MEMORABLE MOMENT FAMILY DAY @ ANANG SARI HOMESTAY MELAKA

Kak Ebah
0

Bila dah dalam family besar, adik-beradik pun ramaaai, macam inilah gayanya. 

Selain balik raya, akan jadi masalah masa berkumpul begini, tak cukup bilik nak sumbat semua. Asbab nak jaga batas aurat ipar duai dan biras, kami akhirnya berjodohan dengan tempat cantik ini.

Penginapan 2H1M yang berbaloi-baloi.



Anangsari Homestay 

Sebuah rumah dengan binaan kayu dan batu yang berhadapan dengan laut. Yes, private beach, cuma beberapa tapak langkah ke depan pagar aja dah dapat pijak pasir pantai. 



Ada 6 bilik,

2 di tingkat bawah,

4 di tingkat atas.

6 katil Queen, 

3 katil single, 

6 katil double decker

Loteng pun ada siap dengan kipas, setakat nak bersusun tidur dalam 10 orang, memang muat sangat. Pun masih juga selesa.

Tilam toto dan bantal ekstra penuh dalam almari. Gunalah saja dengan gembira. 

Family hall kat atas pun diletak katil lagi, betul-betul depan balkoni menghadap pantai. Bila angin bertiup, fuuuuhhhh sejuuuukkk. 

Bab bilik tidur selesai, part nak bersihkan diri pun tip top semuanya. Nak mandi sahaja boleh, nak qada hajat boleh, nak sekali jalan dua-dua serentak pun tak ada hal.

Pilih je jenis mana satu yang korang nak :

Bilik air sahaja - 3

Tandas sahaja - 3

Tandas + Bilik Air - 2

Tidur malam kemain lena sampai ke pagi. Tak payah nak susah-susah berebut mandi. Dapat solat Subuh berjemaah siap takzkirah satu kali. Puas hati!

Kat luar rumah, ada meja dan bangku panjang yang sesuai sangat lepak anak beranak lepas penat berenang. Nak buat acara pun, very the strategic one. 

Lebih kurang 3-5 km je jarak nak dapat sumber ikan-ikan segar dan kerang-kerangan. Seawal jam 7.30 pagi dah boleh start pulas stereng ke arah pasar basah atau peraih ikan kat tepi-tepi jalan sepanjang pesisir pantai.

Sebagai AJK makanan, Kak Ebah kasi 5 bintang terus. Segala jenis haiwan aku dapat beli. Fresh! Kupang serendah 6 ringgit sekilo. Isinya pun manis betul. 

Lokan pula 1kg harganya cuma RM3. Memang betul-betul "hao lio" hidangan seafood kami malam tu. 

Adik-adik yang jantan dah bawa marinated lamb siap-siap dari rumah, tapi Kak Ebah caras sebab dah plan malam dinner nanti kita buat homemade shell out!

Mujurlah diorang degil nak juga ada acara bakar-bakar. Kami settle masak semua dah pukul 9 lebih. Lapar teruk masing-masing, almaklumlah, dah sakan berendam lama dalam air. Bahana semua agree tak nak makan heavy lunch sebab nak simpan perut.

Dapur gas yang ada tu dah ok, tapi api dia manja sangatlah duhai tuan empunya rumah. Boleh upgrade lagi tang tu, so that next trip ada rezeki datang sini lagi kita dapatlah makan awal sikit.

Kawasan pantainya sangat landai. Waktu air surut sekitar jam 11 pagi sampai 6 petang. Boleh tahan lenguh kaki berjalan sampai ke tengah, tapi seronokkkkk sebab pemandangan sekitar situ pun tersangatlah indahnya. 

Dapat belikan pelampung RM3 sorang satu, memang budak-budak berkilat seluruh badan asyik turun mandi dan main pasir. Anak jantan sorang tu, daripada melompat-lompat takut anak ketam, sampai melalak tak nak naik atas. 

Nak buat aktiviti pantai sesuai benarlah. Dengar cerita, tempat ni banyak remis (saiz dia lebih kurang macam etok) tapi disebabkan kitorang ni jakun, dah nak balik hari esoknya baru tahu macam mana nak korek. Itu pun accidently tersauk masa mandi sambil main-main pasir. Sepanjang petang hari kami sampai tu, jumpa kulit remis je hahaha. Lagi senang kalau seluk tangan masa air pasang rupanya. Boleh tahan banyak juga. 

Dapatlah hasil sebesen remis, terus campak dalam kuali gitu aje, garam tak letak lansung pun. Manis isi dia, meratah memang layan macam makan kuaci. 

Sebelah malamnya kami enjoy lamb BBQ dan ikan bakar fresh yang dibeli dari pasar Teluk Gong. Ada tempat grill and chill berbumbung yang cukup terancang, bersebelahan pula dengan gazebo di luar laman. Kitchen utensil complete serba serbi, termasuklah microwave, periuk nasi dan kuali besar. Sebilah pisau pun kami tak ada bawa, tapi perut bukan main ketat selama 2 hari kami kat sini.

Solat berjemaah dan tazkirah ringkas dapat kami sempurnakan sebagai santapan rohani. Ruang tamu utama yang sejuk dengan kemasan perabot kayu, mengembalikan nostalgicnya memori masa kami zaman budak dulu-dulu berkumpul di kampung. 

It's actually adhoc punya planning. Disebabkan anak-anak kami memang sukakan pantai, diusahakan juga sampai jadi family gathering kali ni. Kalau tidak, jenuh dengar diorang berzikir tepi telinga, bila nak jalan-jalan pergi hotel cuti sekolah ni? 

Tak payah nak hotel sangatlah anak, kita bersidai ramai-ramai hujung minggu kat sini pun dah fun gila. Cuma satu jam setengah perjalanan dari Bandar Baru Bangi.

Budak-budak tidur sepanjang jalan, sampai-sampai terus tukar baju nak terjun mandi. On the way balik pun, masing-masing repeat tidur lagi sekali, nyenyak sampai depan pintu rumah. Senang kerja mak bapak. 

Belum sampai sehari balik, anak-anak dah sebut nak datang sini lagi. Husband pun, tak puas katanya 1 malam je. Rindu! 

Yes, definitely will come here again and again. Sebut betul-betul, Anangsari Homestay, Melaka. Kak Ebah bagi 5 HA! 

Jemput tengok menu kami di malam kejadian, memang bukan kaleng-kaleng walaupun dapurnya sempuuuut hehehe.

Well, macam biasa. Kami kan family chef 

#familygathering #kakebahreview #anangsarihomestay

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !