Seram tengok video mak lepas bersalin tertukar baby. Berderau darah rasa.
Cakap kat abi, dia kata "aisyyh mengarut jelah ibu ni" sambil cium-cium anak jantan sorang dia tu banyak-banyak kali.
Ibu? Terus tilik sorang-sorang anak. Pasalnya, lepas depa lahir dulu pun memang ada je yang tanya betul ke ni mak dia?
Siap masa nak discaj tu, nurse masuk bilik tanya, "mak baby kat mana eh?" walaupun nampak aku sorang ja duk berstokin kat situ.
4 kali bersalin di hospital sama, kad ni memang bawa balik, simpan sekali dengan gelang yang dipakaikan dekat kaki baby. Memori yang takkan pernah dapat lupa sampai bila-bila.
Ini milik Hannan Maryam. Anak Kak Ebah yang paling akhir, paling banyak baju (warisan), paling semangat, paling lama proses kelahiran.
Mak dia pun, paling banyak drama sepanjang dia duduk dalam perut, sampai lah lepas dia keluar. Sorang lagi my high needs baby.
27/8/2019
12:50 pm
Length 53cm
Head 33cm
Weight 3.615 kg
SVD with 1 degree tear.
Dia tak seberat baby lain, tapi sepanjang antenatal checkup sampai tarikh baby nak keluar, doktor memang risau dengan size baby. Sebab, mak baby tinggi cuma 146cm. Ketot kan?
Takut sangkut masa nak keluar, tak lepas bahu kalau bersalin normal. Bila decide nak VBAC, condition ibu dengan advice doktor kena selari.
Ikutkan doktor, nak suruh bersalin lagi awal, sebab nak control baby's weight. Kalau berat baby tak lebih daripada 3.5kg, lagi tinggi success rate.
Tapi, sebab pernah ada history czer sebelum tu, tak boleh induce, sebab berisiko rahim pecah. End up, 21 jam total in labour tunggu dia. Natural pain, natural labour.
Bila tengok balik kad ni, baru sedar ada episiotomy. Memang standby Vivix awal-awal. Alhamdulillah rasa sangat enjoy berpantang bila melabur dengan nutrition yang baik, emosi pun terjaga dengan baik. Alhamdulillah thumma alhamdulillah.
Apakah luka episiotomi?
Luka episiotomi adalah torehan/potongan di bahagian perineum, yang merupakan kawasan otot antara vagina dan laluan punggung wanita Potongan ini membantu bayi kita dilahirkan, terutamanya jika anda menggunakan alat bantuan ketika bayi dilahirkan atau jika vagina anda tidak mengembang dengan secukupnya ketika proses bersalin.
Luka episiotomi ni (epiosotomy wound) ni kalau baca memang ada yang bengkak, bernanah, terbuka. Errr memang ngeri membayangkan. Doktor pun bagitahu, ambil masa biasanya 10 hari hingga 2 minggu untuk sembuh. Ada yang lagi lama pun. Sepanjang tempoh tu akan rasa tak selesa dan sakit juga.
Tu je nak cerita. Birthday dia bulan Ogos nanti. Terima kasih yang baca sampai habis. Tiba-tiba rindu nak jalan kepit-kepit. Eh!