RESEPI SHELL OUT HOMEMADE ISTIMEWA KAKNGAH UNTUK FAMILY TERSAYANG

Kak Ebah
0

Dah lama kakngah tak kongsi resepi kat sini kan? Rindu pulak rasanya. Kebetulan hujung minggu ni adik bongsu kesayangan balik bercuti semester. Bolehlah menyinsing lengan melepas gian kat dapur.

 

Adik beradik kakngah ada 9 orang. Macam biasa, untuk berkumpul cukup semuanya memang payah. Adat bila keluarga ramai macam kami, waktu makan adalah yang paling seronok. Kalau nak bawa satu family makan kat luar menu hipster macam ni, boleh pengsan membayar.

 

Mengikut perancangan asal, sepatutnya sekarang ni kami sedang menikmati buah stroberi segar sambil melayan keterujaan dua anak dara yang banyak tanya.

 

Al-kisahnya sebelum start masuk kerja balik ni naklah bawa Iman Nasuha pergi petik-petik buah Stroberi. Banyak kali dia sebut, "nanti bila ibu dah sihat sikit kita pergi jalan-jalan tempat sejuk eh ibu"

 

Tapi dipendekkan cerita, lepas dah dapat tempat menginap yang masih available (hari minggu memang sentiasa penuh) dan berpakat dengan adik-beradik tiba-tiba abah pula yang tak dapat join sekali.

 

Frustnya tu tak tahulah nak cakap. Dia pun dah pesan kat mama, "jangan tinggalkan abah sorang-sorang nanti abah tak boleh tidur" (manja kan abah eden).

 

Dah terbayang plan yang disusun cantik sepanjang 3 hari yang bakal dilalui. Nak singgah mandi di Kuala Woh, nak cuci mata di pasar malam, tawaf semua kawasan di Brincang, Ringlet dan Tanah Rata. Siap dalam kepala dah ada menu nak masak sendiri di rumah penginapan - nasi lemak. Kemudiannya lagi turun melalui Simpang Pulai dan singgah makan ikan sungai dekat kedai best di sempadan Perak-Selangor.

 

Tapi dipendekkan cerita, plan terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Allah Maha Tahu apa yang terbaik.

 

Kerana abah, Kami tak jadi naik ke Cameron Highlands.

 

Kerana abah juga, Kami dapat berkumpul ramai-ramai adik beradik makan berebut-rebut macamni. Puas hati dapat tengok abah, mama dan adik-adik berselera sekalipun bukan di restoran mewah.

 

Semua kerana abah. Kerana abah juga, muncul resepi olahan Homemade Shell Out Kakngah ni.


Here We Go!

Bahan-bahan yang diperlukan.

Makanan laut :

  • Lala
  • Ketam
  • Kepah, Kupang
  • Sotong
  • Pepahat
  • Udang size XL
  • *Segala jenis seafood ikut suka (Kalau ikut nama menu, haruslah yang bercengkerang)

Sayur sayuran :

  • Karot
  • Brokoli
  • Bunga kobis
  • Cendawan (kalau suka)
  • Jagung Tongkol dipotong 3 atau 4 (wajib ada ni sebab sedap sangat)

Untuk pes :

  • bawang merah @ bawang besar
  • butter + bawang putih (Saya guna Garlic butter terus)
  • pes tomyams
  • sedikit sos Cili
  • sedikit sos Tomato
  • sos seafood @ sos tiram
  • serbuk kari ikan (dibancuh menjadi pes bersama bawang merah yang dikisar)
  • kicap sotong @ ikan
  • cili kering (buat jadi pes cili boh, dikisar bersama bawang merah)
  • garam dan gula secukup rasa

 

Masa sembang-sembang dengan Along, dia kata kalau di kedai, ada beberapa versi masakan. Ada yang temanya creamy dan dimasak guna butter, ada yang dicampur serbuk kari dan ada pula yang dibuat ala-ala sambal. Butter, Curry, Chilies and Thai All in One.

 

Saya?

Sebab aku kakngah kan, maka aku gabungkan, combine kan semua sekali jadi satu resepi. Wallah! *Saya masak tak pakai sukatan, boleh agak-agak ikut berapa banyak nak masak. Kali ni kami punya kos bahan mentah sekitar RM150 untuk 16 orang makan. Memang puas!

 

Cara-cara :
1. Bersihkan semua makanan laut dan potong semua sayuran ikut citarasa sendiri.
2. Rebuskan satu persatu dalam air mendidih dengan menggunakan air yang sama. *baki stok seafood jangan dibuang.
3. Panaskan butter dan masukkan bawang putih
4. Masukkan pes cili boh dan diikuti dengan pes serbuk kari.
5. Tumis lagi sehingga cili dan rempah garing
6. Masukkan pes tomyam, kicap sotong dan diikuti dengan semua jenis sos.
7. Masukkan air rebusan seafood dan masak sehingga terbit minyak. *perasakan garam + gula jika perlu (kicap, sos, pes tomyam semua dah ada rasa masam, manis, masin)
8. Masukkan satu persatu seafood yang telah direbus dan gaul rata. *kuah jangan habiskan.
9. Taburkan sayur sayuran di atas lauk pauk yang telah siap terhidang. Siramkan baki kuah ke atas shell out anda itu.
10. Hiaskan dengan daun ketumbar dan tomato ceri.

*Bolehlah masak nasi untuk dimakan dengan hidangan shell out ni. Untuk 16 orang dalam rumah kakngah, 16 cawan pot nasi memang ngam-ngam!

 

*Cadangan hidangan adalah seperti dalam gambar. Guna dulang pun cun!

* Kuantiti rempah ratus adalah bergantung kepada berapa banyak haiwan dan tumbuhan yang terlibat.

* Rasanya ala-ala Chinese Cuisine "Kam Heong". Saya tak pernah makan Shell Out kat restoran, jadi tak tahu macamana rasanya yang original.

* Kuah jangan terlalu cair atau meleleh, dikhuatiri kertas minyak akan bocor. Kami guna kertas minyak yang dilapik plastik kat bawah.

* Semua seafood saya rebus sebentar, kecuali udang, pepahat dan lala. Masukkan terus dalam kuali sebaik kuah ready.

 

Dapat tengok orang-orang tersayang menjamu selera macam ni, memang priceless. Ia satu kebahagiaan. Sungguh! Tak penat lansung rasanya memasak walaupun tukang masak takdelah berselera sangat makannya pun.

 

Yang baca habis sampai sini, selamat mencubaa!

Tags

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !