PENGALAMAN BERSALIN - KISAH KELAHIRAN KEDUA

Kak Ebah
0

 Ehem.. bismillah..

Nak bercakap a.k.a meluah pasal kelahiran kedua ni.. Again, memang berbeza dgn si kakak.  Sangat-sangat berbeza, walaupon jantina nya sama. Well, itulah yang membuatkan hidup ni berwarna-warni dan rasa lebih menarik disamping challenge yang semestinya juga berbeza. Ummphhh...

Kalau dulu, memang agak terkial-kial nak menyusu kan baby. Waktu tu pulak, baby memang jenis tak boleh berkompromi lansung kalau pasal lapar..menjerit semahunya..sekuat hati.. dengan masalah inverted niple, memang kalau tak ada ilmu melalui pembacaan, saya dah give up dan suakan botol with formula milk pada Iman Nasuha. tapi, kehendak saya mengatasi segalanya. Saya inginkan yang terbaik buat Nasuha, saya ingin dia dapat apa yang sepatutnya jadi milik dan hak dia sebagai seorang anak.

Berbeza sekali dengan sekarang. Kelahiran kali ini saya lebih relaks dan tenang. Tak sempat minta pain killer walau kesakitan yang datang pun bukan calang-calang. Sakit nak beranak oi, mana ada kompromi!

Syukur dipermudahkan urusan kali ini, cuma 3 jam berjuang di Labour Room, menanti progress bukaan dilation sehingga melahirkan, saya rasa cukup seronok. Entah kenapa sewaktu melahirkan kali pertama dahulu saya bersungguh benar mahukan suntikan epidural bagi menahan kesakitan. Erm, mungkin kerana ia pengalaman pertama, saya jadi terlalu takut, tidak dapat membayangkan proses kelahiran yang bakal berlaku ditambah pula dengan keadaan diri yang tiba-tiba terkejut bila dapat tau tanda darah yang muncul adalah petanda sebenar kelahiran.. ingatkan acah-acah je, sempat tunggu 31 Ogos.. herm..betul kata orang, mudah bersalin tu rezeki masing-masing..

Begitu juga dgn kelahiran kali ini.. Sy cuma rasa hendak buang air besar, yg kekerapannya sama seperti petanda kelahiran. 5 minit sekali rasa hendak ke tandas, walau tiada lagi hasil yg keluar.. Apa yg sy paling gembira ialah kesempatan menyusukan si bayi dalam sejam pertama selepas kelahiran.. :) Seperti yg tertulis dalam kebanyakan buku-buku penyusuan.. Sejam pertama yg sangat penting.. Akhirnya, sy berjaya.. untuk si jantung hati yg diberi nama Ain Sufi.. Jam 5.05 am Ain diletakkan di atas dada sy, dan pada jam 5.40 am, sy sedang mendakap Ain, menyusukan dia dengan perasaan yg sungguh damai dan menenangkan.. Memang benar, fitrah yg disebut-sebut, secara automatik sy merasai hisapan Ain dan betapa dia begitu cekap menikmati setiap titis susu daripada ibunya.. lama.. hampir setengah jam kami bersama dlm momen yg sungguh indah dan tenang.. Sungguh syahdu perasaan itu, tak dapat sy gambarkan dgn kata-kata.. Dalam hati sempat berbisik perlahan, kali ini sy berjaya.. syukur alhamdulillah.. walau pada mulanya sy hampir tak percaya, setiap kali membaca artikel-artikel berkenaan tips menjayakan penyusuan susu ibu, kini sy sgt puas..

Apa kata kaunselor laktasi dan buku-buku penyusuan ???

FITRAH PENYUSUAN -  Mulakannya dengan Betul

Untuk memastikan penyusuan ini berjaya, apa yang paling penting adalah apa yang dilakukan terhadap ibu dan bayi tersebut untuk satu jam pertama selepas kelahiran. Lebih awal bayi itu dapat diberikan susuan yang pertama, lebih mudah untuk ibu meneruskan penyusuan selepas itu kerana bayi telah membentuk hubungan awal. Namun tidak semua hospital  mempraktikkan amalan sebegini. Terutama sekiranya ibu bersalin di hospital swasta, yang kebanyakkanya bukan 'hospital rakan bayi'. Kita perlu meminta supaya bayi diletakkan bersama ibu dan bukan dalam nurseri (jika). Oleh itu pemilihan tempat untuk melahirkan juga sangat penting dan perlu dirancang dengan baik sebelum melahirkan.

Antara cara yang berkesan untuk membentuk hubungan bayi dan ibu sejurus selepas dilahirkan  ialah bayi kena diletak tanpa apa-apa pakaian di atas dada ibunya antara dua buah dada dan diletak selimut di atas bayi. Yang penting kena ada sentuhan kulit ke kulit antara ibu dan bayi sebab bayi akan rasa selamat bila dapat mendengar dan merasa denyutan jantung ibunya. Manakala ibunya pun lebih tenang. Di samping itu, bayi juga dapat memelihara  suhu badan lebih baik sebab dapat memindahkan haba dari ibunya. Penting untuk ibu tenang/rileks, sebab ia akan menstimulasikan  hormon oksitosis ibu tersebut (love hormon) yang akan meransang penghasilan susu.

Fakta yang lain juga yang perlu diketahui ialah penglihatan bayi yang baru lahir tidak berapa jelas. Dia mampu untuk melihat jarak antara lebih kurang  6-14 inci sahaja. Iaitu dia boleh  melihat puting susu ibunya dan ada hubungan mata dengan ibunya. Oleh kerana itu apabila semakin hampir seseorang wanita itu ingin melahirkan, Allah jadikan warna puting susu semakin gelap supaya ia boleh menarik perhatian bayi. Bayi akan tertarik untuk menuju ke puting susu ibunya dengan bantuan deria lihat dan juga deria bau. Bau payu dara yang similar dengan bau air ketuban akan menarik perhatian bayi untuk ke sana.

Walau bagaimanapun, deria bau ini berkurangan bila bayi dimandikan. Jadi seelok-eloknya, bayi hanya dimandikan selepas dia sudah mendapat hisapan pertama. Kebanyakan bayi boleh mendapat hisapan pertama dalam masa sejam selepas kelahrian jika tidak mempunyai komplikasi semasa proses bersalin.

Elakkan daripada memberi susu formula diperingkat awal kelahiran. Bila sudah mula memberikan susu formula, walaupun pada peringkat awalnya, ramai yang merasakan, "tak pa, sekali je", pada kebiasaannya akan menjadi, 2x, 3x dan seterusnya pemberian susu formula mendominasi cara penyusuan dan lama kelamaan susu ibu mula kurang diberikan. Wallahu'alam.

Dr Zaharah Sulaiman-Konsultan Laktasi-Hospital USM Kelantan

Walaupun masih terlalu awal, saya perhatikan si adik memang agak "rapat" dengan saya berbanding si kakak dahulu, sehinggakan dia tidak mahu diletakkan di dalam baby coat walaupun sudah kekenyangan sebaik disusukan. Lebih teruk lagi, setiap kali diambil oleh nurse untuk pemeriksaan atau ditukar lampin, dia pasti akan menangis, sehinggakan nurse akan menghantarkan dia kembali untuk berada bersama saya.. Saya sendiri terfikir dan tertanya-tanya mana mungkin seorang bayi yang baru menjengah dunia, yang belum pun berusia satu hari tahu dan kenal akan ibunya.. atau mungkinkah kerana sentuhan dan penyusuan awal?

Kelahiran kali ini juga membuatkan saya sedikit advanced dari segi posisi menyusukan di mana saya sejak di hospital lagi telah bermula dengan posisi berbaring dan menyusukan Ain Sufi.. kwang kwang kwangggg!!! Ia berlarutan sehingga saya pulang dan berpantang di rumah di mana Ain tidak mahu langsung berjauhan dari saya ketika tidur, menyebabkan saya terpaksa mengekalkan posisi menyusu sambil berbaring, ke kiri dan ke kanan sepanjang malam.. uhhh...lenguh!

Akibatnya, Ain telah dijangkiti Ruam Susu, disyaki kerana saya sering tertidur tanpa menyedari dan membiarkan titisan susu yang suam mengalir ke pipi Ain Sufi.. Ibu sorry adik..

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !