MANUSIA NORMAL TAPI TAK BUANG AIR BESAR HARI-HARI PETANDA AWAL KANSER USUS?

Kak Ebah
0

Kenapa semua orang yang normal mesti kena buang air besar atau berak setiap hari?

Benda macam ni tak boleh nak rasa jijik sangat, sebab nak ke tak ini adalah fitrah semulajadi. Semua makhluk pun akan buat buat benda ni selagi bernyawa.

Berak atau buang air besar ni adalah salah satu cara tubuh kita menjalankan proses perkumuhan dan penyahtinjaan.

Meh kita belajar SAINS sikit.

Definisi perkumuhan - Proses penyingkiran bahan buangan berupa sisa toksik dan beracun dari dalam badan. Contoh bahan buangan ini antaranya ialah urea, karbon dioksida, air dan garam mineral yang berlebihan dan tidak lagi diperlukan oleh tubuh kita.

Organ – organ perkumuhan ialah kulit, peparu dan ginjal
Bahan perkumuhan di bawa dalam darah (melalui kapilari) dari kulit dan peparu untuk disingkirkan
Bahan – bahan perkumuhan perlu dibuang dari badan kerana jika ia terkumpul dalam badan kita ia akan menjadi racun (toksin) dan berbahayaterhadap kesihatan kita.

 Tujuan Perkumuhan

1) Menyingkirkan sisa toksik dan beracun
2) Menyejukkan badan dan membantu mengekalkan suhu badan
3) Mengawal pH badan
4) Mengekalkan keseimbangan kimia dan air
5) Menyingkirkan bahan-bahan berlebihan.

Penyahtinjaan pula adalah proses penyingkiran tinja melalui organ pencernaan iaitu dubur.

Tinja ialah sisa-sisa makanan yang tidak dihadam di dalam perut selepas makan.

Makanan yang dihadam akan diserap oleh usus kecil, manakala sisa-sisa makanan menjadi tinja di dalam usus besar dan dikeluarkan melalui dubur.

Pernah tak kita terfikir kemana perginya semua yang kita dah makan tu kalau tak flush dalam jamban?

Lagi-lagi kalau yang kita makan tu makanan merepek yang tak ada zat macam fast food, makanan yang tinggi gula, pewarna tiruan dan bahan perasa.

Kalau tidak bermastautin dalam tubuh kita, ada lagi tak tempat lain yang ia akan pergi kalau kita sendiri tak usaha untuk buang? KALAU KITA SENDIRI TAK KISAH JE, TAK BERAK HARI-HARI.

Yes, buang air besar ni memang BAGUS dan WAJIB kita tunaikan hari-hari tau. Itu dah jadi tanggungjawab kita untuk jaga badan kita ni daripada rosak dan simpan penyakit bukan-bukan. 

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !