Lepas aku belajar pasal masking, ada satu benda yang buat aku fikir lama. Selama ni aku selalu ingat Ain macam tak ada perasaan.
Serius. Kadang-kadang kita marah dia, dia macam okay. Kita tegur, muka dia macam tak ada apa. Ada benda berlaku yang pada aku sepatutnya dia sedih, tapi reaction dia tak macam yang aku expect.
Sampai pernah terlintas dekat kepala aku,
“Budak ni tak ada perasaan ke?”
Huhuhu. Bila fikir balik sekarang, kesiannya dia.MSebab bila aku marah dia, malah waktu aku pernah pukul dia dulu, aku pula yang akan cakap,
“Stop menangis.”
“Awak yang minta kena macam ni.”
Allahu. Sekarang bila aku tulis benda ni, baru aku fikir betapa kelirunya keadaan tu untuk seorang budak.
Dia sendiri mungkin tak faham apa yang sedang berlaku dalam diri dia. Tak tahu kenapa dia buat sesuatu. Tak tahu kenapa dia tak boleh stop. Tak tahu macam mana nak urus apa yang dia rasa. Lepas tu bila semuanya dah meletup, dia kena marah pula sebab menangis. Kesiannya dia.
Ada satu ayat Ain yang aku masih ingat sampai sekarang. Bila aku dah terlalu tekan dia untuk explain kenapa dia buat macam tu, kenapa jadi macam ni, dia pernah jawab,
“Ain tak tahu kenapa Ain macam ni.”
Allahu. Dulu aku dengar ayat tu sebagai jawapan budak yang tak tahu nak jawab apa. Sekarang aku dengar ayat yang sama dengan telinga seorang mak yang dah mula faham sedikit tentang anak dia.
Memang mungkin dia tak tahu. Macam mana seorang budak nak explain sesuatu yang dia sendiri belum ada bahasa untuk explain?
Macam mana dia nak cakap dia overwhelmed kalau dia sendiri tak tahu apa itu overwhelmed? Macam mana dia nak cakap kepala dia dah terlalu penuh?
Macam mana dia nak explain kenapa dia buat sesuatu secara impulsive, kenapa emotion dia datang terlalu kuat, atau kenapa sesuatu yang nampak kecil pada kita terasa terlalu besar pada dia?
Dia cuma tahu,
“Ain tak tahu kenapa Ain macam ni.”
Dan aku pula waktu tu sibuk nak dia bagi aku jawapan. Dan aku paksa dia.
Sedangkan mungkin yang dia perlukan ialah orang dewasa yang bantu dia cari jawapan itu bersama-sama. Dan ada satu lagi jawapan dia yang aku tak pernah lupa. Pernah sekali bila aku tanya kenapa dia buat sesuatu, Ain cakap,
“Ain rasa Ain ada dengar suara suruh Ain buat. Lepas Ain buat, Ain menyesal.”
Masa tu?
Aku ingat dia reka cerita.
"Awak banyak sangat tengok drama nii", gitu je respon aku.
Aku fikir dia tengah cari alasan sebab dah buat salah. Sebab dalam kepala aku waktu tu, kalau kau tahu benda tu salah, kenapa kau buat? Simple. Rigidnya aku.
Tapi sekarang bila aku ingat balik ayat tu, aku tak berani nak assume apa sebenarnya yang dia maksudkan dengan “dengar suara”. Aku tak tahu sama ada dia memang maksudkan suara secara literal, atau itu saja bahasa yang dia ada masa tu untuk describe apa yang berlaku dalam kepala dia.
Aku bukan orang yang boleh diagnose benda tu. Cuma satu yang aku tahu sekarang, mungkin aku terlalu cepat dismiss apa yang dia cuba ceritakan.
Sebab part selepas tu yang buat aku fikir banyak sekarang.
“Lepas Ain buat, Ain menyesal.”
Dia buat. Kemudian dia menyesal. Aku tanya kenapa. Again dia tak tahu macam mana nak explain. Dan bila explanation yang keluar daripada mulut dia tak masuk akal pada aku, aku fikir dia menipu.
Allahu. Kesiannya budak tu. Berapa banyak kali sebenarnya dia cuba explain dunia dalam kepala dia menggunakan bahasa seorang budak, tapi aku dengar menggunakan logik orang dewasa?
Aku tak tahu. Dan aku tak mahu sekarang simply rewrite semua kisah lama dan kata semuanya sebab ADHD.
Itu pun tak betul. Tapi aku berharap waktu tu aku tahu untuk tanya lagi,
“Bila Ain kata ada suara suruh buat tu, macam mana rasanya?”
Bukan terus decide dia reka cerita. Sebab mungkin jawapan dia waktu tu boleh bantu aku faham sesuatu yang aku tak nampak. Dan yang paling buat aku sedih bila fikir balik, dia melalui semua keadaan tu tanpa dia sendiri tahu macam mana nak urus diri dia.
Dan aku, orang yang sepatutnya bantu dia regulate, waktu itu pun tak tahu. Aku ingat regulate bermaksud berhenti menangis.
Berhenti marah.
Duduk diam.
Dengar cakap.
Control diri.
Padahal sekarang aku belajar, diam tak semestinya regulated.
Anak yang berhenti menangis sebab takut kita marah lagi tak semestinya dah okay. Anak yang nampak tenang tak semestinya dalam dia tenang. Dan anak yang tak mampu explain kenapa dia buat sesuatu tak semestinya sengaja tak mahu bertanggungjawab.
Sebab itu sekarang aku mula nampak beza antara menahan dengan regulate. Aku tak nak Ain sekadar pandai tahan marah. Tahan sedih. Tahan overwhelmed. Tahan sampai nampak okay depan orang, kemudian balik rumah semuanya pecah. Aku nak dia perlahan-lahan kenal apa yang sedang berlaku dalam diri dia.
Aku tengah marah.
Aku dah overwhelmed.
Aku perlukan masa.
Aku perlukan ruang.
Aku tak faham arahan tadi.
Aku tak boleh process banyak benda sekarang.
Dan aku rasa dekat sinilah self-regulation sebenarnya bermula. Bukan dengan kita cakap,
“Control diri.”
“Jangan marah.”
“Jangan nangis.”
“Duduk diam.”
Sebab self-regulation bukan benda yang kita boleh suruh anak buat begitu sahaja. Ia skill yang kena diajar dan dilatih. Dan ini pun aku masih belajar dengan Ain.
Macam mana nak bantu dia kenal emosi sebelum meletup. Macam mana nak bagi ruang tanpa membiarkan semua behaviour. Macam mana nak ajar boundaries tanpa buat dia rasa ada sesuatu yang salah dengan dirinya.
Understanding bukan enabling. Tapi understanding bagi kita clue apa sebenarnya yang perlu kita ajar. Aku tak boleh ubah apa yang aku tak tahu dulu. Tapi sekarang bila aku dah tahu sedikit lebih banyak, aku boleh belajar buat lebih baik.
Untuk Ain. Dan mungkin juga untuk Ibu dia.

