NAK TAHU BAYI MENYUSU DENGAN BETUL, INI 5 PETANDA PENTING!

Kak Ebah
0

Cara lekapan pada payudara ibu adalah sangat penting bukan sahaja untuk menjayakan penyusuan susu ibu, tetapi untuk mengelakkan daripada terjadinya kecederaan pada puting.

Tidak dinafikan, ramai ibu yang surrender dan akhirnya mengaku kalah kerana posisi lekapan penyusuan yang salah sehingga menyebabkan puting luka, melecet teruk dan berdarah.

Lekapan yang betul, bukan sahaja sangat membantu perjalanan penyusuan, tetapi akan membolehkan bayi mendapat susu ibu dengan cukup dan efisien.

Terlebih dahulu, ibu perlu meransang dan membangkitkan tindakan refleks bayi untuk menyusu dengan mendekatkan puting ke kawasan hidung supaya bayi akan membuka mulut dengan luas seakan-akan menguap dan mencari-cari kedudukan puting.

Seterusnya, mari perhatikan tanda-tanda ini.

7 Petanda bayi menyusu dengan lekapan yang tepat :

1. Mulut bayi terbuka dengan luas semasa menyusu

2. Mulut bayi melekap di areola (dengan jarak sekitar 2 jari di kawasan hitam sekeliling puting ibu)

3. Bibir bayi melekap keluar dan ke bawah seakan-akan mulut ikan

4. Pipi bayi kelihatan penuh dan kedengaran bunyi menelan air susu

5. Hidung bayi berada pada kedudukan selari dengan payudara ibu

6. Permukaan areola sebelah atas lebih jelas kelihatan berbanding di sebelah bawah

7. Dagu bayi rapat pada payudara ibu.

"Aim your nipple to the roof of their mouth. When they attach, your nipple and most of the areola (the area around your nipple) should be deep in your baby's mouth. When your baby is attached properly, their chin will be pressed into your breast. Your baby's nose should be clear for easy breathing."

Antara signal bayi mendapat air susu yang mencukupi adalah :

  • 6 - 8 kali lampin basah dalam masa 24 jam
  • kelihatan ceria dan tidak resah dalam masa 1 ke 2 jam antara waktu penyusuan
  • kenaikan berat badan yang konsisten sekitar 120 ke 200 gram seminggu

Kak Ebah sendiri dulu, sebelum mengikuti kursus memang ada banyak juga ilmu yang belum tahu walaupun masa tu sudah bergelar ibu anak tiga.

Biasakan yang betul dan betulkan yang biasa.

Video ni antara yang paling suka guna untuk guide mommies especially kalau virtual coaching

Learning is lifelong journey. Its a never ending process.

Kak Ebah, kini seorang breastfeeding Peer Counselor. :)

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !