NOTA SEMINAR RUHI - FITRAH LILLAH, FILLAH, BILLAH

Kak Ebah
0

 "Fitrahnya kita manusia, bila buat sesuatu memang ada niat mahu mengharapkan sesuatu. Walau hati sebut "aku buat semua kebaikan ini ikhlas semata-mata kerana Allah"

Tapi, hakikatnya. In reality apabila berlaku keadaan yang di luar expectation kita, kita marah-marah dan ungkit sana-sini."
Mula-mula dengar tu lajuuu je juga sebenarnya nak pangkah. Eh, kita mana tahu apa ada dalam hati orang. Ikhlas tu mana kita nampak. Macam-macam lah ayat cover line nak justify amal baik yang diri pernah buat.
Dasarrrr.
Malu sendiri balik oi lepas dengar huraian teacher yang panjang lebar tapi sweet je di pendengaran marhaen macam saya ni.
Pesanan teacher,
Kehambaan ialah menyaksikan Allah pada setiap keadaan, di mana sahaja Allah letakkan kita. Sama ada susah atau senang, suka atau duka. Sekaligus menghapuskan sifat keakuan yang menebal dalam diri.
Pahala itu ukurannya hanya pada Allah. Tidak ada seorang pun yang dapat masuk ke syurga Allah atas amalan kebaikan yang dia berbuat, melainkan dengan rahmat Allah.
Sentiasa rasa entitled untuk dapat balasan, ganjaran atas segala sesuatu yang kita berbuat, sedangkan kita cuma saluran.
Kita selalu buat benda ni. Termasuk saya, selalu.
Sedar dengan tidak aja kita ni.
The moment kita rasa kita layak dapat balasan begitu begini atas kebaikan yang kita buat sekian banyak, di situlah permulaan dosa.
Berapa kali teacher sebut peringatan ni. Termenung panjang dengar. Banyaknya lahai dosa.
Makin korek, makin audit diri sendiri, makin tak jumpa yang betul-betul ikhlas.
Itu belum Allah yang audit dekat neraca timbangan. Allahu.
Allah tak memerlukan kita. Allah tak perlukan ibadah kita. Sebaliknya kita yang perlukan Allah. Kita tetap akan kembali kepadaNya. Segalanya untuk Dia.
Lillah. Fillah. Billah.






Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !