SAYA MEMANG TAK PILIH PRODUK SEBAB VIRAL

Kak Ebah
0


Saya ni kalau nampak satu produk viral, reaction pertama bukan,

Eh aku kena beli!”


Selalunya…

Kenapa benda ni viral?”

Then mulalah. 

Ingredient apa?

Siapa buat?

Dari mana?

Technology apa?

Ada research?

Apa yang membezakan dia dengan benda lain yang dah ada dekat market?


Memang penat kalau jadi orang macam aku ni hahaha. 


Kadang-kadang benda yang orang lain dah checkout dalam masa lima minit, saya masih dekat Google buka tab nombor 17. Lagi banyak benda saya explore selama ni, lagi saya jadi cerewet sebenarnya.


Ada benda saya boleh tengok dan terus rasa interesting. Tapi nak sampai tahap saya sendiri nak consume, pakai atau bagi dekat family… Haaa. Banyak lagi soalan kena jawab dulu. 


Sebab saya makin sedar satu benda:

Saya tak nak tahu produk tu “bagus”. Saya nak tahu kenapa dia bagus.


Sebab perkataan “bagus” ni sangat senang digunakan. Semua orang boleh cakap produk dia bagus. 


Packaging lawa, bagus.

Influencer ramai pakai, bagus.

Testimoni banyak, bagus.


Harga mahal pun kadang-kadang kita automatically assume bagus. Tapi semua tu belum cukup untuk buat saya convinced. Especially kalau benda tu saya nak consume atau saya nak bagi dekat family.


Saya akan tengok apa sebenarnya yang ada dekat belakang produk tu. Contohnya ingredient.


Bukan setakat nama ingredient nampak canggih.

Saya nak tahu kenapa ingredient tu dipilih.

Source dia dari mana.

Dosage macam mana.

Kalau ada teknologi tertentu, apa teknologi tu sebenarnya buat.

Kalau company mention research, saya nak tahu research tentang apa.


Haaa… sebab tu Day 4 saya dah confess saya memang jenis susah nak percaya.Dan satu lagi benda yang saya belajar sepanjang explore macam-macam produk, lebih banyak ingredient tak semestinya automatically lebih hebat.


Kadang tengok label panjang sampai tiga perenggan terus rasa, "wah lengkap ni.” Padahal saya sekarang lagi suka faham kenapa setiap benda tu ada dekat situ.


Macam memasak juga. Masuk 12 jenis rempah tak semestinya masakan terus sedap. Kadang benda simple, tapi combination dan cara dia dibuat tu yang penting.


Sama juga bila saya pilih sesuatu untuk anak-anak. Saya mungkin lagi cerewet.

Sebab bila melibatkan keluarga, kita bukan semudah dengar orang kata okay tapi kita fikir 
Kalau aku sendiri tak faham benda ni, kenapa aku nak bagi dekat anak aku?”


Bukan bermaksud saya kena jadi scientist dulu baru boleh beli supplement. Takdelah.


Kita semua pengguna biasa. Tapi sekarang information dekat hujung jari. Kalau ada benda saya tak faham, saya cari. Kalau terlalu technical, saya cari explanation yang saya boleh faham.


Kalau masih tak faham… tanya orang yang lebih tahu dan ahlinya. Dan this time, ada satu perkataan baru yang saya belajar.

Naturopathy.


Haaa… benda baru lagi. Selama ni saya biasa dengar conventional medicine, alternative medicine, holistic health.


Rupanya ada satu pendekatan yang dipanggil naturopathy — yang banyak melihat kepada nutrition, lifestyle dan pendekatan natural dalam penjagaan kesihatan. Of course saya baru belajar. Bukan jumpa satu perkataan baru hari ni, esok terus tukar bio jadi naturopath pula. 


Tapi saya suka bila jumpa benda macam ni sebab dia buka lagi satu ruang untuk saya explore.


Apa sebenarnya naturopathy?

Apa beza dengan conventional medicine?

Mana yang evidence-based?

Mana yang sekadar claim?

Mana yang boleh complement, dan mana yang kita kena lebih berhati-hati?


Haaa… soalan lagi. Tab lagi. Dan saya rasa ini memang perangai saya. Saya tak kisah belajar daripada angle mana pun.


Conventional ke.

Nutrition ke.

Lifestyle ke.

Teknologi baru ke.

Asalkan jangan suruh saya percaya bulat-bulat tanpa faham.


Dan kadang-kadang selepas kita baca, jawapannya memang, “Okay, benda ni bukan untuk aku.”

Sokay.


Tak semua benda yang bagus kita kena beli. Tak semua benda viral kita kena cuba. Dan tak semua benda yang sesuai dengan orang lain automatically sesuai dengan kita.


Maybe sebab tu juga bila saya jumpa sesuatu yang saya betul-betul suka, saya boleh cerita panjang. Sebab biasanya sebelum sampai tahap saya nak share dekat orang… saya dah kepoh dulu.


Dah baca.

Dah tanya.

Dah cuba faham.

Dan kalau saya sendiri consume, lagi banyaklah soalan saya.


Sebab untuk saya, trust bukan datang daripada marketing yang paling gempak. Trust datang bila semakin kita korek… semakin benda tu make sense.


Paling penting, bila kita sudi buka hati, kita akan sangat banyak unlearn and relearn.


Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !