RESEPI DAGING MASAK HITAM ALA DENDENG

Kak Ebah
0

Ini entri lama.. dari blog lama juge.. tapi disebabkan nak repeat balik menu ni di hari raya yang bakal menjelang, kita letak kat depan biar senang tengok..

Ajom kita layanz..

Mood memasak datang lagi sempena HARI RAYA KORBAN

Buat nasi beriyani kita tahun ni. pestime ngetest resepi org perak.

hermm..not bad.. membanggakan.. tak sia² kawin dengan orang Teluk Intan.. :)

Jadi, moh kita kongsi resepi sama-sama...


Bahan-bahan :

  • 1 kg daging
  • 8 ulas bwg merah & bwg besar (dihiris/dimayang halus)
  • 5 ulas bwg putih (dihiris/dimayang halus)
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 2 inci kulit kayu manis
  • sekeping gula melaka
  • 1 cawan kicap lemak manis
  • air asam jawa secukupnya
  • Minyak masak untuk menumis

Bahan Kisar 

  • 6 ulas bwg merah & bwg besar
  • 5 ulas bwg putih
  • 2 inci halia
  • 3 inci lengkuas
  • 5 batang serai
  • 20 tangkai cili kering – (letak hanya 3 sudu besar cili kering siap blender)
  • 1 sudu kecil jintan manis

Cara-cara :

  1. Rebus daging dengan air menutupi permukaannya sehingga separa empuk
  2. Hiris daging separa halus dan ketuk-ketukkan sedikit
  3. Perapkan daging dengan kicap lemak manis selama 1-2 jam
  4. Goreng daging yang telah diperap sehingga separa garing  (mengikut kesukaan) dan ketepikan ke dalam mangkuk berasingan
  5. Panaskan minyak masak. Masukkan bahan kisar & tumis hingga garing & terbit minyak.
  6. Masukkan daging bersama baki stok rebusan dan baki kicap perapan
  7. Renihkan dengan api perlahan
  8. Masukkan rempah kulit kayu manis dan bunga lawang
  9. Masukkan air asam jawa & garam secukup rasa
  10. Biar kuah agak pekat & sedikit kering
  11. Bila daging cukup empuk bolehlah ditutup api. Siap!
  12. Taburkan bawang goreng dan kemudian bolehlah dihidangkan
  13. Sesuai dimakan bersama nasi minyak atau ketupat.
  14. Selamat Mencuba!

Baki air rebusan daging janganlah dibuang, sebaliknya boleh disimpan untuk dibuat stok kegunaan di masa akan datang. Mana tau kot ada yang nak buat mee bandung ke, mee rebus ke, memang sedap kalau guna stok air rebusan ni.. rasa asli dan merbelessss!

Adik-adik suka, mama suka, abah suka dan yg paling penting ABI SUKA SANGAT! Betul rasa puas hati dpt kenyangkan perut orang-orang tersayang dgn hasil tangan sendiri. Sangat betul penemuan ini..kalau tak percaya cuba buat. menu apa memang tak penting lansung, da most important adalah keikhlasan masa tengah memasak.. :)

Selamat Menchobaaaa!!!

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !