RESEPI MEE KARI SEDAP ALA NYONYA KAPITAN CARA SAYA

Kak Ebah
1

Memasak bagi saya adalah satu terapi yang paling menenangkan.

Pertama semasa memasak.

Kedua selepas selesai tugas memasak.

Ketiga semasa melihat kesayangan menikmati masakan kita.

Apatah lagi jika mendapat pujian dan doa. Perasaannya sungguh indah!

Ini kejadian minggu lepas.

Kakak, adik perempuan kedua dalam family balik berhujung minggu.

Rasa-rasa nak memasak sesuatu lah!

Abi awal-awal lagi dah kasi signal nak versi nyonya. Resepi best dan sedap gila ni saya dapat dari Blog Kak Gee.

Setelah diubahsuai sedikit sebanyak ikut selera tekak, jom kita layan resepi baik punya nih!

MEE KARI ALA NYONYA PERANAKAN

Bahan-bahan

  • 4 biji buah keras (ditumbuk)
  • 8 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 ibu jari belacan (ditumbuk)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • 5 ulas bawang merah (dikisar)
  • 1 inci halia (dikisar)
  • 1 cawan rempah kari ayam dan daging Baba's
  • 2 senduk cili kering yang telah dimesin
  • 2 tangkai daun kari
  • 1/2 ekor ayam diambil bahagian isinya
  • 1 kilo kerang (direbus)
  • 2 paket fish ball dipotong 2
  • 2 genggam taugeh (dicelur)
  • satu ikat kacang panjang (dicelur)
  • 1 ikat sayur sawi (dicelur)
  • 2 paket taupok (tauhu kering)
  • 2 biji santan
  • 3 batang serai diketuk
  • 1 tangkai bunga kantan
  • 2 bungkus mee kuning
  • bawang goreng
  • garam dan gula secukup rasa

CARA-CARA :

  1. Rebus ayam sehingga empuk dan ketepikan.
  2. Tumbuk bawang putih dengan buah keras dan belacan. Kemudian, dalam periuk berasingan, tumis hingga wangi dan masukkan cili kering mesin. Kacau lagi sampai agak garing dan timbul minyak.
  3. Masukkan rempah yg telah digaulkan dengan bahan kisar (bawang merah, bawang putih dan halia) daun kari, serai dan kacau rata dan bubuh setengah cawan air. masak sampai jadi paste. (Asingkan sedikit paste ini untuk dimakan bersam mee kari)
  4. Masukkan air rebusan ayam dan masak sehingga kuah menggelegak
  5. Masukkan taupok, fish ball dan bunga kantan
  6. Setelah itu masukkan pati santan dan perasakan kuah.
  7. Kacau sekali sekala dan bolehlah ditutup
  8. Carikkan isi ayam
  9. Masukkan mee ke dalam mangkuk dan taburkan condiments seperti isi kerang rebus, sayur sawi, taugeh, kacang panjang yg telah dicelur
  10. Tuangkan kuah dan taburkan bawang goreng sebelum di ngap
  11. Boleh letakkan hirisan cili jeruk dan limau nipis jika suka
  12. Sedia dinikmati!

Wallawehh..memang sedap sampai tertonggeng mangkuk baq hang!

*Nota kaki : Masakan nyonya ni biasanya memang wajib taruk buah keras dan bunga kantan untuk rasa yang berbeza. Bau wangi dan lemak-lemak gitu!

Hari tu saya buat 5 bungkus pun habis licin!!!

Kegembiraan bukan?

SELAMAT MENCUBA!

Tags

Post a Comment

1Comments

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !