BIRTH DEDICATION POST - AIN SUFI, ANAK YANG MENGAJAR IBU MENJADI IBU

Kak Ebah
0


Hari ni hari jadi anak nombor dua aku.

Ain Sufi. 9/9/2019.


Aku paling ingat kelahiran Ain sebab antara semua anak, dialah yang paling senang aku lahirkan. Paling cepat keluar, tak ambil apa-apa painkiller pun dan aku rasa recovery lepas bersalinkan dia pun paling cepat.


Gap dia dengan kakak pun dekat. To be exact, setahun lebih je. Tapi rupanya cabaran aku dengan Ain bukan masa melahirkan dia.


Cabaran aku bermula dalam pantang dan membesarkan dia.


Ain antara anak yang paling mudah aku breastfeed. Paling smooth, dan paling awal dapat skin to skin dengan aku. Tapi dia juga satu-satunya yang tiba-tiba ada ruam susu dekat pipi.


Dan dengan Ain jugalah sampai aku pergi belajar baby language. Aku belajar how to calm your baby. Aku belajar kenapa baby perlu dipeluk, tentang the missing fourth trimester, macam mana nak soothe baby dan macam-macam lagi.


Sebab masa tu aku betul-betul rasa macam…

Kenapa tiba-tiba aku tak reti jaga anak aku sendiri?


Padahal bukan anak pertama. Then barulah aku tahu Ain adalah seorang high need baby.

Dia boleh menangis sangat lama tak tahu apa yang tak kena. Pernah satu hari aku bawa family keluar makan sebab aku nak belanja. Ain menangis non-stop dekat kedai makan sampai akhirnya aku terpaksa tinggalkan duit untuk mereka makan dan aku balik bawa dia.


Itulah pengalaman aku dengan Ain. Seorang anak yang unik. Dan ada ketika, aku rasa sangat susah membesarkan dia sebab aku sendiri berperang dengan pelbagai emosi yang bercampur baur.


Kalau antara semua anak aku, mungkin Ainlah yang paling banyak dapat habuan kata-kata tak enak daripada seorang ibu.


Paling banyak kena marah.

Paling banyak buat aku hilang temper, naik temperature.

Dan mungkin juga paling banyak menerima versi Ibu yang masa tu sebenarnya masih belum pandai memahami dia.


Itulah Ain Sufi.


Anak yang bila aku tengok mata dia masa kecil, somehow bagi aku ilham untuk letak nama Ain Sufi.

Ain — mata.

Dan Sufi pula selalu dikaitkan dengan seseorang yang mencari kejernihan hati, ilmu dan kedekatan dengan Allah. 


Masa aku pilih nama tu, aku sendiri terbayangkan seorang yang lembut jiwanya, suka belajar, suka membaca dan mencari ilmu.


Entah kebetulan atau tidak, makin besar… makin nampak versi Ain tu.

Bijak. Curious. Banyak fikir. Suka membaca. Ada dunia dia sendiri.


Ain juga anak yang paling thoughtful, sometimes tanpa Ibu minta pun dia akan offer kalau nampak Ibu perlukan apa-apa favour.


Kalau Ibu sakit kepala, dialah yang akan datang picit kepala Ibu. And ketahuilah Ain, you memang ada bakat bab ni. Tangan tu memang sedap betul kalau picit kepala Ibu. Jangan berhenti sampai besar please. 


Benda nampak kecil je, tapi itulah Ain. Dalam cara dia sendiri, dia memang selalu ada sisi yang sangat caring dan thoughtful.


Dulu aku selalu fikir Ain unik sebab dia anak nombor dua. Orang kan selalu cakap anak nombor dua ni pelik sikit. Macam-macam perangai.


Aku pun anak nombor dua.

So aku macam… "Haaa patutlah." 

Tapi makin Ain membesar, makin banyak benda aku belajar.

Rupanya Ain bukan sekadar anak yang aku kena besarkan.


Ain adalah antara anak yang paling banyak mengajar aku bagaimana nak menjadi mak yang lain daripada diri aku yang dulu. Dan satu benda tentang Ain yang aku tak akan lupa ialah how thoughtful you are.


Masa tu Ibu pregnant adik dia, Nu'man Hadif. Macam biasa kalau pregnant, nipple aku memang akan jadi sangat sore. Walaupun tengah breastfeeding, aku memang dah tak mampu nak teruskan.


Aku tak buat pun trick pelik-pelik untuk wean off Ain.

Aku cuma bercakap dengan dia guna psikologi.

Aku pun sebenarnya tak tahu kenapa masa tu aku pilih approach tu.


Aku cakap,

“Ain, sekarang Ibu tengah mengandung. Ada baby dalam perut Ibu. Ibu tak boleh susukan Ain sebab nipple Ibu sakit. Nanti baby dah keluar, Ain boleh menyusu balik. Ain kongsi dengan adik. Satu breast Ain, satu breast baby.”

Masa tu Ain baru setahun lebih.


Dan antara percaya dengan tidak… Dia wean off dengan sangat smooth.

Tak ada drama. Tak ada paksa-paksa


Then bila baby dah lahir, aku sendiri dah lupa apa yang aku pernah janjikan.

Tapi Ain ingat.


“Ibu, ingat tak dulu Ibu cakap nak bagi Ain kongsi ni dengan adik?”

Allahu. Budak sekecil tu rupanya simpan apa yang Ibu cakap.

And yes.

Akhirnya Ibu tandem nursing Ain dengan adik dia, Nu'man.


Itulah Ain.

Anak yang unik.

Anak yang cantik.

Anak yang bijak.


Anak yang mungkin paling banyak menguji emosi Ibu, tetapi dalam masa yang sama antara yang paling banyak mengajar Ibu tentang sabar, memahami, mendengar dan melihat seorang anak lebih jauh daripada sekadar perangainya.


Bila Ibu fikir balik perjalanan kita… Mungkin bukan Ibu seorang yang membesarkan Ain. Ain pun sebenarnya sedang membesarkan Ibu.


Mengajar Ibu jadi manusia yang lebih lembut. Lebih memahami. Lebih banyak belajar sebelum menghukum.


Happy birthday, my beautiful Ain Sufi.


Ibu nak Ain tahu satu benda.

Ibu sayang sangat Ain.


Dengan segala keunikan Ain. Dengan segala cerita kita. Dengan segala fasa yang kita dah lalui bersama.


Semoga Allah sentiasa lindungi Ain, rahmati setiap langkah Ain, jaga hati Ain, terangilah jalan hidup Ain dengan ilmu dan iman, dan pelihara Ain di dunia sampai akhirat. 


Semoga Allah ampunkan segala salah, silap dan keterlanjuran Ibu sepanjang membesarkan Ain. Segala yang pernah kurang daripada ibu, Allah gantikan dalam hidup Ain dengan kasih sayang yang jauh lebih besar. 


Ibu reda sepenuhnya dengan Ain, dunia dan akhirat. Semoga Allah sentiasa memberkati hidup Ain, menjaga setiap langkah Ain dan memelihara Ain dalam rahmat-Nya, selalu.


And no matter how big you grow…

you will always be that beautiful pair of eyes that once inspired Ibu to call you, Ain Sufi. ❤️

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !