"Better Brighter" ANJUNG KASIH YKN, RUMAH TRANSIT WARIS PESAKIT @ HOSPITAL

Kak Ebah
0
Mungkin ada yang pertama kali dengar tentang kemudahan yang disediakan oleh kerajaan ini. Kak Ebah sendiri, memang first time tahu dan terus dapat manfaat daripadanya, alhamdulillah.

Asbab perlu berkampung lama di Melaka, pasca kejadian kemalangan adik lelaki Kak Ebah, tanggal 1 Ramadan baru-baru ini.

Anjung Kasih Yayasan Kebajikan Negara (YKN) merupakan rumah penginapan sementara untuk golongan yang memerlukan khususnya ahli keluarga yang kurang berkemampuan tetapi perlu mengiringi atau menjaga pesakit yang sedang mendapatkan rawatan di hospital kerajaan.

Anjung Kasih ini adalah sebuah program yang mendapat tajaan korporat daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB). Perkhidmatan penginapan yang selesa ini disediakan khas untuk kemudahan waris dan keluarga pesakit yang dirawat di hospital terutamanya penyakit yang serius serta memerlukan tempoh rawatan yang panjang.

Antara objektif rumah Anjung Kasih ini adalah menyediakan penginapan yang mesra insan bagi pesakit dan ahli keluarga mereka ketika menerima rawatan perubatan di hospital yang terlibat. Waris pesakit (terutamanya yang di lokasi jauh) tidak perlu berulang alik dari rumah ke hospital, atau menanggung kos pengangkutan atau menginap di hotel dengan kadar sewa yang tinggi.


Sesuai dengan namanya Better Brighter - Anjung Kasih, lengkap dengan katil, loker, bilik mandi, kelengkapan mesin dobi dan dryer serta pantry untuk digunakan oleh mereka yang menginap di situ berehat dan menguruskan diri.


Pemohon rumah Anjung Kasih boleh merujuk kepada pihak hospital untuk mendapatkan borang permohonan dengan mengisi borang yang boleh diperolehi daripada Ketua Jururawat atau Jururawat Terlatih di wad. Penghuni akan diberikan seunit anak kunci bilik dan pas keluar masuk sepanjang tempoh menginap mengikut nombor bilik.


Tempoh penginapan Anjung Kasih adalah bergantung kepada tempoh rawatan pesakit. Sekiranya tempoh penginapan melebihi 3 bulan, perakuan hendaklah diperolehi daripada wad dan mendapat kelulusan daripada Pejabat Pentadbiran.


Bagi keluarga Kak Ebah yang sedang diuji dengan ujian kesihatan, memang banyak belanja perlu fikir dan susun. Alhamdulillah, lokasi Anjung Kasih yang sangat strategik dengan fasiliti yang selesa banyak meringankan dan memudahkan urusan kami sekeluarga.


Lepas semalaman berjaga tepi katil pesakit, esok paginya boleh mandi, uruskan kain baju dan berehat di Anjung Kasih sebelum kembali ke hospital. Sangat-sangat memudahkan. Alhamdulillah.


Terima kasih Anjung Kasih YKN Hospital MELAKA.


Bagi kalian yang berada dalam situasi sama dan memerlukan penginapan seumpama ini, boleh mendapatkan kemudahan Anjung Kasih di lokasi berikut :


1. Anjung Kasih YKN Hospital Melaka

2. Anjung Kasih YKN Hospital Serdang, Selangor

3. Anjung Kasih YKN Hospital Selayang, Kuala Lumpur

4. Anjung Kasih YKN Hospital Cyberjaya, Selangor

5. Anjung Kasih YKN Hospital Pulau Pinang

6. Anjung Kasih YKN Hospital Bera, Pahang

7. Anjung Kasih YKN Hospital Sibu

8. Anjung Kasih YKN Hospital Miri

9. Anjung Kasih YKN Hospital Umum Sarawak (HUS)

10. Anjung Kasih YKN Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu Kelantan

11. Anjung Kasih YKN Hospital Tuanku Jaafar Seremban N9

12. Anjung Kasih YKN Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar Kedah

13. Anjung Kasih YKN Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh Perak

14. Anjung Kasih YKN Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru

15. Anjung Kasih YKN Hospital Tuanku Fauziah, Kangar Perlis

16. Anjung Kasih YKN Kent Cottage Hospital Duchess of Kent Sandakan


Last but not least, doakan kesembuhan adik lelaki kesayangan Kak Ebah yang baik, Ammar Che Anuwa. Nahas kejadian kemalangan di kilometer 207.9 menghala ke Air Keroh. 23.3.2023, tarikh yang kami tak akan lupakan. Ujian Ramadan paling bermakna buat kami.

Sekali lagi, terima kasih Kerajaan Malaysia, terima kasih Yayasan Kebajikan Negara, terima kasih Tenaga Nasional Berhad!

Tags

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !