DUO ONLINE AUDITION RANCANGAN REALITI MASAK-MASAK TV9

Kak Ebah
0



Orang baru habis panik cari kucing hilang, tiba-tiba perempuan ni WhatsApp ajak join online audition rancangan masak-masak.




Kakngah dia tak habis baca lagi terus "jom" laju-laju. Sekaliiii, tengok tarikh tutup esok dah. Adehhh. Nasib baik hari minggu, rumah pun berjiran je. Tengok-tengok dia dah sampai depan pintu pagar kita.

Korek dalam freezer ada macam-macam tapi nak masak yang simple je, tak dapat imagine kalau menu nasi kerabu, laksa nyonya nak kena cramp dalam masa 3 minit. Ni pun jenuh nak bagi pendek, tau-tau aja dah 30 minit.

Sejenis yang kalau bercakap macam keretapi lepas tu bila dah go ahead, susah nak gostan. Syarat pertandingan mestilah mempunyai pertalian darah.

Dah kena daaahh, kitorang 2 ni memang kerjanya masak je kat rumah. Adik beramai ramai kan, biasalah. Ramai lelaki pulak tu. Setakat 2 ekor ayam tu sekali jeling je dah licin. Seronok makan berebut walaupun selalu je tukang masak tak sempat nak jamah nasi dah kena masak lagi!

Saja happy-happy adik-beradik. Esok-esok inilah memori yang akan dikenang sehingga akhir hayat.

Saya sayang adik nombor lapan saya!

Ada rezeki nanti boleh la korang tengok kami dua beraksi di kaca TV. Nantikan!

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !