu tak exactly macam yang kita faham pada awalnya. Then adjust lah balik. Tak rugi pun.
Sebab semakin lama saya rasa kita tak perlu tahu semua benda. Tapi kalau nak bercakap tentang sesuatu, at least tahu apa yang kita sedang cakap.
Maybe sebab tu content saya kadang-kadang nampak macam campur-campur.
Hari ni cerita ingredient.
Esok teknologi.
Lusa gut.
Lepas tu tiba-tiba cerita motherhood pulak.
Sebab memang itu benda yang saya tengah baca, tengah belajar atau tengah lalui. Saya bukan jenis belajar sesuatu untuk nampak pandai.
Saya belajar sebab saya memang kepoh nak tahu. Dan kalau ada benda baru yang make sense, saya tak kisah pun nak cakap,
Oh, yang ni selama ni aku faham lain.”
Unlearn.
Relearn.
Then belajar lagi.
Saya rasa sampai tua pun saya akan macam ni kot. Seorang Nusaybah.

