RANCANGAN REALITI MASAKAN DAPUR TEMPUR - ONE FOR MEMORY

Kak Ebah
0

Episod minggu lepas, 1001 rasa dan perasaan (hakikatnya setiap episod pun samaa)

Kalau diikutkan rasa nak menulis tu, every week pun nak taip story ala-ala post mortem kat sini. Mixed feelings. 

 

Cukuplah, one for memory here. Kotlah ada yang rindu Kak Ebah punya bebel panjang-panjang macam zaman blogging dedulu.
 
Teknik, skills, ke laut dalam.
Instinct, kadang-kadang helps a lot.
Percubaan "think out of the box" ada yang makan diri, sebab masih perlu R&D.
 
Segala aib terselak bila dalam situasi kelam kabut, bila depan kamera, bila diberi task yang kena sempurnakan on the spot kemudian menanti pula sesi penjurian yang super mendebarkan.
 
Sungguh, jelas tarbiah itu datang dalam pelbagai cara. Kalau tak diberi ilham oleh Allah, semudah mana sekalipun masakannya, idea tak akan terlintas di fikiranmu, walaupun benda sama je selama ni yang kau buat dekat dapur.
 
Paling berdebar sekali bila apa yang ada di pantry dan challenge masak apa minggu ini memihak kepada kau atau tidak. Sumpah tak boleh agak apa task yang diorang nak suruh masak dan setiap minggu mengharap tolonglah kesian bagi clue tapi nan hado kahkahkah.
 
Paling ingat kata-kata Nana Mahazan, "yang sebenar-benar diuji bukanlah kehebatan memasak tetapi how to make a right decision, focus to commit and handle the situation when you're in a pressure"
 
Setujuuu amaatttt. Nana lahir daripada rancangan realiti, mesti Nana faham sangat perasaan kitorang yang kat depan judges ni semua macam mana. AFUNDI NANA! Thank you Nana, kalau ada kiub ikan bilis, mesti semua juri makan sambil pejam mata taknak pulangkan pinggan kan?
 
Memang betul-betul menguji critical thinking dan betapa pentingnya decision yang tepat dalam masa yang singkat. Nak bagi jiwa dalam masakan pun struggle, apa lagi nak membeli jiwa juri.
 
Kita bukan pro, tak pernah attend formal cooking class, semuanya bermula sebab membesar dalam big family yang selalu masak-masak yang akhirnya bertukar jadi minat. Memang kami pilih untuk dikenali sebagai kakngah dan kakak, membawa nama 9Siblings yang buat kami serasi bersama.
 
Kita yang selama ni masak dekat rumah untuk family saja, yang sekodeng bahan dulu baru decide nak masak menu apa. Kadang-kadang menjadi, kadang-kadang masuk tong sampah juga. Tak pernah tengok jam pun bila dah start sinsing lengan kat dapur melainkan dah set ada orang nak datang. Kalau tak, lambat siap masak, lambatlah makan, berlaparlah dulu anak beranak
 
Untuk kesayangan kat rumah, terima kasih jadi peminat air tangan ibu selama ni. Doakan ibu boleh terus masak dan membahagiakan semua. Ehhh sebak, dah macam ucapan apa pulak 😂
 
Personally, bila dalam contest berkumpulan macam ni, kebijaksanaan handle situation bila dalam pressure dan teamwork memang teruji sangat. Kak ngah punya muka memang tak rilek sokmo, berkerut sepanjang episod ahahaha. Habit sebenarnya tu, short cut nak cepat nampak tua. Tapi sampai last day MUA and stylist terkejut bila tau kitorang both dah beranak pinak lols.
 
Kalau Sis Sheila Rusli keep on repeating masakan kena "balance" tapi dalam 9Siblings, bila salah seorang tak ada, "alignmet" lari terus. Tak sangka kakak buktikan "she needs kakngah" in this way. Depan kamera terus dia bagi. Walaupun challenge tu dibuat untuk uji keserasian, tapi kakak kata "I couldn't have done it without you"
 
Mungkin penonton ada yang rasa kakngah marah or kecewa, tapi knowing me, itulah seorang kakngah, sentiasa bersungguh-sungguh bila dapat bagi pendapat, bercakap dan express feelings. Memang dari awal masa decide nak join kita dah cakap, inilah yang akan jadi kenang-kenangan hari esok bila salah seorang dah dijemput pergi.
 
Berapa kali ulang tengok balik pun mesti keluar airmata. Yang tak tahu kisah boleh jenguk YT Dapur Tempur Episod 6. Kena tengok sendiri what happened. Iman Nasuha sampai sound "ibu ni orang lain dah tersingkir cakap sikit-sikit je, ibu cakap bukan main lama"
 
To be frank, deep inside sepanjang ada dekat set kakngah tak rasa pun tengah bertanding dengan contestants lain, tapi sebenarnya dengan diri sendiri. Too many things to do for improving.
 
Di medan mana sekalipun, sentiasa akan ada ruang dan peluang untuk belajar selagi kita mahu mengambil ilmu dan pengajaran.
 
Above all, it's a great experience ever. New ventures, new circle of friends and family. Korang semua memang ohsem.
 
Muka tu memang begitu sejak umur budak. Trademark dahi kerut sampai kena tegur dengan host dan crew. 
 
Kakngah ada banyak kurang here and there, macam tu jugalah kakak yang sometimes lebih banyak extra daripada kakngah dia ni. Despite, kekurangan itulah yang saling melengkapkan ketidaksempurnaan kami masing-masing.
 
Yang dah lama tak tengok televisyen, yang tak pernah tengok TV9, terima kasih sebab sanggup tunggu depan skrin setiap Khamis malam. Siap ada yang minta compile kan resepi. I'm touched beyond words. Alhamdulillah. Tak sangka kita ada peminat auchs.
 
Our humble thanks to production team, crews, artists and judges for all the trust, thoughts, opportunity and exposure.
 
Korang yang kenal Kakngah @ Kak Ebah, semoga enjoy!
 
Walaupun lepas ni kakak dan kakngah dah tak dapat masak sama-sama dengan produk Nona dan Panasonic appliances dalam layar, do support our friends untuk 2 lagi episod yang confirm full of surprises.
 
Thanksssss, sayang korang!
Tags

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !