SEDUTAN NOVEL AYAH, KARANGAN IRFAN HAMKA

Kak Ebah
0

Nasihat untuk Pembohong.


Ada tiga syarat yang harus dimiliki oleh orang yang suka berbohong.

Pertama, orang itu harus memiliki mental yang kuat, berani, tegas, dan tidak ragu-ragu untuk berbohong. Jangan seperti kamu tadi.

Kedua, tidak pelupa akan kebohongan yang telah diucapkannya.

Ketiga, harus menyiapkan bahan-bahan perkataan bohong untuk melindungi kebenaran bohongnya yang pertama.

Contoh, ada seorang teman bertanya kepada temannya yang satu lagi,
"Tadi solat Jumaat di mana?" Si teman yang ditanya sebenarnya tidak pergi sembahyang Jumaat, namun kerana malu, dia lantas berbohong, lalu menjawab, Di Masjid Agung" Si teman yang bertanya kembali bertanya, "Di lantai mana kau solat?" Yang ditanya kembali menjawab, "Di lantai bawah" Bertambah satu lagi bohongnya.
"Saya juga di lantai bawah, kok. Tidak bertemu?" Dengan mantap yang ditanya menjawab, "Saya di saf yang paling belakang sekali". Coba kau hitung, Irfan! Untuk melindungi bohongnya, berapa kali dia menambah bohong lagi dan lagi agar temannya itu percaya bahawa dia memang solat di Masjid Agung?

Syarat yang harus dimiliki oleh orang yang ingin berbohong BUKAN SATU. Pasti bohongnya tidak sempurna. Berapa banyak kebohongan yang harus dipersiapkan untuk melindungi kebohongannya yang pertama, kedua dan seterusnya sampai lima kali?

Satu hal yang kau harus ketahui, orang yang selalu berbohong lama-kelamaan si pembohong sudah tidak akan mampu lagi membezakan antara kebohongan dan kebenaran yang diucapkannya. Sehingga akhirnya masyarakat tahu bahawa dia seorang yang sering berbohong lalu digelar Si Pembohong.

Mengerti kau, Irfan, akan cerita Ayah ini? Kau tidak berbakat. Dan ingat, bohong itu salah satu dosa yang harus kau pertanggungjawabkan di hadapan Allah.

Nasihat Buya Hamka kepada anaknya yang cuba berbohong dan ketahuan
Sedutan muka surat 9-10 - Ayah.
Tags

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !