APA YANG BEST TENTANG STEAM GENERATOR IRON YANG KORANG KENA TAHU

Kak Ebah
0

Sebagai mak bekerja yang kebanyakan harinya memakai baju kurung, memanglah menjadi satu kebercintaan untuk menggosok baju hari-hari.

Yes, ada yang suka gosok baju banyak-banyak sekaligus di masa hujung minggu sebab selain senang tak payah dah nak menghadap kain baju lepas tu, ia lebih menjimatkan elektrik. Tapi, kalau dah namanya Nusaybah, apa saja pun yang berkaitan dengan kain baju, baik laundry, menjemur, melipat semuanyaaa paaaling last sekali dalam rutin list rumahtangga. hahaha.

Jangan kata seminggu sekali, yang kena gosok sehelai sehari pun ya ampunnn… lebam rasanya nak buat.

Memang rasa nak meroyan lah bila dapat tau wujudnya iron canggih Philips nih. Sorang demi sorang kawan excited bercerita pasal betapa mudahnya menggosok baju batik sutera crepe di hari Khamis. Diam-diam lepas tu laju-laju pergi mengoogle di internet dannn..

Terduduk ke tanah seketika bila tengok harganya yang tak terjangkau dek akal. Tapi kann.. kalau dah hari-hari orang asyik sebut-sebut, memang tergugat jugaklah iman ni kan. lepas tu pulak husband tiba-tiba bagitau ada saluran untuk dapat dengan harga yang berbaloi-baloi.. makan kita pun apa lagi.. terusss keluar tanduk.

Seperti yang dijangka, ketibaannya di rumah sejak awal tahun lepas memang telah menambah kasih sayang kami suami isteri secara tidak sengaja. Kikiki..

Best, memang best tapi ingat, ada beberapa perkara dan soalan yang kena consider sebelum buat keputusan nak beli iron ni okeh.

Pertama : Semak spesifikasi Steam Generator Iron dalam wishlist

Dari segi ciri-cirinya, ada 3 points penting yang korang kena ambil tahu. So antara specs yang orang selalu duk kata “machamlah bagus sangat” (specs yang dikongsikan di sini adalah sekadar contoh) :

  1. Optimal Temp Technology

Perfect Combination of steam and auto-temperature ikut jenis dan material kain. Membolehkan kita menggosok sebarang jenis kain tanpa perlu melaras atau mengubah suhu. Tak payah dah nak set or adjust suhu kain cotton ka, wool ka, lycra ka. So, baju atau seluar atau shawl tak akan sesekali hangus atau terbakar tanpa sengaja dah lepas ni.

  1. Powerful Pressurized Steam Generator –  4.5 bars pressure/170 g steam boost

Tak perlu nak terbalik-terbalikkan dah kain tu nak kasi lichiin. Berapa tebal baju boleh gosok, sejauh mana suhu boleh pergi sebab dia Auto-Temperature – akan adjust automatic ikut jenis material kain kita. Umpama macam kita gosok berhelai-helai baju sekaligus. *Lagi tinggi specs part ni, lagi mudah tugas nak menggosok, lagi cepat hilang kedutan

  1. Water Tank Capacity – 1.7 liter @ 2.5 liter

Tempoh masa air dalam tank boleh bertahan berapa lama sebelum kena refill lagi dan lagi. Lebih besar water tank lebih kurang kekerapan kena top-up air, begitulah sebaliknya. Untuk 1.7 liter ni dalam 2 jam punya penggunaan. Sakan la kalau setakat nak gosok baju sekolah anak untuk seminggu terus tuh kan. Takde issue sangat pun bab ni, Cuma harga memang akan buat ada beza.

Itulah juga tugas-tugas extra yang korang kena buat bila nak beli iron ni. Check dulu specification iron yang berkenan di hati tu. Boleh tengok video, review, bandingkan harga, perbezaan features dan yang paling penting sekali ofkos budget. Kesemua model number dan series ditentukan harganya di sini.

Kedua : Tetapkan budget berapa RM yang sanggup dilebur

Bila dan tengok specs dan faham serba sedikit perbezaan model-model yang ada di pasaran, kita akan dapat gambaran harganya. Masa ni baru akan tahu samada relevan ke tak harga dan fungsinya. Takdelah semberono je cakap mahal nak mampuih, macam saya masa mula-mula dolu.

Part ni boleh ikut citarasa dan kemampuan poket masing-masing, berapa yang sanggup nak dilaburkan. Takpe lebur dulu pun, janji puas hati dan boleh pakai lama. For sure features yang lagi smart lagi mahal la kan, begitulah sebaliknya.

Yang ni nak taknak kena faham dan study little bit dulu sebelum buat keputusan untuk beli dan bayar. Bare in mind, walaupun namanya Steam Generator Iron, ada juga sesetengah model yang masih kena adjust suhu dan perlu ganti kartrij filter secara berkala tau. Ada juga yang up lagi sikit sebab water tank dia jenis detachable – boleh angkat terus bubuh air direct daripada paip sinki. Ini adalah beza yang ramai tak tahu dan hanya mencari yang murah..murah..murah tanpa usul periksa.

Bagi saya sendiri, dah alang-alang membeli tu biar semua ciri-ciri basicnya ada. Bukan sekadar harga yang terlajak murah atau sebagainya.

Kebanyakan model yang baru-baru semua dah ada option untuk Eco-Friendly – jimat elektrik kekdahnya. So. Nothing to worry dah. :)

Ketiga : Dapatkan seller yang dikenali dan boleh dipercayai

Dari segi risiko, kedua-duanya ada risiko. Again, refer back to your budget and kritikaliti nak memiliki iron tu. Ada juga yang buat style collection kutu dan cabut nombor giliran tapi tang bayaran bulanan tu sama jugak macam instalment with interest. Oppss.

Maksud saya kat sini, kalau nak beli dan dapat dengan kadar segera, ongkosnya memang tinggi sedikit tapi memang terus dapat. Cash and carry gitu.

Kalau saya, lebih sanggup untuk sabar menunggu daripada duit lebur banyak. Hehehe. Masing-masing punya pilihan. Yang penting fulusnya ada. J

Dari segi warranty pulak, go for seller yang offer Worldwide Warranty. Senang nak claim apa-apa if anything happens.

Ramai je online seller yang jual barang-barang oversea ni dah sekarang. Boleh cari di Fb Page dan Instagram. Semua pun ada follower dan fans masing-masing yang dah biasa beli dengan diorang ni. Boleh tengok review dan star rating apa kata pelanggan-pelanggan mereka ni tentang servis yang dah dipersembahkan.

Saya?

Sebelum ni memang ada buat Pre-Order barang-barang elektrik dari UK ni. Bermula masa tu pun sebab teringin nak miliki sendiri punya. Kebetulan ada member yang kerja kat sana. So, atas beberapa sebab yang menjodohkan kami, sempatlah melangsaikan hajat kawan-kawan yang teringin. Tolak campur dah lebih daripada 20 unit jugak iron yang terjual termasuk Philips Air Fryer yang semakin terkenal tu.

Last semalam deliver satu unit Perfect Care Aqua dekat officemate. Abi kata, kalau ibu rajin nanti kita sambung balik masa Boxing Day Sale Krismas ni. Herm, tengoklah kalau rajin.

Kenapa Philips ?









Soalan yang satu ni bunyinya agak sensitive sikit. Kalau mengikut sejarahnya, Philips adalah antara jenama yang sudah lama bertapak di pasaran dan sehingga kini pun masih terus melakukan inovasi terhadap produk ciptaannya sehingga menjadi brand nombor 1 di dunia untuk produk garment care. Kalau dulu namanya Cuma Philips Steam Iron, tapi kini Steam Generator Iron. Tak perlu dah nak tekan butang untuk keluarkan wap air atau melaras suhu lagi. Kesemuanya berlaku secara automatic tanpa risau kain baju hangus atau rosak dah.

Satu lagi jenama yang leading dan tak kurang hebat ialah Tefal yang lebih dulu muncul dengan Teknologi ini. Bagi saya sendiri, pendapat peribadi menyatakan yang jenama Philips lebih cantik dan canggih in terms of design dan rupa parasnya. Dri mata turun ke hati gitu. Hehehe.

Troubleshooting

Berkenaan tips dan cara guna banyak yang saya belajar di YouTube je. Memang banyak panduan, straight forward dan mudah sangat nak refer.

Saya kat rumah memang guna air paip je isi dalam water tank iron ni. Lagipun memang dah dinyatakan dengan jelas pada user manual supaya hanya gunakan “water tap”, bukan air daripada filter. Tak perlu risau baju kuning atau terguna air yang berkarat sebab dalam iron tu sendiri dah ada sistem untuk filter air yang masuk ke hos pipe menuju ke steam generator iron.

Last but Not Least, saya senaraikan sedikit model-model Philips Steam Generator Iron yang terdapat di pasaran dengan ciri dan fungsi decalc.

Satu lagi beza antara Iron Model 7 Series and 8 Series. Decalc dan Auto-Decalc. Sampai satu masa nanti, lampu decalc ini akan menyala. Itu maksudnya kena buang air melalui corong yang ada pada tank tu.

  • Perfect Care Pure – guna kartrij yang kena ganti setiap 3 bulan (so jangan pelik kalau harganya murah)
  • Perfect Care Viva – Smart Calc Clean (akan ada disertakan sekali descaling container untuk memudahkan proses ini). Amaran * Walaupun rupanya macam sampan sikit, awas jangan bagi anak-anak main sebab nanti yang bakal susah bila button de-calc tu menyala taknak berhenti adalah kita. J
  • Perfect Care Aqua/Perfect Care Viva/Perfect Care Expert/Perfect Care Silence/Perfect Care Elite – Easy Auto Descaling (De-Calc)

Semua yang dibebelkan adalah daripada pengalaman sendiri yang baru hampir setahun menggunakan 2 unit produk steam generator iron keluaran Philips. :)

2 unit sebab upgrade kepada model yang lebih canggih. Yang lama tu tak sempat nak iklan lagi berdesup orang tanya nak beli. Setakat ini yang saya dah berpengalaman guna ialah model Perfect Care Viva dan Perfect Care Aqua Silence yang setiap satu ada kelebihan tersendiri.After all semua terpulang pada diri masing-masing. Yang penting tujuan membeli steam generator iron ni tercapai dengan jayanya. Untuk memudahkan tugas seharian dan membuang kebencian terhadap rutin menggosok baju. Muahaheheee…

Okies, semoga sedikit tips dan perkongsian ini memberi manfaat!

Tags

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !