Kalau tanya saya masa mula-mula kenal BE dulu,
Agak-agak kau akan buat benda ni sampai bertahun-tahun tak?”
Saya rasa jawapan saya… entah. Sebab saya masuk pun bukan dengan grand plan nak bina business besar. I've been there (in this industry for long time ago)
And here saya bermula semula purely sebagai pengguna, tapi bukan sebagai pengguna yang sakit tapi memlilih "longevity"
Jumpa AULORA sebab saya sendiri tengah mencari jawapan. Bila dah pakai dan rasa sendiri pengalaman tu, curiosity saya datang.
Apa benda ni sebenarnya?
Kenapa kain?
Kenapa circulation?
Apa KODENSHI®?
Macam mana teknologi dekat pakaian boleh jadi sebahagian daripada wellness routine?
Macam saya pernah cerita before, AULORA ni antara benda yang buat saya unlearn dan relearn banyak benda yang selama ni saya ingat saya dah faham.
Dari situ saya mula tengok BE lebih dekat. Dan rupanya makin dekat saya tengok, makin banyak benda yang buat saya stay.
Mula-mula produk.
Lepas tu teknologi.
Kemudian saya tengok company.
Founder.
Sistem.
Orang-orang di dalamnya.
Cara business ni dibina.
Dan paling saya tak expect… saya sendiri yang berubah banyak sepanjang buat BE.
Saya memang bukan orang yang dari awal bercita-cita nak jadi businesswoman.
Oh ya, pernah tapi its more to nak ada more pilihan dalam hidup. And yes, life is all about choice, right?
Tapi saya suka satu benda tentang platform ni. Ia membina "insan"
Kita masuk dengan siapa diri kita masa tu. Suka bercakap, tapi tak pandai kawal emosi bila bercakap, maka mula belajar bercakap.
Tak pandai approach orang, belajar.
Tak tahu follow up, belajar.
Tak biasa lead orang, bila team mula ada… terpaksalah belajar jadi leader pula.
Banyak benda memang kena buat sambil belajar.
Ada masa confident.
Ada masa rasa macam, “Aku buat apa ni sebenarnya?” 😂
Ada bulan laju. Ada bulan sendu.
Ada orang yang kita ingat akan jalan dengan kita, rupanya berhenti.
Ada pula orang yang kita langsung tak expect… diam-diam dia pergi jauh.
Business memang business lah. Tak semuanya cantik. Tapi mungkin sebab itu saya masih ada dekat sini.
Sebab sepanjang buat BE, saya bukan sekadar nampak produk bergerak.
Saya nampak orang bergerak.
Orang yang dulu tak berani bercakap, sekarang boleh sharing depan orang. Seorang ibu yang asalnya cuma consume, kemudian ada income sendiri.
Pasangan suami isteri yang mula buat sama-sama dan dalam masa sama strengthen their relationship more.
Orang yang umur dah 60, 70 pun masih boleh belajar benda baru. Dan bila seorang dalam team naik satu level, somehow kita yang tengok pun boleh rasa excited sekali. Macam tengok anak dapat result exam pula kadang-kadang haha.
Travel tu best.
Recognition best.
Income mestilah penting.
Saya tak nak pretend semua tu tak penting.
Tapi kalau semua tu sahaja, saya tak rasa cukup untuk buat seseorang stay lama. Saya rasa kita stay bila apa yang kita buat tu masih ada meaning untuk kita.
Untuk saya, BE bermula dengan satu produk. Tapi ia tak berhenti dekat produk. BE bawa saya jumpa ramai orang yang saya takkan jumpa kalau saya duduk dalam circle hidup saya yang so called "comfort" sebelum ni.
BE bawa saya pergi tempat yang saya tak pernah bayangkan akan sampai. Paksa saya belajar benda yang saya tak pernah rasa saya perlu belajar. Dan banyak kali juga paksa saya keluar daripada comfort zone yang saya sayang sangat tu.
So kenapa saya masih pilih BE?
Bukan sebab sepanjang perjalanan ni semuanya senang.
Memang tak.
Saya masih pilih sebab selepas beberapa tahun… saya masih nampak ruang untuk pergi lebih jauh.
Bukan BE je yang masih ada next level.
Saya pun rasa saya belum habis discover next level diri saya sendiri.

