MAK, EBAH RINDU MAK...

Kak Ebah
0

Dua hari MC semalam dan kelmarin, sempat menyusun atur semula rumah. Beberapa jenis perabot saya alihkan ke tempat lain sebagai salah satu terapi diri. Sesekali cerah mata melihat susun atur perabot di lokasi berbeza. Perasaannya seperti berada di rumah lain. :) Saya terjumpa beberapa bingkai gambar kenangan perkahwinan kami 4 tahun lalu.

Ingatan saya kembali pada Puan Hindon Bt Mat Idris. Seorang wanita cekal yang sempat hadir dalam hidup saya walau sekejap cuma. Dialah arwah ibu mertua saya yang saya panggil mak, yang kakak Nasuha beri gelaran opah.

#FLASHBACK.

Sekarang ni asik teringat mak. Dah lama tak balik kampung.

Kalau dulu setiap bulan mesti wajib balik. Nak nak kalau ade kenduri. Almaklum, kenduri kendara kampung makan semua best.. ada rendang tok kegemaran saya! Hari sabtu pulak kami akan ke pasar malam yang ada laksa best dekat menara condong. Bazar larut malam pun boleh tahan meriah dengan kain baju dan aksesori. Seterusnya, hari ahad kami ke pasar tani yang lokasinya dekat tapak yg sama jgk. Seronok!

Walaupun rumah mak bertema taman perumahan, feeling dia tetap best..sebab mak rajin, macam-macam dia tanam,semua menjadi. Ada banyak buah pelam pokok tepi rumah (rumah mak corner lot), daun cekur manis (mak panggil daun asin) bukan main cantik tumbuh tepi pagar.. Mencanak-canak naik. Selalu hindu yang duduk deklat lorong rumah depan tu datang nak mintak free daun tu buat masak. Geram agaknya tengok tak luak dipetik orang.

Teringat masa mak duduk rumah kami 5 bulan dulu.. Masa tu dia tak sihat. Betul-betul teruk keadaan mak masa tu. Terpaksa naik turun tangga sebab bilik kat atas. Kata mak, "iman pun lagi laju turun naik pintas mak". Memang. Perlahan sangat dia melangkah mengira anak tangga satu demi satu. Tiap hari mengadu sakit sampai kami tak tahu dah nak buat apa. Pergi dokter, ckp mak kena gastrik yang teruk, usus dah luka. Mungkin juga dah jadi ulser.

Makan tak mahu, tidur bukan saje tak lena, tapi tak lelap..kesian mak.. Ada sekali tu, seharian mak tak berganjak kemana2..berbaring saje dlm bilik sbb tak berdaya lansung bergerak.. Bergegas kami yg baru blk kerja trus pegi jenguk mak kat bilik. Iman pun behave sgt, seolah paham bila tengok opah dia berkeadaan mcmtu.. Bila disuruh cium, dia kucup pipi opah. Manja.

Bila malam mak minta halia dan bawang putih utk dibuat air, utk diminum. Mak kata rasa berangin, pedih ulu hati. Lepas minum dengar bunyi sendawa mak erk..erkkk.. Kadang2 mak sampai muntah. Keluar kuning2..pahit aje rasa, kata mak lagi.. Sudahlah mak tak makan seharian, muntah pulak..rasa sedih.simpati sgt.. Macam2 kami ikhtiar utk bantu mak bagi dia ada selera mkn blk.. Klinik kerajaan sudah, klinik swasta pun sudah. Malah, kaedah tradisi pun kami cuba. Pelbagai. Akhirnya kami tunggu tiba tarikh appointment dgn pakar pulak utk kaji apa sbnrnya sakit mak.

Kami cuba bagi mak minum susu anlene dia mcm biasa, tapi dicampur dgn mealshakes biar ada selera makan sebab mak kata dia bukan taknak makan tapi selera tak ada lansung. Lagipun perut sentiasa rasa kenyang dia kata.. Mak memang patuh sangat dengan aturan obat doktor.kemana pun mak pergi bekas ubat memang tak pernah tercicir. Ubat biasa untuk wanita seusia mak. Darah tinggi dan jantung.

AJHT dan ostematrix memang kami dah supply awal2 sebab mak ada masalah sakit lulut dan sendi, susah nak bangun bila dah lama duduk..tapi mak tak suka solat duduk.. Badan mak makin mengecil. Mak sangat sangat kurus. Entah berapa berat badan mak. Kadang-kadang mak nmpk okay tapi most of the time, keadaan mak sangat menyedihkan.

Sebaknya rasa hati bila terkenang apa yang mak lalui masa tu.. Ralatnya kami sebab tak tahu apa sebenarnya sakit yang mak deritai.. Baru-baru ni aje mak ade simptom macam ni. Sebelum-sebelum ni walopun mak makan memang tak banyak tapi mak masih ada selera untuk makan.

Betullah orang kata, tanda-tanda orang nak pergi mengadap ilahi, tak nak makan, biar perut bersih je nanti masa jenazah dimandikan. Allahu.

Bertuah rasa ada mak mertua macam mak. Mak tak pernah marah-marah atau sindir-sindir anak menantu. Tak susah lansung jadi menantu mak. Bila balik kampung, mak biarkan saje saya jadi masterchef kat dapur. Belilah apa yang Ebah teringin. masaklah apa yang nak makan..semua mak makan aje. Kain baju mak yang offer nak tolong basuh tapi saya tak kasi sebab taknak menyusahkan mak. Mak rajin sangat, basuh baju kalau setakat sehelai dua tu mak basuh tangan je.

Mak awal-awal pagi dah bangun buat air teh, rutin harian dia selama hidup bersama apak.. Sebak bila tengok mak termenung bila air teh dah kuih muih atas meja tak habis. Style apak, celik-celik mata je, lepas keluar toilet mesti dah ready semua atas meja. Mak memang superb, perfect housewife.. Mak terlalu rajin. Tak hairanlah kalau dengar cerita orang dulu-dulu senang aje dapat jodoh. Erm..bila dah kehilangan macam ni, makin terasa kerinduan kat mak.

29/07/2013
Hari ni pergi kerja drive sendiri sebab abi tak ada. Outstation ke utara bersekali dengan menggalas tanggungjawab sebagai anak bongsu mak. Berikutan dengan sakit "gastrik" mak yang makin hari makin melarat, abi dan abang ipar buat appointment pakar di Hospital Bukit Mertajam esok harinya.. Abi cakap dia nak teman mak dan dengar sendiri apa kata doktor tentang mak.

Tib-tiba abi call bagtau mak dikejarkan ke hospital sebab keadaan mak makin teruk.. (Saya tak sanggup nak ceritakan semuanya di sini. Biarlah kami sekeluarga saja yang tahu dan ingat momen-momen berharga dengan mak tika ini walaupun saya tak berkesempatan berada di sisi mak).

30/07/2013
Inilah tarikh sebenar mak sepatutnya ada appointment dengan pakar. Tapi pada waktu ini, mak dah ditahan di wad untuk ujian MRI..dokter kata ada sesuatu dalam perut mak. Mungkin ketumbuhan.

31/07/2013
Malam kedua tidur tanpa abi di sisi.. Iman nasuha pengubat rindu pada abi yang sedang bersama mak yang melahirkan dan membesarkannya sejak sebesar tapak tangan.. Pejam celi pejam celik rasa susah sangat nak lelapkan mata.hati pun rasa tak sedap.. Tiba-tiba tersedar jam 3 pagi check handphone yang kehabisan bateri kat luar bilik.. Macam dah dirancang, terus berdering tema default ringing sebaik si smartphone digenggam.. Terpapar nama encik hubby di skrin. Suara abi tenang dan sayup. "Ibu, mak dah tak ada".

Doktor diagnosed mak menghidap "kanser hati". Tak sempat tahu stage berapa, tak sempat buat kimoterapi. Itulah Kanser. Pembunuh senyap. Bukan gastrik, bukan ulser usus. Sikit pun kami tak sangka seteruk itu penyakit yang mak hidapi. Tanpa simptom. Waktu itu baru saya terbayang semula warna mata mak yang sedikit kekuningan. Itulah salah satu tanda tapi kami lansung tak sedar. Mudahnya perjalanan mak menghadap ilahi. Mak pernah kata, percaturan Allah itu adil dan cantik "nanti tiba masa mak senang je pergi sebab masa arwah apak sakit dulu semua orang susah berjaga siang malam mengisahkan apak".

Mak pergi di bulan ramadhan kareem..bulan mulia.. Banyak ucapan takziah yang saya terima mendoakan kebaikan buat mak.. Meninggal dunia di bulan puasa dan di tanah suci menjadi intipati doa ramai orang.. Saya sempat beli kain dan jahitkan sepasang baju kurung raya utk mak. Mak suka warna hijau, bnyk baju mak kaler hijau..tapi saya beli warna warni. Nak tengok mak nampak berbeza sikit. Biar mak ceria di pagi Aidilfitri. Tapi..saya tak sempat tengok mak pakai baju tu. Mak pergi dulu sebelum sempat bergema takbir 1 Syawal yang kita semua tunggu-tunggu.

Tatkala ini, ada genangan air jernih bertakung di kelopak mata dan sebahagiannya telah pun mengalir perlahan.suam.. Saya rindu mak. Saya sayang mak. Saya redha dgn pemergian mak. Saya pasti akan sentiasa mendoakan mak di sana. Semoga Allah tempatkan mak di kalangan hambaNya yang terpilih dan diberi rahmat.

Lebih 20 bulan berlalu, bermakna hampir 2 tahun emak pergi meninggalkan kami. Mungkin saya boleh ikhtiarkan sesuatu yang boleh menyelamatkan nyawa emak. Tapi saya akur, inilah takdir ilahi. Semuanya telah ditetapkan. Semestinya Dia tahu apa yang terbaik buat mak.

Lagi perkongsian kisah tentang apa penyakit mak klik SINI

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !