PENYUSUAN SUSU IBU ATAU BREASTFEEDING JADI PUNCA BABY JAUNDIS?

Kak Ebah
0
Anak menyusu badan? Awak kena stop dulu breastfeed, bagi susu formula. 

Pernah tak dengar statement ni?

Apa maksudnya ni?

Pertama sekali, kena faham dan kena tahu bezakan.


1. BREASTFEEDING JAUNDICE

 

Kuning bayi yang berpunca daripada KEKURANGAN susu ibu. Bayi tidak mendapat susu ibu yang cukup kerana terdapat kesilapan pada teknik menyusukan. Kebanyakannya berlaku kerana lekapan yang salah atau adanya masalah semasa penyusuan walaupun payudara ibu selalu bengkak-bengkak dan air susu meleleh-leleh setiap kali feeding time.

 

MERBAHAYA kerana ia akan menyebabkan bayi gagal mendapat kandungan laksatif untuk membantu proses pencernaan dan menyingkirkan bilirubin keluar dari tubuh bayi. Susu ibu cepat dan mudah dihadam. Ini akan meransang pergerakan usus bayi secara semulajadi supaya bilirubin dapat dinyahkan keluar melalui najis dan air kencing.

 

2. BREASTMILK JAUNDICE

 

Kuning bayi yang DISEBABKAN oleh susu ibu. Boleh berlanjutan selama 3-12 minggu. Kuning bayi yang masih berlanjutan, selepas physiological jaundice berkurangan sehingga mengakibatkan prolonged jaundice.

 

Berlaku pada bayi yang sihat dan hanya minum susu ibu. Bayi tetap kelihatan kuning di permukaan kulit dan mata walaupun sudah kerap dan aktif menyusu.

 

TIDAK MERBAHAYA selagi bayi menyusu dengan efisien (breastfeeding on demand, 8-10 kali sehari), berat badan bertambah, warna najis dan urin jernih (tidak pucat atau keruh). Akan perlahan-lahan berkurangan dan adalah selamat bagi ibu dan bayi untuk meneruskan penyusuan.

Akan beransur-ansur hilang dengan sendirinya dalam tempoh 1 hingga 3 bulan.

 

Untuk mengelakkan bayi daripada mendapat breastfeeding jaundice, pastikan penyusuan dimulakan seawal yang mungkin, posisi dan cara lekapan sewaktu ibu menyusukan adalah betul supaya bayi properly latch dan mendapat amaun susu ibu yang mencukupi.

 

Breastfeeding jaundice memang tak sama dengan breastmilk jaundice.

 

Terdapat banyak teori tentang breastmilk jaundice, tetapi punca sebenar breastmilk jaundice masih belum dapat dibuktikan dengan jelas oleh mana-mana kajian.

 

Kak Ebah sendiri percaya, susu ibu adalah yang terbaik, there is no substitutes.

Human milk, for human babies.


Kak Ebah

Lactivist, pejuang susu ibu.

 

 

 

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !