RESEPI KUAH KACANG DAGING KAMPUNG IBU MERTUAKU ADIK KU

Kak Ebah
1

Alhamdulillah, lagi perkongsian bermanfaat yang Kak Ebah belajar, *ada improvised sikit lalu berkenan dan successfully installed dalam catalogue family menu.

Again, terima kasih ibu Asmarina Ibrahim rajin masak, rajin pula share cara dan resepi masakan. Kepada Allah jualah yang memberi ilham dan dikembalikan semuanya.
To be frank, kuah kacang memang bukan signature dish kami. Sungguh tak pandai nak buat menu yang satu ni macam orang lain. Bila yang berkongsi tu ikhlas, sampai ilmunya pada yang diajar, alhamdulillah.
Kak Ebah panjangkan pula di sini untuk kawan-kawan yang tanya, yang berminat nak rasa supaya boleh cuba sendiri masak untuk yang tersayang memandangkan nak jemput semuanya datang rumah, sis tak mampu.
Semoga asbab sharing ini, ibu senantiasa dianugerahkan sihat dan rezeki yang tidak pernah putus. Ibu ni SIL punya mak, merangkap adik lelaki Kak Ebah punya MIL.
Here We Go!
Kuah Kacang Daging
Bahan-bahan
500gm kacang tanah digoreng - dikisar
125gm kacang shandong - dikisar sedikit kasar
500gm daging lembu dihiris kecil - direbus
Bahan kisar
2 ketul buah keras
3-4 biji bawang besar
5 ulas bawang putih saiz kecil
4-5 ruas jari lengkuas
2 batang serai
Segenggam cili kering
Sedikit perahan asam jawa
Gula melaka, gula putih, garam
Minyak masak secukupnya
*kuantiti bahan-bahan tu korang agak dan adjust sendiri ikut kesejahteraan tekak masing-masing lah ya, seriously kita tak pandai sangat nak masak bersukat ni.
Tumiskan bahan-bahan kisar sehingga betul-betul garing dan pecah minyak. Masukkan daging yang telah direbus empuk, kacau rata dan biarkan mendidih.
Masukkan kekacang yang telah dikisar, secawan air/secukupnya ikut kelikatan yang disukai dan perahan asam jawa. Biarkan seketika sehingga menggelegak sekali lagi. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Kacau dari semasa ke semasa dan biarkan mereneh dengan api perlahan sehingga terbit minyak berlinangan. Tutup api. Siap.
Kalau tengok kebanyakan resepi, ada yang letak udang kering juga kan. Cuma sebagai orang yang tak makan daging (read:daging merah, organ lembu, kambing) this version Kak Ebah approved!
Kuah kacang daging ni manis dia lain, the moment dapat gigit daging yang empuk bersalut dengan kuah kacang yang manis pedas manjah tu feeling dia... macam makan sate daging dah.

Nikmat mana lagi yang harus kau dustakan. InshaAllah menepati selera ramai termasuk si cilik.
Selamat mencuba!
*Walau tak dapat tunjuk pic step by step (sebab tak plan), semoga bermanfaat ya!
Tags

Post a Comment

1Comments

  1. kuah kacangnya mcm beza dari mak selalu buat.. bolehlah cuba nti

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !