KENALI AMENORRHEA, PUNCA UTAMA ISTERI TIDAK SUBUR DAN SUSAH UNTUK MENGANDUNG

Kak Ebah
0

Selalu kalau cakap pasal anak, orang perempuanlah yang akan menanggung soalan-soalan cepu emas daripada masyarakat sekeliling. Memang manusia takkan pernah berhenti bercakap.

Ada yang pernah mengandung sebelum ini tapi tak pernah bersalin sebab sering keguguran. Ada pula yang lansung tak pernah mengandung. This part kena ajak suami pergi check, sebab tak dinafikan ada juga kes tidak subur yang disebabkan oleh pihak lelaki.

Menurut Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Barakah, Dr. Khairiah Seman, ada empat kategori mengapa seseorang wanita atau isteri lambat hamil :

  1. Masalah isteri
  2. Masalah suami
  3. Masalah kedua-duanya
  4. Kedua-duanya normal dan tidak ada masalah tetapi belum diberi rezeki anak

Ada banyak punca yang menjadi sebab masih belum berlaku kehamilan walaupun pasangan telah lama berkahwin, namun hari ini kita sentuh pasal amenorrhea.

Apa itu Amenorrhea?

Amenorrhea bermaksud kitaran haid yang terhenti selama lebih daripada 3 hingga 4 bulan. Pernah menjadi wanita sejati yang melalui fasa akil baligh dan datang haid tetapi dengan tiba-tiba ia tidak lagi muncul seperti wanita lain. Amenorrhea merupakan punca paling utama yang menjadi sebab ketidaksuburan pada kaum wanita.

Terbahagi kepada 3 jenis

1. Primary amenorrhoea :

  • masih belum datang haid setelah umur 14 thn dan tiada ciri-ciri wanita dewasa
  • masih belum datang haid setelah capai umur 16 tahun tapi ada ciri-ciri wanita dewasa

2. Secondary amenorrhoea :

Lebih sering berlaku dan membawa maksud ketiadaan haid yang konsisten dan berterusan selama lebih kurang 3-4 bulan sedangkan sebelumnya mereka pernah didatangi haid secara normal.

Ciri-ciri wanita dewasa yang dimaksudkan ialah perkembangan seksual dan fizikal seperti perubahan bentuk tubuh badan dan hormon kewanitaan.

3. Physiological amenorrhoea :

Bukanlah berpunca daripada penyakit tetapi berlaku secara fisiologi dan dianggap normal seperti :

  • wanita mengandung
  • ibu yang menyusukan anak - hyperprolactenimea (hormon prolaktin yang berlebihan)
  • kanak-kanak perempuan yang belum baligh
  • wanita yang sudah menopaus atau putus haid
  • mereka yang telah menjalankan pembedahan buang rahim

Dengan kata lain, amenorrhea menyebabkan proses pengovulan (penghasilan telur yang bernama ovum daripada folikel ovari wanita) tidak berlaku.

Jika amenorrhoeaa adalah punca utama ketidaksuburan, tidak berlaku ovulasi (anovulation) pula adalah punca utama kenapa ada sebahagian wanita yang susah untuk mengandung. Kedua-duanya adalah sangat berkait rapat.

Rawatan untuk Amenorrhoea

Dari segi rawatan untuk kes-kes seperti ini, penggunaan ubat clomid (clomiphene) adalah kaedah yang paling terkenal dan menjadi pilihan pertama kerana ia adalah jenis tablet yang mudah diambil.

Clomipehene sangat berkesan untuk meningkatkan kesuburan, mendorong ovulasi dan merangsang tumbesaran serta pengeluaran telur oleh ovari. Sekitar 30% dari kes ketidaksuburan yang melibatkan masalah ovulasi, menggunakan clomid sebagai rawatan kesuburan.

Ia juga diminati ramai kerana pengambilannya semudah kita mengambil ubat-ubat lain semasa tidak sihat. Selain murah, mereka yang berkenaan hanya perlu mengambilnya secara oral mengikut jadual dan panduan tertentu dan ia menyumbang kepada peratus kejayaan yang agak tinggi.

Walaubagaimanapun, jika wanita tersebut mempunyai masalah berkaitan rahim atau uterus seperti Polycystic Ovari (PCOS) penjagaan makanan, gaya hidup yang sihat serta pengambilan diet yang seimbang adalah sangat penting.

PCOS atau dikenal sebagai telur tidak matang adalah masalah biasa yang bukan lagi jarang didengari. Hakikatnya, kesemuanya adalah berkait antara satu sama lain. Hormon kewanitaan yang tidak stabil menyebabkan kitaran haid terganggu, berat badan bertambah, kerintangan insulin meningkat, masalah pada kulit, cyst kecil di ovari dan hirsutism - lebihan bulu pada sebahagian tubuh badan

Baca Juga : GLA Complex bantu stabilkan hormon kesuburan sehingga kembali jadi wanita sejati 

Rintangan pada Pil Subur

Selain daripada itu, ambil maklum juga bahawa terdapat keadaan di mana wanita tersebut masih juga tidak mengalami ovulasi walaupun dos yang diambil sudah mencapai tahap maksimum. Atau dengan kata lain, tubuhnya "sudah kebal" terhadap pil subur dan tidak bertindakbalas terhadap seperti yang sepatutnya.

Situasi ini lebih kerap terjadi pada mereka yang mempunyai BMI (Body Mass Index) lebih daripada 25 (obese) dan mereka yang mengalami hyperprolactinemia (paras hormon prolaktin atau penyusuan yang terlalu tinggi)

Baca Juga : Pengalaman mudah hamil dengan cara semulajadi walaupun masih fully breastfeed anak tanpa makan clomid atau ubat subur

Begitu juga bagi yang menghadapi masalah kegemukan, menurunkan berat badan adalah salah satu cara yang juga efektif untuk meningkatkan peluang hamil. So, jangan marah-marah kalau doktor nasihatkan supaya kurangkan kilo. Ia benar. :)

Kajian oleh penyelidik dari Jabatan Obstetrik, Gibekologi dan Biologi Reproduktif Universiti Michigan Amerika Syarikat,Barbara Luke mendapati wanita yang mempunyai berat berlebihan berisiko sebanyak 28 peratus berdepan dengan kesukaran mendapatkan zuriat. Dan sekiranya hamil, kandungan mereka tidak akan bertahan sehingga ke peringkat kelahiran.

Itu belum diambil kira masalah GDM semasa mengandung lagi. Kesemuanya boleh menyumbang kepada peratus kejayaan kehamilan yang makin menurun.

After All, setelah kita meletakkan ikhtiar, letakkanlah tawakkal dan serahkan segalanya kepada Allah. Semoga perkongsian ini memberi sedikit gambaran dan tidak mematahkan semangat bakal-bakal ibu untuk terus berTTC!

Kita hanya merancang dengan berikhtiar, Tuhan yang menentukan. Namun, ikhtiar itulah salah satunya yang sangat diperintahkan oleh Yang Maha Pencipta supaya kita sentiasa punya harapan dan tidak mudah berputus asa dalam berusaha mendapatkan zuriat.

Semoga artikel ini memberi manfaat!

 

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !