MAKSUD SIGNAL BABY MENANGIS, BUKAN SEMUA SEBAB DIA LAPAR!

Kak Ebah
0

Cita-cita, angan-angan, dan impian seterusnya setelah bergelar isteri adalah menjadi ibu. Syukur, selepas keguguran saya hamil semula sekitar 8 bulan kemudian. Agak lambat, tetapi saya percaya itulah rezeki dan ketetapan terbaik buat kami.

Saya pernah berhajat untuk melengkapkan jurnal catatan kehamilan dgn menyertai Antenatal Class yg pada saya tidak kurang pentingnya. Pengalaman pertama pastinya sering membuat kita berdebar dan tak cukup nafas. Justeru, saya ingin sekali tahu rahsia-rahsia kejayaan ibu terdahulu yg melahirkan dengan kecederaan yg minimal. Saya juga percaya tentunya ada teknik yang betul supaya tiada istilah serik dan trauma selepas keluar dari labour room.

Pertama kali menghadirkan diri untuk Non-Obligatory Class yang dianjurkan oleh Klinik Pakar Wanita An-Nur ini adalah 2 tahun lepas. Masa mengandungkan kakak Iman. Dan saya ingin sekali mengulanginya untuk kehamilan kedua ini. Sebelum terlewat atau terlepas peluang kekosongan yang ada, saya sekali lagi mendaftarkan diri utk kelas yang dimaksudkan. Waktu itu, usia kehamilan saya sekitar 30 minggu. Kali ini speaker yang datang bukan sahaja berbeza, malah modul yang disajikan juga berlainan.

Pertama kali saya mendengar tentang "bahasa bayi" dan ia membuat saya berfikir akan luasnya bidang ilmu milik Allah yang makin kita kaji, makin kita rasa banyak yang kita tak tahu! Pengisiannya memang padat, tetapi belum benar-benar terurai cantik kerana kekangan masa yang cuma 1 jam diperuntukkan untuk slot ini. Saya berkesempatan mengenali seorang wanita yg pada hemat saya sangat mengagumkan. Kecil, molek dan topiknya juga menarik. Tanpa sedar, saya mencatat nombor telefon bimbit yang diberi, dengan niat saya ingin tahu lebih lagi dan lagi kerana saya benar-benar belum puas!

Ternyata semua kejadian alam ini bersebab dan datang dengan alasannya yang tersendiri. Dengan rahmat dan kasih sayang Yang Maha Kuasa, saya selamat melahirkan seorang lagi khalifah pada 9/9/2014. "Tarikh yang cantik", kata mama yang ketika itu sedang membilang hari sebelum keberangkatan ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah haji. Sempat 2 minggu abah mama meraikan kehadiran cucu baru sebelum berangkat.

Bermula lah ujian kami suami isteri apabila adik baby yang comel ini sangat teruja melihat dunia sehinggakan hampir setiap minit yang datang dan pergi "diserikan" dengan tangisan, melainkan waktu tidurnya yg cuma sekejap-sekejap. Dakap tak kena, dukung tak betul, gomol lagi lah tak mau! Ya Allah, rasa gagal dan kecewa menyelubungi seluruh inci tubuh. Sungguh! Yang kedengaran cuma tangisan. huwaaaa.. ibu pun dah mula rasa nak menangis!

Setiap kali tangisan adik bermula, jangkaan kami adalah adik kelaparan dan mahukan susu tetapi apa yg mengecewakan ialah adik terus-terusan menangis sehinggakan susu akhirnya menjadi muntah!

Jadi, jika bukan kerana lapar kenapa kamu menangis, sayang?

MARI KITA SOUND CHECK APA SEBENARNYA MAKSUD BUNYI-BUNYI INI :

BUNYI 1 : LAPAR

Terhasil dari “sucking” refleks

Tip: Tumpukan pada bunyi “N” yang dihasilkan.Bayi mengerakkan lidah ke sekeliling mulut

Lapar "Neh" adalah bunyi yang terhasil sebagai tindak balas kepada refleksi menyedut (sucking reflex). Ingin menghasilkan bunyi "Neh" anda sendiri? Letakan lidah anda di bahagian belakang gigi atas dan tolak lidah ke "bumbung" mulut. Pada waktu ini, satu-satunya bunyi yang anda mampu buat, keluar melalui hidung seperti NNNNNNN. Sekarang, buka mulut anda sedikit dan gerakan lidah anda seperti menyedut. Ketika lidah menjauhi bumbung mulut, anda akan menyedari bunyi NNN tadi bertukar ke EH atau UH. Inilah bunyi "Neh/Nuh" yang kita cari!

BUNYI 2 : MENGANTUK

Terhasil dari refleks menguap (yawning)

Tip: Perhatikan mulut bayi berbentuk “O” ketika membuat bunyi ini.

Bunyi "Owh" adalah hasil refleksi menguap (yawn reflex) yang memberi isyarat bayi anda mengantuk. Cuba anda tolak rata lidah anda mengenai barisan gigi bawah serta buka mulut anda seluas-luasnya seperti ingin menguap dan tambah bunyi kepada gerakan anda itu. Sejurus sebelum menguap berakhir dan mulut anda ingin kembali tertutup, dapatkah anda dengar bunyi "owh" anda sendiri?

BUNYI 3 : " I HAVE A GAS" - BURP ME!

Terhasil dari pengecutan otot dada

Tip: kedengaran dalam siri yang pendek-pendek seperti "eh, eh, eh" kerana bayi cuba menolak angin keluar dengan bunyi "E" yang nyata

Bayi menyebut bunyi "Eh" kerana dadanya merasa tak selesa dan seperti "terjerut" dalam cubaan ingin sendawa (burp). "Eh" terhasil hasil pengecutan otot dada dan bunyi ini selalu kedengaran dalam siri yang pendek-pendek seperti "eh, eh, eh" kerana bayi cuba menolak angin keluar. Ingin pelajari beberapa teknik yang mampu membantu bayi sendawa? Dapatkan DVD Dunstan Baby Language untuk contoh praktikal yang dilakonkan semula.

BUNYI 4 : COLIC - KEMBUNG PERUT

Terhasil akibat tekanan abdomen perut

Tip: Sering kedengaran sebagai erangan panjang dan tertekan

Bayi membuat bunyi "eairh" kerana tekanan dalam abdomennya yang mengakibatkan bayi merasa sakit dan tak selesa. Tarikan otot-otot perut menjadikan bunyi yang keluar sebagai "air" dengan tambahan bunyi "r" yang nyata dan semakin nyata bila bayi semakin stress.

Terhasil akibat refleks pada kulit diiringi gerakan menggeliang-geliutkan(wriggle) badan dengan aktif.

BUNYI 5 : TIDAK SELESA

Tip: Dengarkan bunyi “H” yang jelas seperti dihembus atau tercungap-cungap.

Berbeza dengan bunyi "Eh" (ingin sendawa) yang mempunyai bunyi "E" yang nyata dan berangin "H" yang kuat, "Heh" pula mempunyai bunyi "H" permulaan yang kuat. "Heh" boleh menjadi bunyi yang agak sukar untuk difahami kerana tiada penyelesaian spesifik yang dapat disimpulkan. Bayi boleh merasa tidak selesa dengan 1001 perkara. Antara yang biasa ialah: terlalu panas atau sejuk, napkin yang kotor, tidak serasi dengan bedak yang digunakan atau merasa kulit merengsa dengan pilihan sabun pencuci pakaiannya.

TIPS MENGUASAI DUNSTAN WORDS DENGAN CEPAT :

a) Berhenti, Lihat & Dengar
Penting untuk fokus kepada bayi. Perhatikan bahasa tubuh, ekspresi muka serta bunyi yang dihasilkan. Perhatikan ekspresi fizikal refleksi - seperti bukaan mulut berbentuk oval untuk bunyi "Owh"(mengantuk) boleh membantu ibu bapa mengenal pasti bunyi yang dihasilkan.

b) Beri Tumpuan Pada Peringkat Pra-Tangisan (pre-cry stage)
Penting memberi perhatian kepada pre-cry stage sebelum bayi menjerit atau melalak untuk mengelakkan bunyi yang cuba didengari tenggelam dalam jeritan dan teriakan.

c) Fokus Pada Identiti Setiap Bunyi
Untuk membantu pemahaman ibu bapa, dengari sifat unik bunyi setiap tangisan. Contohnya: dengarkan bunyi "N" yang disebut untuk mengenal pasti bunyi "Neh".

d) Tukar Posisi Bayi
Bunyi yang dihasilkan juga kadangkala dipengaruhi oleh posisi bayi. Bayi yang dipegang atau di baringkan akan sedikit menukar bentuk bunyi yang dihasilkan. Ubah-ubah posisi bayi untuk kejelasan yang lebih.

e) Berlatih Mendengar Berulang Kali
Untuk menguasai bahasa bayi ini, perlukan banyak latihan (practice make perfect). Kebanyakan ibu bapa memberitahu, dengan mendengar contoh tangisan dalam DVD Dunstan Baby Language berulang-ulang kali adalah kunci kejayaan mereka.

Parenthood is all about teamwork. Berjuang sama-sama utk bergelar parent. Berpakat sama-sama jugak utk jaga anak. Mak - abah kena give and take. Ummi - walid kena kerjasama. Ia anugerah. Tak semua orang punya peluang dan kesempatan yg sama. Dan buat dengan ikhlas. It will be so much fun!

BABY LANGUAGE - A MUST HAVE KNOWLEDGE FOR ALL PARENTS.

Semoga perkongsian ini membantu!

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !