BERSALIN NORMAL SELEPAS PEMBEDAHAN, IBU INI KONGSI PENGALAMAN BERTARUNG 21 JAM!

Kak Ebah
1

21 jam. Memang tak terjangkau dek akal.

 

Kalau teringat, memang setiap kali pun menangis membayangkan perjuangan mak kita yang terdahulu, bersusah payah menggadaikan nyawa melahirkan kita.

 

Ya. Selepas dibuat kajian, bertanya pada yang pakar dalam bidangnya dan tangisan yang tak berkesudahan.

 

Ya. Sikit-sikit menangis. Menangis sebab takut. Lepas tu, beremosi dengan suami sebab macam masih menyalahkan "kehadiran" baby dalam perut masa tu. Allahu.

 

Bukan semberono main redah atau sekadar ikut-ikutan nak VBAC ni. Mom's condition dan doctor advice kena selari.

 

Ia satu keputusan yang telah ditimbang tara sehabis halus lepas consider semua aspek.

 

Apa condition saya masa tu?

 

So, macam post dalam entry sebelum ni, risiko saya untuk VBAC adalah agak rendah berbanding kes ibu-ibu lain yang "complicated"

 

Saya memang dah rancang awal, sejak tahu mengandung. Memang pasang niat dan bersedia awal juga untuk VBAC.

 

Walaubagaimanapun, masa proses kelahiran nanti apa pun yang kita tak jangka boleh berlaku. Sebab tu, penting sangat-sangat untuk be prepare fizikal dan mental.

 

Kronologi Kelahiran My 4th Baby 26/08/2019

 

Saja ambil cuti hari ni. Malas nak kerja sebab dah tak ada baju nak recycle pakai pergi ofifice hahaha.

 

Yang sebenarnya, berdebar-debar dari hari ke hari menuggu bila lah nak datang contraction ni. Duduk rumah pun serba tak kena.

 

Being me, setiap kali dah dapat petanda rasa nak bersalin, memang akan bersalin hari tu juga. So, memang dah kenal dan boleh expect. My previous pregnancy pun macam tu.

 

Hari bermula dengan baik, dating dengan husband kat rumah. Breakfast dekat kedai makan, balik lunch masak macam biasa.

 

26/08/2019 - 4 pm

 

Start rasa perut mengeras dan datang rasa sakit. Diam-diam je layan perasaan sorang-sorang sebab nak pastikan dulu betul ke rasa sakit yang asli atau perasan je sebab dah tak sabar nak beranak. Tengok jam, “aish macam konsisten 10-15 minit sekali ni”. Cuak!

 

26/08/2019 - 5.30 pm

 

"Abi, rasa macam dah start ada tanda sakit-sakitlah abi"

"Eh, awak biar betul?"

"Hermmm tulah, tak sure. macam lupa pulak macam mana signal dia"

"Sakit kerap dah ke tu?"

"Entahlah tak tahu nak cakap, rasa macam dah 10-15 minit sekali"

 

26/08/2019 - 5.30 pm - 7.00 pm

 

Kesakitan masih konsisten. Sekejap ia datang dan pergi. Oklah, masih boleh gosok-gosok sendiri lagi perut sendiri.

 

Berbincanglah kami suami isteri sambil melayan sakit contraction yang sekejap datang sekejap hilang.

 

Dan akhirnya, keputusan akhir pun di capai. Maka hospital bag yang dah tersedia diangkut dengan perasaan berbaur. Takut, tapi tak sabar nak tengok muka baby!

 

26/08/2019 - 7.30 pm

 

"Mama, saya tinggalkan budak-budak eh, nak pergi hospital dah ni"

Mula-mula control habis, tapi pecah berderai kolam airmata bila start peluk-peluk minta maaf dengan mama. Adeh, benci!

 

26/08/2019 - 8.30 pm

 

Settle register, terus dibawa masuk ke labour room untuk check bukaan. Berdebar kencang terus dada aku woih!

 

Sambil-sambil tu, CTG dipasang untuk pantau denyutan jantung baby dan contraction pattern. Saya kemudiannya ditinggalkan selama lebih kurang 15-20 minit untuk dapatkan CTG reading.

 

Tengah syahdu melayan debaran sorang-sorang dalam tu, sambil perhati sekeliling labour room....

 

“Puan rasa sakit level macam mana sekarang ni?”

“Hermmm.. entah. Tak tau nak cakap, tapi still boleh tahan lagi. Kalau ikut experience anak sebelum ni. Memang saya akan bersalin terus kalau dah start sakit macam ni”

"OK, kalau tengok reading sini memang agak kuat dah contraction, tapi bukaan Puan baru 1 cm. Puan tunggu sekejap ye”

 

Erkkkk… baru satu? Serta merta melintas memori bersalin anak sulung yang juga bermula dengan 1 cm dilation tapi dah konsisten sakit 10 minit sekali. huhuhu.

 

Tak lama lepas tunggu tu, nurse masuk balik dan cakap "Kami dah call Dr.Wan, dia tak bagi Puan balik dan minta terus check-ini sini. Puan OK ke?"

 

26/08/2019 - 8.30 pm

 

Bilik dah ready. Kami decide nak stay kat hospital je terus as per advice. Keadaan kat rumah dengan anak yang bertiga tu memang agak tidak mengizinkan untuk situasi macam ni.

 

Ditolak masuk ke wad dan tiba-tiba eh, "mana perginya rasa sakit semua tadi?" Aiseh, dah tak sakit pulak dah.

 

Nurse beritahu, "Puan, kami akan datang check bukaan lagi pukul 4. Kalau nanti sakit makin kuat, Puan boleh tekan loceng panggil kami ye"

 

Sempat request dekat abi nak makan kueteow ladna sebelum tidur. Habis sebungkus makan hehehe.

 

26/08/2019 - 1 am 

 

Rasa sakit makin kuat, tapi kekerapan masih lebih kurang sama. 10 minit sekali. Abi tanya, "nak panggil nurse ke?"

"Takpelah, still boleh tahan lagi ni. Tunggu jelah sampai pukul 4"

Entah, tak tahu kenapa masih belum mahu kena seluk lagi. Kononnya, nak biar surprise nanti tiba-tiba je eh, dah boleh push?

 

26/08/2019 - 4 am 

 

Seperti yang dijanjikan, nurse masuk dan bawa peralatan untuk check CTG dan bukaan faraj.

 

Dah 4 cm.

Whaaaaat? Semalaman tahan sakit bertambah 3 cm je?

Kononnya confident lah Subuh dah boleh bersalin. Anak keempat dah kan, tapiiii... Sangkaanku meleset sama sekali.

Maka setelah itu ibu ini pun teruslah bertahan dan bertahan sehingga masuk waktu Subuh. Sekejap-sekejap masuk toilet, layan duduk atas bowl rasa lega amat. Sakit datang bersilih ganti setiap 10 minit dan setiap kali itulah macam-macam aksi yang keluar. Position paling best is, "menonggeng"

 

Pengalaman bersalinkan Iman Nasuha dah "ajar" macam mana rasanya sakit nak bersalin. Inilah harga pahala yang bakal diganjarkan oleh Yang Maha Esa. :)

 

Long story cut short.

 

Lepas Subuh, nurse masuk lagi dan saya di tolak ke Labour Room. CTG dipasang semula. Menggeliat setiap kali "wave" datang.

 

Dalam masa yang sama berdebar-debar terkenang pengalaman bersalinkan Nu'man yang poor progress, sampai berakhir dengan Emergency CSect. Mula sedih sebab muka doktor Wan Masliza lansung tak nampak.

 

Rezeki kali ni, midwife on duty yang buat kita macam anak dia. Bagi nasihat, gosok-gosok kaki, kesatkan airmata, ingatkan sentiasa baca doa Nabi Yunus. Memang mak-mak sangat, buat hatiku terpujuk dan rindu emak sendiri. Baby ni pun, macam tau-tau aja nak tunggu sampai doktor balik dari haji.

 

Long story cut short

 

"Nusaybah, awak OK?"

Wajah doktor yang dinanti pun muncul menguak langsir Labour room. Cantik. Lembut. Menyejukkan hati.

 

Terus sebak tiba-tiba.

"OK, saya ingatkan doktor tak sempat datang" - masa ni dah banjir. Laju, macam paip pecah. Sejenis cewek.

 

26/08/2019 - 1 pm

 

Lahirlah bayi gendut seberat 3.615 kg ni.

 

Not bad, tak padan dengan ibu dia yang kecil molek” – Doc Wan.

 

“Saya dah agak masa mula-mula pegang dia tu. 3.6 kilo tak lari ni. VBAC. Natural pain, natural labour. Tahniah Nusaybah"

 

"Dah selesai semua, dah jangan menangis. Tengok baby awak tu ha"

 

Dah waras, dah hilang sakit, sempat saya jeling nametag yang tertulis "Nurihan". Habis sudah 1 shift beliau sejak malam tadi. Dia memang bekerja dengan ikhlas dan empati.

 

Maka berakhirlah penantian yang mendebarkan, menyayat hati tetapi pengakirannya sangat manis.

 

21 jam. 8 jam di labour room. Nak recall balik birth story ni pun letih, tapi macam RINDU. Eh?


 Begitulah, seorang yang namanya wanita.

Tags

Post a Comment

1Comments

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !