ASID FOLIK SEBELUM MENGANDUNG? KISAH BENAR UNTUK BAKAL IBU AMBIL SERIUS!

Kak Ebah
0

"Akak due bulan depan, tapi dah tahu dah baby ni memang akan meninggal"

Apa perasaan korang kalau dengar statement macam ni bila datang mood nak membawang dengan orang sebelah?


"Baby akak dalam perut ni tak ada tempurung kepala. Memang dah lama tahu tapi tak sanggup rasanya nak gugurkan dia yang tengah hidup dalam ni."

Banjir dalam hati. Melarat sebak kita yang duk dengar ni.

Niat di hati nak ajak sembang, konon nak tumpang seronok keterujaaan dia bakal sambut orang baru. Tapi, lain pulak yang jadi.

Katanya lagi, mengandung kali ni lah yang dia paling rajin dan banyak makan vitamin yang doktor bagi. Cuma bila ditanya balik pasal preparation sebelum mengandung, dia tiba-tiba terdiam.


Dan, dia jawab...

"Yelah kan. Mungkin jugak, sebab gap dengan anak sebelum ni jauh. Abang dia dah sekolah rendah. Lama akak tunggu"

"Akak sebenarnya tak sedar lansung pun pregnant, tau-tau dah berapa bulan"

Kakak tu kata, doktor memang ada sebut pasal asid folik yang mungkin tak cukup dalam diet. Memang susah kalau nak harapkan semata-mata daripada makanan hari-hari kita. Allah Yang Maha Tahu apa di sebalik. 

Kali ni Kak Ebah pulak yang terdiam. Serta-merta hilang rasa nak merajuk dengan rejection yang dapat selama ni. Walaupun dia nampak cool, tapi sumpah, saya tak dapat imagine apa ada dalam hati dia masa tu. Dia sendiri juga yang tetap nak teruskan "carrying to term" baby syurga dalam kandungan.


Naluri ibu. Apa yang dia buat dah menggambarkan sedalamnya perasaan dia walau dia tak sebut. Sebak pula rasa sambil taip ni.

Anencephaly

  • Keadaan yang mana sebahagian besar tulang tengkorak di bahagian otak bayi tidak terbentuk dengan sempurna.
  • Ia sejenis kecacatan tiub neural atau Neural Tube Deffect (NTD) yang berlaku ketika bulan pertama kehamilan, ketika janin berusia 3-4 minggu dalam rahim ibu.
  • Pengambilan asid folik sebanyak 400 mcg (0.4 gram) setiap hari ketika sedang merancang kehamilan akan mengurangkan risiko kecacatan NTD sebanyak 75%

Teringat balik kisah ni bila akhir-akhir ni banyak dapat order B-Complex. Musim-musim orang nak menambah ahli keluarga agaknya ya.

Sedutan kisah si kecil Grayson yang menggemparkan. Dilahirkan dengan kecacatan anencephaly pada 2-15-2012, jam 10 pagi dan bertahan hidup selama 8 jam selepas dilahirkan.

Grayson James Walker was born on February 15, 2012. He was born with Anencephaly, a rare neural tube birth defect in which a baby is born without parts of the brain and skull. Action News 5 shared the Walker’s story about their sons eight hours of life shortly after he died.

Baca kisah lanjut bayi istimewa ini di SINI : PERKONGSIAN GAMBAR MIRACLE BABY, YANG DIKONGSI IBUNYA DISEKAT DARIPADA DISIARKAN DI LAMAN FACEBOOK

Mengurut dada, teringat kisah sendiri yang mengandung dan keguguran 6 tahun lepas. Memang tak pernah terfikir perlu ambil vitamin sebelum mengandung.

Masa 1st pregnancy yang miscarriage tu samalah juga. Tak sedar diri sendiri pregnant, sebab husband yang duk muntah-muntah demam loya segala. Tak tahu satu hal. Tak ada yang beritahu pun, ye juga.

Bakal ibu perlu mendapat cukup 400mcg asid folik sebaik sahaja merancang dan berusaha untuk mengandung (trying to conceive) dan keperluan yang sama berterusan selama 12 minggu pertama kehamilan. Ini memang saat-saat yang paling kritikal sebagai persediaan supaya banyak kesedihan dapat dielakkan selepasnya nanti.

Alhamdulillah sekarang dah faham dan sedar pentingnya semua ni kalau ada plan nak mengandung.


Supplement wisely. Kita ikhtiar setakat yang mampu, selebihnya tu bukan kerja kita. Habis dah usaha, barulah serahkan pada Qada dan Qadar Allah. Wallahualam.

Catatan seorang ibu anak 3 yang dah rajin makan B-Complex supaya tak jadi "mak kau hijau" hari-hari.

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !