9 MALAPETAKA BURUK KENCING MANIS JIKA PARAS GULA TIDAK DIKAWAL

Kak Ebah
0

Memang malapetaka. Tu bukan typo atau salah eja.

Sebab kencing manis ni kalau dah didiagnosed tapi tak diambil tindakan apa-apa memang tidak ada kesan yang baik akan berlaku.

Seperti yang diketahui dan selalu disebut berulang-ulang, penyakit kencing manis adalah keadaan di mana terdapat kandungan gula yang tinggi di dalam darah.

Ianya terjadi apabila fungsi pankreas telah terjejas menyebabkan penghasilan hormon insulin tidak cukup untuk mengangkut gula ke seluruh sel-sel badan kita.

Menurut statistik, 1 daripada 6 daripada rakyat Malaysia menghidap diabetis.

Maksudnya kalau kita ada geng enam sekawan, seorang daripadanya penghidap kencing manis. Entah-entah bukan kawan tu, tapi kita sendiri.

Banyak tu sebenarnya.

Apa yang membimbangkan ialah kebanyakan pesakit tidak sedar mereka menghidap penyakit kronik ini kerana antara simptom yang biasa ialah sering berasa lapar, kerap rasa ingin kencing dan keletihan yang melampau.

Memang susah nak detect sebab kita sendiri pun selalu je penat, lapar dan asyik rasa nak buang air kan?

Lebih sedih bila dah mula mengalami pelbagai gejala yang lebih serius sehinggalah terjejasnya nikmat sihat dan kegembiraan yang dirasai sebelum-sebelum ini.

Komplikasi atau akibat buruk daripada kencing manis

Semua kes-kes diabetis atau kencing manis akan meningkatkan risiko komplikasi jangka panjang.

Komplikasi jangka panjang ini sangat berkait rapat dengan kerosakan kepada saluran darah. Risiko beregunya ialah penyakit kardiovaskular yang menyumbang kira-kira 75% daripada kematian kerana disebabkan oleh penyumbatan arteri koronari.

Ia mengambil masa selama berbulan-bulan atau bertahun-tahun sebelum menjadi kronik jika paras gula dalam badan tidak dikawal sepanjang tempoh itu.

Paras gula dalam darah yang tidak terkawal boleh menyebabkan komplikasi (kesan-kesan buruk) kepada salur darah besar (macrovascular) dan kecil (microvascular).

Kesan kepada salur darah yang besar (macrovascular complication) :

  • serangan jantung
  • penghalang yang menyumbat laluan pembuluh salur darah (arteri) di kaki
  • lumpuh (stroke) – samada lumpuh sepenuhnya (tidak boleh menguruskan diri sendiri seperti berjalan, bercakap atau makan) atau lumpuh separuh badan.

Kesan kepada salur darah yang kecil (microvascular complication) :

  • kegagalan fungsi buah pinggang - jika kedua-duanya telah rosak sepenuhnya, pesakit perlu melakukan dialisis.
  • mata yang mula kabur sehingga menjadi buta - tiada cara untuk kembali sembuh daripada buta jika disebabkan oleh kencing manis.
  • mati pucuk - menjejaskan keupayaan seksual untuk melakukan aktiviti seks akibat daripada keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan
  • gangguang saraf - saraf yang kurang deria rasa (rangsangan terutamanya di bahagian hujung tangan dan kaki).

Kesan-kesan lain akibat diabetis :

  • jangkitan kulat pada kulit - terjadi kepada mereka yang mempunyai rintangan terhadap insulin dan orang yang mengalami obesiti
  • mudah dijangkiti penyakit seperti jangkitan paru-paru dan jangkitan ulser pada kaki.

Pesakit kencing manis akan merasa kebas-kebas pada hujung kaki dan tangan. Disebabkan saraf yang kurang rangsangan, mereka tidak berasa sakit apabila berlaku kecederaan pada anggota tubuh seperti kaki.

Mereka kadangkala tidak perasan dan tidak sedar jika terpijak benda tajam atau berdiri di atas sesuatu yang panas. Ini akan menyebabkan mereka mudah mendapat luka yang tidak disedari di tapak kaki atau timbulnya fungus yang tidak berasa sakit di permukaan kulit.

Paras gula yang sentiasa tinggi di dalam darah menyebabkan luka sukar untuk sembuh. Luka yang lambat sembuh dalam keadaan paras gula yang tinggi, menyebabkan jangkitan mudah merebak. Oleh sebab itu ramai pesakit kencing manis yang kakinya buruk.

Apabila jangkitan telah merebak ke tulang di bahagian kaki, doktor akan mencadangkan agar kaki tersebut dipotong bagi mengelakkan jangkitan daripada terus merebak ke bahagian anggota tubuh badan yang lain.

Baca : 10 stages kencing manis yang semakin memburuk dan ianya memang menyedihkan!

Kalau dilihat satu-persatu kesemua kesan-kesan ini adalah sangat buruk dan menakutkan.

Mata buta, lumpuh dan buah pinggang gagal berfungsi sehingga harus melakukan rawatan dialisis seumur hidup adalah perkara yang kita sama sekali tidak mahu terjadi kepada diri sendiri mahupun ahli keluarga yang lain.

Itu belum cerita lagi kes yang perceraian dan keretakan rumahtangga yang berlaku kerana pasangan (yang lelaki) sudah tidak mampu menjalankan tanggungjawabnya akibat mati pucuk. Ia tidak lagi jadi sesuatu yang memalukan kerana sudah banyak kes sama yang berulang.

Oleh itu, sebelum sistem saraf terganggu, sebelum penglihatan mula kabur, sebelum anggota luka sehingga kaki terpaksa dipotong, buatlah pilihan untuk mencegah diabetes daripada singgah.

Buat yang sudahpun menjadi penghidap kencing manis, teruskanlah berusaha untuk mengawalnya supaya tidak menjadi lebih kronik.

Komplikasi diabetes bukanlah gurauan atau sekadar ingin menakutkan. Setiap hari kita mendengar berita yang sama. Setiap hari kita melihat dengan mata kepala sendiri kes-kes yang berkaitan dengan ahli keluarga yang merana akibat diabetis.

Jika anda merupakan seorang pesakit kencing manis, maka seelok-eloknya anda mula memperbanyakkan bacaan tentang penyakit ini (ofcourse daripada sumber artikel dan saluran yang betul, bukan merepek).

Mulakanlah merancang secara serius dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat agar malapetaka di atas dapat dielakkan.

Baca Juga : Bacaan gula akhirnya turun dan bebas kencing manis secara semulajadi

Kesakitan dan penyakit bukan sekadar takdir, ia pilihan kita.

Sihat itu nikmat. Feed your cells with healthy nutrient.

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !