RESEPI SAMBAL HITAM MARBELES AIRTANGAN ORANG SELANGOR HADIAH HARIJADI MAMA

Kak Ebah
0

Haaaa.. tacing tak tajuk entry? Hahaha.. sebab masa tengah gigih bersilat kat dapur, mama call.. lepas tu tetiba macam teringat... dah nak abis bulan november ni.. eh, esok hari jadi mama lah!

Lama dah sebenarnya teringin nak buat sambal kering ni. Sejak makan kali pertama yang mama beli dekat mak kawan dia dulu, memang tekak rasa nak lagi dan lagi.. sedap betul lah. Siap lepas tu cari siapa yang ada jual, sebab kalau diamati rasanya betul-betul, nak buat sendiri pun agak renyah jugak ni. Makan masa dan yang paling kritikal sebab bukan senang nak dapat hero dia si belimbing buluh ni!

 

Makanya adalah beberapa episod saya beli dengan peniaga online di fesbuk. Rasanya juga lain-lain. Ada yang just nice, sedap dan sesuai di tekak, ada pulak yang pada firasat saya boleh improve lagi kasi lagi ummphhh.. Tak hairan lah kot, sebab sedap tu kan universal..

 

Kebetulan dapat pulak belimbing buluh ni daripada officemate yang baru balik dari kampung dia. Taktau nak buat masak apa katanya. Banyak sangat. Kebetulan lagi baru je beli sekilo ikan bilis best kirim dekat orang tolong belikan. Memang just in time kata oram putis..

 

Resepi asal sambal hitam ni saya dapat hasil carian daripada google jugak. Bab-bab pilih resepi daripada blog mana ni, saya selalunya tengok sejauh mana menariknya rupa gambar dan berapa ramai orang yang komen. hehehe.. Tapi bab anggaran sukatan tu je yang dah adjust sikit. Kredit to Sambal Hitam Mak Mertua Madihaa yang share resepi best ni.

 

Walaopun asal usul makanan ni datang dari pahang, saya taknak bagi nama resepi ni sambal hitam pahang sebab made by orang Selangor. Rasa yang sebenar pun saya taktau macamana dia punya SIRIM level. Asal rupa nampak menjadi dan sedap di tekak kira okla tuu.. hehehe...

 

RESEPI SAMBAL HITAM BELIMBING BULUH

Bahan-bahan :

  • 6 genggam belimbing buluh
  • 3 genggam cili padi (boleh lebihkan kalau suka pedas)
  • 6 genggam ikan bilis (saya guna gred A yang halus, nipis dan dah kopek)
  • 10 ulas bawang merah (5 ulas ditumbuk kasar, 5 lagi dihiris halus)
  • garam dan gula secukup rasa
  • kicap manis secukup rasa
  • minyak masak secukupnya

 

*Kalau ikutkan resepi asal, dia guna sukatan cawan. Saya guna sukatan genggam-genggam sebab rasa lebih confident pasalnya bahan yang guna pun cili api, ikan bilis.. and saya kalau memasak memang suka guna banyak bawang. Rasa manis dia lain. Original kata orang. Takpayah pak aji, moto-moto or beskal-beskal bak kata Fendi Dapur Bujang.

 

Konsepnya sama jugak macam buat kek or cookies, genggam tu ikut saiz genggaman masing-masing lah ye. macam saya ni, kecik je.. so kalau belimbing buluh banyak tu, banyak tu jugaklah ikan bilis. Sebab nanti belimbing akan menyecut tinggal sikit je. Ikan bilis pun lepas dah garing nanti tak banyak dah. Part cili tu eloknya ikut nisbah 1:2 (separuh drpd kuantiti bilis dan belimbing). Kalau terlebih pun tetap menjadi je, cuma dia akan jadi sambal hitam menangis..

 

Persediaan bahan :

  1. Basuh bersih dan rebuskan belimbing buluh TANPA AIR dalam periuk selama lebih kurang 3 jam (Walopun namanya proses merebus tapi tak perlu letak air sebab belimbing ni akan keluarkan air  yang banyak - lagi banyak belimbing, lagi lama proses merebus)
  2. Tumbuk atau kisar kasar bahan-bahan lain (ikan bilis, bawang merah dan cili padi)
  3. Tumbuk juga belimbing buluh yang telah siap direbus

 

Pesanan Penting :

Untuk rebus belimbing buluh ni, dinasihatkan guna periuk lama yang dah buruk (kalau boleh biar yg agak tebal sikit) atau tin atau apa-apa je yang dah tak berapa sayang or dah taknak guna sebab air yang akan keluar daripada belimbing yang masam ni (berasid), akan menghitamkan periuk. So, janganlah sesekali guna periuk kesayangan atau periuk baru atau periuk yang masih cun ye. Nanti punoh. Macam saya, degil.. pertama kali buat katakan. So tak berapa nak percaya lah sebab tak dapat imagine macamana dia punya cedera tu. So guna jugak kami punya current rice cooker. Sudahnya jahanam, nak basuh pun malas dah, terus kena beli periuk nasi baru.. hahaha..

 

Cara membuatnya :

  1. Panaskan minyak dan tumiskan hirisan bawang merah sehingga berbau wangi
  2. Masukkan satu persatu bahan yang telah dikisar/ditumbuk
  3. Mula-mula cili api, bila dah garing diikuti pula dengan belimbing buluh kemudian barulah ikan bilis. Gaul rata
  4. Kacau perlahan-lahan dari semasa ke semasa
  5. Setelah separuh garing, masukkan bahan perasa seperti garam, gula dan kicap
  6. Teruskan proses kacau mengacau tanpa henti supaya tidak hangus
  7. Setelah garing dan warna bertukar hitam, bolehlah tutupkan api
  8. Siap!

 

Boleh dimakan bersama nasi putih panas-panas atau dicicah dengan roti atau nasi impit.

 

AWAS, dilarang meratah atau makan begitu sahaja kerna dikhuatiri tak cukup untuk orang lain. hahaha!


Tak banyak sangat pun dapat untuk semua belimbing yang saya buat ni. Lepas dah rebus, dia punya kecut mak aiii.. tahap rasa nak terus hempuk ke tanah periuk yang dah hitam legam tu. Sikit seciput! Patutlah orang jual ikut gram. Sebab tak padan dengan modal. Udahler ikan bilis mahal, kos gas lagik. Sekarang dah paham.. mujur ai tak penah kondem. hehehe...

 

Oh ye, cakap pasal sedap, sebenarnya ikut tekak dan selera masing-masing. Saya pernah mempertikaikan pasal kualiti sedap beberapa gerai makanan sebelum ni (terutamanya yang jual nasi lemak pagi-pagi). Saya masa 1st time beli, memang frust abislah, siap band terus kedai tu, siap mark lokasi sekian-sekian takmo beli. Tapi bila tengok hari-hari ada je orang yang berhenti beli, hati rasa suspen. Siap lepas tu datang beli lagi pulak kat kedai yang sama. hahaha.. tah apa punya perangai. tapi saya hampa lagi sebab rasa dia sama je. Tetap tak sedap kat tekak saya yang diva nih.

 

So moral of da story nak kata yang bab rasa ni citarasa orang memang tak sama. Ikut tekak kita rasa tak boleh blah, tapi ada orang yang suka. So tetaplah masih ada juga peminatnya walopun kita rasa dia dah lama sepatutnya bungkus. Macam saya dulu lah.. hihihi.. tak baik tau fikir macam tu. Makin hari makin ramai orang datang kedai yang sama (yang kita duk maki kata tak sedap tu). Mungkin tak sempurna pada lidah kita tapi sedap bagi mereka. Kalau tak, masakan boleh bertahan berbulan-bulan malah bertahun pun. kann.. :)

 

Back to post title, petang ni kena pergi rumah mama bawak bekal sambal hitam ni sambil wish selamat hari lahir. Mama sejak dah bercucu ni kalau makan takmau dah berkuah-kuah, selalu kering-kering je. Teringat macam arwah mak mertua dan nenek saya dulu-dulu. Agaknya memang macamtu eh? Selalu hari Khamis mama puasa, bertambahlah makan mama saya berbuka karang ni..

 

*Tak ada hadiah yang boleh gambarkan betapa saya menghargai dan menyayangi kedua orang tua saya yang makin dimamah usia dengan sepenuh hati. Sejak dah jadi ibu, saya makin faham apa yang mama rasa sebagai seorang emak yang seawal pagi dah celik mata menguruskan hal rumahtangga. Saya mula mengerti macam mana abah sedih, gembira dan bangga dengan tingkah laku anak-anak. Andai dapat diundur masa, sangat banyak perkara yang saya ingin lakukan untuk kalian.

 

Moga Allah anugerahkan kesihatan yang baik serta umur yang panjang buat insan yang telah melahirkan, mendidik dan membesarkan saya sehingga hari ini. Agar saya punya peluang untuk berbakti pada mama abah lebih lama, dan dengan sehabis baik.

 

Jangan lupa cuba resepi ni tau! Pasti tak menyesal punya!

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !