Resepi Kueteow Thn'g ni dah biasa share.
Dah banyak kali ulang tayang dah pun sup kegemaran seisi keluarga sis ni.
Abah tak lalu makan dah berapa hari. Alhamdulillah, buatkan nutritious chicken and vege broth ni, 3 mangkuk dia belasah.
Renih api perlahan. Biarkan 90-120 minutes atas dapur. Datang balik, perasakan dan tutup api.
Kali ni kita share cara buat sup ala-ala Chinese style.
Siapa suka clear sup macam ni angkat keyboard!
Saya memang gemar, ala-ala Chinese Cuisine yang light dan boleh menghirup dengan gembira tanpa rasa bersalah.
Rupa sup jernih, ada combination of beberapa negeri punya signature dish recipe.
Resepi asal, Vietnam.
Kue teow Th'ng diberi nama.
Modified by selera tekak Kak Ebah.
Healthy yet tasty
Anggaran 10-15 orang makan (siap bertambah)
Bahan sup :
Dada ayam
Tulang/rangka ayam
2 inci halia diketuk
1 biji bawang holland belah 4
5 ulas bawang putih diketuk
100 gram kacang soya
1 batang leek dipotong pendek
2 batang saderi dipotong pendek
1 biji sengkuang saiz sederhana belah 4
1 batang lobak putih dihiris membulat
1 sdb serbuk lada putih
1 senduk sos ikan/sotong
Minyak bawang putih
Sedikit ketulan gula batu
Garam secukup rasa
Renehkan semua bahan selama 90-120 minit dengan api perlahan (supaya stok tak keruh). Siap, keluarkan ayam, tapiskan semua bahan dan ambil stok sup sahaja.
Edited sikit : Errr.. Lobak putih tu, Kak Ebah tak buang. Sedap makan buat sayur (teringat menu pantang beranak), makan dengan nasi, suap anak-anak pun lazat.
Sup je yang paling penting. Tak perlu MSG ke, cukup rasa ke, pasti sedap ke memang sedap pasti dah.
Tak tahu nak cerita macam mana. 2 malam repeat makan anak beranak menu sama.
Condiments, terpulang nak letak apa lagi yang tekak rasa nak. Kak Ebah suka sawi bunga, celur sekejap. Bawang goreng kalau tak ada pun dah mengancam sebab ada garlic oil tu.
Ada yang suka cili api potong. Yes-yes sila buat kalau rajin. Pedas-pedas rangup krup krap kan. Kak Ebah ni nan hado sebab tak sempat tetamu dah lapar.
Letak kue teow dalam mangkuk, racik isi ayam, taburkan daun bawang, letakkan sambal udang kering. Sluurrrrppp.
Jangan lupa ramuan wajib, minyak bawang putih. Ini rahsia kelazatan kue teow th'ng.
Sebut betul-betul, kue teow th'ng. Lidah kena jaga. (biar tergantung jangan cecah lelangit)
Selamat mencubaaaa!