TIPS SUPER SENANG MENGGORENG IKAN KERAPU YANG SEDAP, NO. 3 PALING PENTING!

Kak Ebah
0

Ikan kerapu.

Spesies ikan ni saya jarang-jarang juga beli sebab selain sebab rupa yang tak handsome, isi ikannya agak lembut dan senang barai. Sama macam ikan kerisi, cuma kerisi saya suka!

Selalu kalau memilih hasil laut, saya lebih confident bila isinya masih keras dan cantik. Yang lembik dan lembut tu lebih difahami sebagai "tidak fresh" atau barang "semalam punya". 

Yes kadang-kadang betul, kadang-kadang pula sebab tidak terkena ais batu. Same case with this ikan kerapu. Isinya yang lembut dan rupanya yang bercorak garang tu buat tak seronok nak membeli. Tapiiii, menurut pakar pancing, ikan kerapu atau grouper fish ini adalah antara spesies ikan yang paling diminati dan mendapat permintaan tinggi kerana rasanya yang manis. 

Cuma, menjadi satu masalah lagi apabila memasak ikan ini iaitu isinya mudah hancur jika tidak kena dengan teknik masakan yang betul.

Terbaca satu post dalam group masakan paling hot tadi, ikan kerapu melekat dan jadi hancur selepas digoreng.

Kebetulan, Kak Ebah pun goreng ikan kerapu hari ni. Ambil gambar sebab nak share resepi kat blog entri. Macam tau-tau aja.

Masalah sejagat, kalau ikan tu sejenis yang kulitnya nipis dan isinya lembut. Beginilah kesudahan yang selalu terjadi.

Sebab tu, ramai yang lebih suka kukus saja. Lebih selamat kata mereka.

Tapiiiii.... Kak Ebah tak gemar sangat kalau tak goreng sebab ikan ni rupa dia garang dan badan dia berbelang dan berbintik. ðŸ˜‚

Sebab tu juga jarang-jarang beli. Sedikit challenging nak pilih, buatku jadi confuse ikan ni lembik sebab tak kena ais ke, atau memang semalam punya ikan ðŸ˜…

Okay,

Tips memasak ikan kerapu yang senang lagi mudah :

1. Kalau hendak digoreng, kelar dulu ikan. Kemudian lumurkan dahulu dengan tepung jagung selepas digaram kunyitkan supaya kulitnya masih cantik, isi ikan kekal lembut tidak hancur tetapi masih juga tetap garing. Krup krap gitu.

2. Pastikan minyak betul-betul panas (berasap) sebelum ikan dimasukkan ke dalam kuali. Kalau tak sure, biar sampai nampak asap dulu daripada kuali tu. Tapi awas, jangan sampai jari melecur atau dapur terbakar pulak! 

 3. Paling senang! Guna kuali favourite korang yang korang dah faham benar peel dia. Atau biasanya kalau dekat dapur mak-mak tu, kuali legend. You know your kuali very well. Biarpun rupanya tidak lagi jelita, tetapi berpengalaman!

Cukup 3 tips ni inshaAllah, ikan kerapu tu akan jadi handsome macam dalam gambar.

SELAMAT MENCUBA!


Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !