MISI MENCARI AKSESORI PENYUSUAN DAN KRITERIA BREASTPUMP PILIHAN

Kak Ebah
0

Minggu lepas gigih kami empat beranak ke Fabulous Mom, Puchong untuk merealisasikan niat mencari aksesori dan kelengkapan penyusuan yang dah lebih 2 tahun tak pernah berganti.

Kami sampai sekitar jam 11.30 pagi dengan ditemani 2 orang chef amatur yang balik berhujung minggu sebagai assistant yang volunteer mengelolakan puteri-puteri kami.

Lama dah tak datang sini. Mujur beroperasi hari ahad. :)

Selepas bersalinkan Iman Nasuha, saya guna medela harmony dan swing breastpump. Ini ialah hasil pencarian dan pengumpulan review dari sumber yang pelbagai.

Sejak pertama kali menjadi ibu, saya memang sangat bersungguh-sungguh mahu menyusukan anak saya dengan susu badan sendiri. Berkat ilmu dan persediaan yang memang saya rancangkan, alhamdulillah.. perjalanan penyusuan saya juga agak lancar. :) Ada juga yang sedih, masam, duka semua tapi tak syoklah nak cerita kan. Menyusu ni kena hepi hepi je...

Masuk hari ini dah 6 bulan lebih saya menyusukan adik Ain pula, masih dengan penggunaan breastpump yang sama. Memang tidak pernah mengecewakan!

Hari ini, misi saya ialah mencari doublepump atau aksesori yang boleh membantu tugas mengepam saya di pejabat. Antara kriteria pemilihan ialah double pump, kecil, senyap, mobile (ada bateri), dan mesra pengguna (tidak menyakitkan).

Dalam kepala ni terbayang jenama Spectra M1 yang sejak kebelakangan ini mendapat review yang agak tinggi di laman sesawang.

Jikalau ianya boleh memenuhi syarat apa salahnya jika bertukar jenama pun," detik hati kecil saya yang selama ini tidak pernah berani bertukar. :)

Saya berkesempatan mencuba 2 jenis pam di bilik khas yang disediakan. Di sini, saya kongsikan sedikit review selepas percubaan dibuat.

1. Lacte Duet (Harga : RM450)

  • heavy duty
  • suction "lembut"
  • silikon breastshield
  • ringan tapi sedikit "bulky"
  • lebih senyap
  • banyak parts
  • designed to be use as double pump
  • bateri boleh cabut and comes with power bank

Jenis ni ada 2 model. Untuk single dan double pump, ada 2 motor yang berbeza. Lacte Duet saiznya besar sikit dari Lacte Solo, tetapi bagi saya Spectra M1 adalah lebih comel and trendy! :)

2. Spectra M1 (Harga : RM499)

  • not heavy duty
  • suction "agak keras"
  • plastik breastshield
  • ringan dan kecil comel
  • buyi agak kuat
  • parts sikit
  • built-in rechargeable battery
  • can be single/double pump (additional breastshield sold separately)

Persamaan :

  • Boleh jadi single or double pump
  • Portable - easy to travel and store (mobile)
  • 2 Phase Expression – Stimulation Phase & Expression Phase
  • Anti-backflow - elak susu masuk tubing. kekurangan - penggunaannya akan mengurangkan kuasa suction
  • Each session: 30 minutes then it will turn off automatically

Salah satu features yang saya suka sangat ialah kedua-duanya ada :

  • Closed system – it means that there is no way for milk to get into the pump motor. Milk particles in the pump motor can lead to the growth of mould and is a potential source of virus transmission.

Sejak anak first dulu, saya guna single pump je, lepas pump sebelah, kena pump lagi sebelah. Itulah rutin selama 2 tahun lebih ni, baik manual or automatic pump. Then, part Let Down Mode pulak, masa pam sebelah breast, yang sebelah lagi kena tadah. susah sikit. Kemudian nanti, bila turn pump lagi sebelah yang kita dah tadah tadi, lambat pulak nak Let down. Bila dah lambat, terpaksalah drag masa pump sebab nak make sure breast betul-betul kosong.. hehehe.

Bila dah masuk anak kedua ni, aktiviti pumping sebelah demi sebelah pam memberikan satu challenge pada saya yang selalu terkejar-kejar dengan kerja di ofis. Kena masuk meeting lah, turun data center lah, attend vendor untuk installation dan troubleshooting lah. Memang kadang-kadang saya sangat dicemburui oleh masa. Sejak itulah otak ni ligat berfikir, "kalau ada double pump, kan senang. Tak payah dah nak gilir-gilir, boleh pam dua-dua belah sekali harung.

Setiap sesi pumping dah disetkan kepada 30 minit. Lepas 30 minit, motor akan terus turn off automatically. Default kekuatan suction masa stimulation mode ni terpulang pada keselesaan masing-masing. Masa mula-mula guna dulu saya memang rasa kejutan budaya sangat. Siap macam kena inject karen sampai ke kepala. Serius rasa seolah-oleh kena renjatan elektrik (hiperbola sangat perumpamaan, sebab selama ni duk guna pam medela yang memang soft giler). So saya memang akan adjust volume dia, saya guna level 4/5 untuk stimulation massage dan level2/5 untuk expression. Kalau bab suction (sedutan), dia ni memang hero la bagi saya, tapi kena bare in mind, sedutan yang kuat tak semestinya bagus.

Berbeza dengan Lacte Duet, satu sesi ada 2 phase dan dah diprogramkan untuk bertugas selama 30 minit untuk setiap sesi. 2 minit pertama ialah sesi stimulation mode iaitu massage mode (urutan). Stimulation mode ni untuk ransang pengeluaran susu. So dalam masa 2 minit nilah Let Down Refleks sepatutnya berlaku selepas 2 minit, dia akan automatik tukar kepada expression mode. So, 28 minit seterusnya adalah sesi memerah. Breast shield dia yang jenis silicon membuatkan suction dia mimmics baby latch. Sedap dan tak sakit. Sedar-sedar je botol dah penuh.

Motor Lacte Duet ni ada 2. Satu untuk sebelah kanan, satu untuk sebelah kiri. Boleh disablekan salah satu in-case nak guna untuk single pump jek. Part dia boleh tahan banyak compare dengan Spectra M1 yang bukan saja comel, malah ada seciput jer part yang nak kena handle. Salah satu sebab lagi saya memilih Spectra M1.

Orang kata, satu features tambahan yang ada dekat Spectra M1 yang baru ni ialah anti backflow, di mana kebaikan dia ialah boleh elakkan susu masuk tubing walopun kekurangannya ia akan kurangkan kuasa suction. Dari segi bunyi, motor Lacte Duet boleh tahan senyap, tak banyak beza pun nak dibandingkan dengan Spectra M1. Bab parts pulak, kalau Spectra M1 part nak kena basuh cuma 2 sahaja. Corong pump, valve (injap) dan ofkos botol. Sikit dan senang. Sesekali je kena basuh backflow protector tu kalau-kalau ada susu yang terembes masuk ke dalam. Untuk Lacte Duet, part nya lebih banyak. antara 4 hingga 5 barang yang kena basuh setiap kali guna.

Breastpump Lacte Duet ni, default botol dia adalah wide neck. Kebanyakan storage bottle kata pasaran skang macam jingle jungle, bumble bee, autumnz adalah standard size, so ada sekali dalam set tu 2 bijik bottle converter. Boleh pasang bila nak guna botol susu standard supaya tak perlu lah nak transfer hasil perahan setiap kali selesai mengepam.

Tips untuk penjagaan pulak, part yang ada getah-getah (valve, membran, silicon shield) ni jangan guna air panas, apa lagi nak didihkan terus. Ini untuk pastikan dia tahan lama lah. Al-maklumlah, getah akan cepat longgar dan mengembang bila kena air panas.

tapi tapi tapi... after all the experienced and reviews has been shared here..

saya masih juga rindu. Rindu pada perkenalan dan cinta pertama, Medela :)

Nak tahu tak macamana dengan hasil perahan saya selepas bertukar kepada pam Spectra yang baru ni?

Jemput sambung baca di entry seterusnya Review Pengalaman dengan Breastpump Baru

Antara kerosakan saya sebelum balik daripada Fabulous Mom hari tu.

Cantik dan lembut gila! Saya dan abi beli 2 pek. Satu untuk bakal anak along, dan satu untuk bakal anak adik saya, ammar yang akan hadir dalam keluarga besar kami Jun dan Julai tahun ni. :) Doakan semuanya selamat dan baik-baik saja ya!

Adik cashier yang assist kami sepanjang kat dalam kedai tu kata, bertuah sungguh la sape yang dapat hadiah ni. :)

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !