5 TIPS PENJAGAAN IBU SELEPAS BERSALIN PEMBEDAHAN SUPAYA CEPAT SEMBUH

Kak Ebah
0

Menanti kelahiran cahayamata adalah saat yang paling dinanti-nantikan oleh bakal ibu. 9 bulan kot, duk rasa si dia bergerak-gerak dalam perut. Tak sabar uiii, nak tunggu baby keluar.

Walaubagaimanapun, menerima bayi baru bukanlah sesuatu yang hanya seronok semata-mata seronok, terutamanya bila bayi tersebut terpaksa dilahirkan secara pembedahan atau Ceasarian. Ibu perlukan lebih masa untuk kembali sihat berbanding kelahiran secara normal melalui vagina.



5 tips pemulihan supaya ibu cepat sembuh, kurang trauma menahan sakit selepas bersalin dan dapat lebih masa berkualiti bersama bayi :

1. Dapatkan rehat yang secukupnya.

Sama juga seperti pembedahan lain, C-Section atau Ceasarian adalah suatu pembedahan yang besar. Tubuh ibu memerlukan lebih masa untuk kembali sembuh dan menjalankan rutin seperti biasa.

Jangkakan untuk berada di hopital sekurang-kurangnya 4 hari 3 malam selepas bersalin - akan lebih lama jika terdapat komplikasi. Penyembuhan akan mengambil masa sehingga 6 minggu, berbanding bersalin normal.

Bantuan daripada ahli keluarga dan suami sado? Penting sangat-sangat masa ni untuk kelansungan hidup #maksudahtambahanak dan kelulusan untuk #tambahanaklagikemudianhari kehkeh

Susah gila rasanya nak bangun sendiri daripada katil lepas bersalin. Memang menangis mengenangkan pengalaman sendiri setahun lepas. 7 lapisan perut kena toreh nak keluarkan baby, lepas tu dijahit semula berlapis-lapis juga. Kau bayangkanlah!

Bukan setakat nak duduk-bangun je. apa-apa pun aktiviti yang melibatkan tekanan pada perut memang semuanya sakit. Pengalaman bersalin yang cukup traumatik nak dikenang balik.

So, masa berpantang inilah ambil peluang cukup-cukup. Macam mama saya selalu pesan, "bila baby tidur, awak pun joinlah tidur sekali. masa tu lah juga pun nak dapat rehat"

Tapi kita? Masa baby tidurlah nak meligat buat kerja-kerja yang boleh buat.

Easier to said than done. Bercakap memanglah senang ye dok?

2. Jaga diri sendiri macam bayi

  • Mesti extra careful bila berjalan di seluruh rumah. Elakkan naik turun tangga. Pakai stoking dan sarung selipar supaya kaki tak sejuk pijak lantai dan stoking tak kotor pijak hasil kreativiti anak-anak lain. lol. :)
  • Susun atur barangan keperluan ibu dan baby seperti lampin, tisu basah dan air minuman berdekatan dengan tempat baring dan rehat ibu supaya tak perlu terlalu kerap bergerak.
  • Jangan mengangkat sebarang benda yang lebih berat daripada baby sendiri. Dapatkan bantuan daripada suami sado atau ahli keluarga yang lain.
  • Setiap kali ingin bersin atau batuk, tekapkan tangan pada perut untuk melindungi jahitan. Patuh dengan disiplin memakai bengkung. Pakai bengkung ketat-ketat, tau!

3. Uruskan rasa sakit dengan baik, elak darah beku - pulmonary embolism

Patuhi pesan doktor, ambil ubat ikut waktu dan jadual.

Sebelum discaj daripada hospital, doktor biasanya akan beri 2 jenis ubat wajib pada ibu :

  • ubat tahan sakit - diambil mengikut keperluan bergantung kepada tubuh ibu dan bagaimana reaksi ibu terhadap kesakitan

Rahsia saya berpantang ceaser tanpa ubat tahan sakit, sampai dotor pun terkejut, "kuatnya awak".

Impressed sangat pada diri sendiri. Pain treshold dah lebih rendah berbanding dulu katanya. :)

  • ubat cair darah - 90 % kematian ibu disebabkan pulmonary embolism berlaku selepas pembedahan caesarean, selepas pulang ke rumah.

Samada disuntik ke tubuh sendiri atau dapatkan bantuan daripada pihak hospital, kedua-duanya sama penting.

Saya dulu cuma diberi selama 3 hari selama berada di hospital. Badan awak kecil je, lagipun awak dah banyak bergerak beberapa hari ni.

Bangga rasanya telan vitamin cam ginih, tau! kehkeh...

Baca Juga : Peningkatakan kematian ibu selepas bersalin kerana sesak nafas. Apakah puncanya?

Badan dah bela, fizikal dah jaga, so apa lagi?

4. Fokus pada nutrisi yang baik - good nutrition speaks!

Good nutrition ni, apa lagi? Pemakanan ibu lah.

Sekarang dah ramai yang faham kenapa pentingnya patuh amalan trasisi jaga pantang dan dalam masa yang sama tak abaikan keperluan nutrisi ibu dalam pantang.

Nutrisi yang baik, lengkap dan seimbang ni sama pentingnya dengan masa ibu sedang mengandung, malah ia sebenarnya lebih getir kerana ibu bukan sahaja perlukan zat untuk kembali pulih tetapi juga harus fit untuk memberikan susu badan kepada bayi.

Baca : Set Berpantang Sepanjang Zaman Paling Best dan Mampu Milik

Hasil kajian menunjukkan ibu yang cukup vitamin, makan sayur-sayuran dan makanan yang baik sepanjang menyusukan anaknya akan lebih rendah risiko mendapat anak yang "picky eater" apabila ia sudah mula makan makanan pejal kelak.

Bendalir yang cukup sangat penting untuk menyokong perjalanan penyusuan dan mengelakkan sembelit pada ibu. It's not awesome at all, seriously.

5. Jaga perasaan, kesihatan emosi

Kesihatan emosi pun, penting sangat! Lebih-lebih lagi waktu ini ibu sedang berada dalam keadaan tubuh yang lemah, tidak boleh solat. Again, keseimbangan nutrisi memainkan peranan yang sangat penting untuk elak kejadian meroyan.

B-Complex mempunyai fungsi berkaitan neurologi - berfungsi melawan tekanan, memastikan kesihatan fungsi saraf, meredakan sakit kepala, kemurungan dan insomnia.

Ada banyak jenis brand dekat market, yang paling penting pilih yang natural bukan sintetik.

Vitamin berwarna kuning ini mampu menjadi penenang dan mengalirkan rasa bahagia pada ibu sekalipun terpaksa mencatu masa tidur dan bermata panda selama menjaga bayi dalam pantang.

Tempoh pemulihan semula selepas bersalin adalah masa-masa yang crucial dan kritikal kerana apa pun boleh berlaku. Sudah banyak berita-berita yang kita dengar hari ini tentang ibu berpantang yang cedera emosi sehingga mencederakan bayinya yang baru lahir dan masih merah.

Emosi ibu masa ni sangatlah fragile dan tidak boleh dijangka. Letih, sedih, kecewa, you name it? Semuanya mungkin. Post-partum depression is real!

Pemulihan selepas bersalin pembedahan mengambil masa 6-8 minggu untuk kembali sembuh.

Supplement wisely momma, you are our queen forever!

Tags

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !