PANTANG LARANG MAKAN ANTIBIOTIK. NO. 3 ADALAH YANG SELALU KITA BUAT!

Kak Ebah
0

Baru-baru ini saya melihat satu adegan marah-marah di klinik yang apabila diselidik rupa-rupanya ia berpunca daripada keengganan doktor memerikan antibiotik.

Orang sakit, tapi tak dapat ubat yang sepatutnya? Kenapa antibiotik?

Ada yang kata antibiotik itu bagus kerana dapat menyembuhkan penyakit dengan cepat. Betulkah?

Kenali antibiotik

Antibiotik adalah ubat khas yang digunakan untuk merawat jangkitan yang disebabkan oleh kuman bakteria.

Antibiotik TIDAK AKAN BERKESAN terhadap jangkitan virus yang bukan disebabkan oleh bakteria seperti demam biasa, selesema dan bronkitis akut iaitu sejenis keradangan atau kerengsaan pada saluran pernafasan (tiub bronkiul) di dalam paru-paru.

Penggunaan antibiotik secara tidak tepat atau berlebihan akan menyebabkan kerintangan antibiotik.

Yang paling penting, kita sebagai pengguna jangan memandai-mandai mengambil antibiotik tanpa saranan atau preskripsi daripada doktor atau ahli farmasi.

Pengambilan antibiotik tidak mengikut dos atau tempoh yang ditetapkan akan menjejaskan keberkesanannya untuk membunuh kuman atau dipanggil juga sebagai antibiotics resistant - kerintangan antibiotik.

Kerintangan antibiotik berlaku apabila antibiotik sudah hilang keupayaannya untuk membunuh bakteria. Ianya terjadi apabila bakteria mengubah dirinya sebagai cara untuk mengurangkan atau menghapuskan keberkesanan antibiotik.

Kerintangan antibiotik adalah disebabkan oleh penggunaan antibiotik yang berlebihan dan tidak tepat contohnya merawat jangkitan yang disebabkan oleh virus dengan antibiotik dalam kebanyakkan jangkitan bahagian atas salur pernafasan seperti sakit tekak dan batuk biasa.

Bakteria adalah organisme yang terdiri daripada satu sel sahaja, tetapi mampu menggandakan dirinya dengan banyak. Bentuk bakteria adalah berbeza-beza dan ianya boleh wujud di mana-mana sahaja, samada di dalam atau di luar tubuh kita.

Kebanyakan bakteria adalah tidak berbahaya dan sebahagian daripadanya sangat berguna untuk tubuh kita. Namun begitu, ada sesetengah bakteria boleh menyebabkan penyakit, sama ada kerana mereka berada di tempat yang tidak sepatutnya dalam tubuh kita atau bakteria itu sememangnya merbahaya dan boleh mendatangkan penyakit.

Berikut adalah panduan asas serta pantang larang yang penting dalam amalan makan antibiotik.

1. Menggunakan antibiotik atau memberi antibiotik kepada anak anda, apabila diPRESCRIBE oleh doktor SAHAJA.

2. Pengguna perlu tahu yang antibiotik tidak boleh dimakan dan dihabiskan dalam tempoh tiga hari kerana jika ia sekurang-kurangnya memerlukan lima hari untuk dimakan berterusan mengikut waktu dan dos yang ditetapkan oleh pharmacist.

3. Habiskan semua antibiotik dalam tempoh yang ditetapkan walaupun anda berasa telah sihat. Tidak menghabiskan antibiotik yang seperti yang diarahkan oleh doktor akan menyumbang kepada kerintangan antibiotik. Sekiranya anda tidak melengkapkan rawatan seperti yang disyorkan, kecenderungan berlakunya kerintangan antibiotik adalah tinggi disamping risiko berlakunya jangkitan-semula.

4. BIG NO! Jangan simpan antibiotik yang tidak habis digunakan untuk tujuan merawat penyakit yang sama pada masa akan datang. Sekiranya masih terdapat lagi baki antibiotik, pastikan ianya dibuang.

5. Jangan sekali-kali mengambil antibiotik yang dipreskrib untuk orang lain. Jangan berkongsi antibiotik atau menggunakan baki antibiotik sebelumnya. Ini kerana antibiotik ada banyak jenis, dan hanya doktor yang boleh menentukan antibiotik yang sesuai untuk merawat jangkitan tertentu.

6. Patuhi keputusan dan nasihat doktor APABILA doktor memutuskan anda tidak memerlukan antibiotik.

7. Amalkan kebersihan diri seperti mencuci tangan bagi mengelakkan jangkitan dan penyebaran jangkitan.

  1. Sekarang, musim virus everywhere. Baru-baru ni batuk, sampai sakit dada, terkencing-kencing huhuhu. Memang betul-betul ikut doktor punya advise, makan antibiotics 3rd times/day in 5 days.

Alhamdulillah, ngam habis ubat. batuk pun gone dengan izin Allah. Syukur sangat. Memang tak tahan betul kalau dah start batuk, sejak attacked asthma masa pregnantkan Nu'man dulu memang mudah triggered kalau batuk. Nak solat pun susah.

Semoga terus dianugerahkan sihat. Korang jugak, jaga kesihatan!

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !