BERSALIN NORMAL SELEPAS CZER, APA YANG IBU KENA TAHU UNTUK BUAT KEPUTUSAN

Kak Ebah
0

Yang sebenarnya, masa mengandung anak yang keempat ni jiwa memang kacau sesungguh-sungguhnya. Lansung tak happy, malah stress!

Pertama, SEBAB TAK READY.

Kedua, SEBAB SI ABANG MASIH FULLY BREASTFEED.

Yang ketiga, SEBAB ABANG YANG MASIH NENEN TU JUGA DILAHIRKAN SECARA PEMBEDAHAN.

Dalam hati dan fikiran, berlegar-legar perasaan dan persoalan :

  1. Ni nanti kalau perut makin membesar, tak sakit ke kat kesan parut tu?
  2. Syarat kata at least kena jarakkan 2 tahun, tapi aku?
  3. Boleh lagi ke kalau lepas ni nak bersalin normal?
  4. Kalau pilih nak bersalin normal, ada risiko tak?
  5. Tak nak kena bedah lagi sekali, sakit :(

And the list continue..

Macam-macam benda terfikir. Macam biasa, bila dalam situasi takut, negatif thoughts lagi banyak dari yang positif. Emosi menguasai diri huhuhu.

Mula lah membaca itu ini, tanya pendapat kawan-kawan yang pernah ada pengalaman yang sama.

Tanya juga pendapat doktor yang pelbagai dan dalam masa yang sama tak putus-putus berdoa semoga segala urusan kelahiran dipermudahkan.

Bersalin normal selepas pembedahan - Vaginal Birth After Caesarian (VBAC). Ini point penting yang ibu perlu tahu :

  1. Beza kelahiran sebelum dan kehamilan sekarang – sekurang-kurangnya 18 bulan
  2. Posisi bayi di dalam rahim normal – kedudukan kepala terletak di bawah
  3. Berat badan dan ukuran bayi di dalam kandungan juga mestilah normal
  4. Ibu mempunyai bacaan hemogblobin (hB) yang baik – risiko tumpah darah
  5. Ibu tidak mempunyai berat badan yang berlebihan - obesiti
  6. Ibu tidak mengalami placenta previa

Namun begitu, terdapat juga risiko-risiko lain yang kerap kali diulang oleh doktor setiap kali saya hadir untuk antenatal checkup. Antara yang penting dan paling diingati :

  1. Risiko berlakunya tumpah darah
  2. Risiko rahim pecah – berlaku pada 1 daripada 500 orang ibu
  3. Risiko kecederaan pada organ-organ di kawasan abdomen
  4. Risiko berlakunya komplikasi sehingga menyebabkan :
    • Kematian ibu semasa kelahiran
    • Kecacatan bayi selepas dilahirkan

Walaubagaimanapun, pilihan akhir adalah terletak di tangan ibu itu sendiri.

Sekitar 70-80% ibu yang telah menjalani pembedahan caesarean pada kelahiran sebelumnya BERJAYA melalui kelahiran normal pada anak yang seterusnya.

Alhamdulillah, keputusan yang saya ambil untuk bersalin secara normal dipermudahkan, dengan kenangan manis.


Saya sangat percaya, ia banyak berkait rapat dengan nutrisi yang saya ambil sepanjang berpantang anak sebelum tu (yang kena czer) dan semasa mengandung anak yang sekarang.

Pernah dengar kan, luka jahitan czer bernanah, ada jangkitan kuman dan terkoyak sehingga terpaksa dijahit semula untuk kali ke dua?

Baca : Set Bepantang Terbaik yang semua ibu patut pilih. Memang berbaloi!

Alhamdulillah, sekali lagi saya membuat keputusan yang tepat untuk bersalin di hospital pilihan, sejak bersalin anak sulung dulu.

Syukur, Allah permudahkan urusan kami.

Baca Juga : Hospital Bersalin Terbaik di Selangor. Pilihan saya sampai hari ini!

Tags

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !