EASY NASI DAGANG, BLUSHING TAU BILA ANAK-ANAK & SUAMI PUJI !

Kak Ebah
0

My very 1st time.

Kak Ebah dah lama sebenarnya usha resepi nasi dagang ni kat google, tapi again and again tak tahu yang mana satu nak follow. Too many version and too complicated.

Sehinggalah terpanggil untuk call mokcik Maryani Mohamad yang memang handal perihal masak memasak ni. Bertuah sangat, nama aja anak buah tapi nombor dia pun tak ada. Asbab PKP ni lah semua mak sedara aku telefon tanya khabar dan minta resepi. Ampuuunnn mokcik.

Present kat dia semua plan, mendapat nasihat "how to make it happen" dan akhirnya... Menjadi dengan baik seperti yang diharapkan. Paling penting, semua rasa "takut tak jadi" tu berlalu pergi begitu sahaja walaupun baru pertama kali cuba.

Resepi penuh dan step by step ada di setiap gambar.


1. Bahan-bahan untuk nasi. Santan pekat, biji halba, bawang merah mayang halus, halia dipotong batang mancis. Garam secukup rasa. Ni sebab nak ambil gambar tunjuk kat korang, aku letak jelah satu sudu kecil gitu.




2. Kak Ebah sukat 6 cawan beras, 6 cawan air dan 1 cawan pati santan (pekat). This time senang gunakan santan kotak. Lawan dengan 1 ekor ikan tongkol, ngam-ngam.

Lebur bawang, halba dan hirisan halia atas beras, bersama santan dan garam. Rasa siap-siap lemak masin semua kasi cukup sedap di tekak.

Sama konsep macam tanak nasi lemak. Kalau rasa gedik nak simpul daun pandan pun belasah ajalah, suka hati korang. Kak Ebah tak buat, bimbang jadi nasi lemak pulak. 
Boleh guna periuk biasa atau pressure cooker. Tekan RICE. Korang agak-agaklah kalau periuk kat rumah tu jenis lain. PC Kak Ebah ni 12 minit.

Pakai periuk biasa pun no problem, inshaAllah jadi kalau sukatan air tu ikut tips "KEBENARAN".

3. Tu dia kejadian selepas. Cantik tertarik menarik kau memang debommmm. Gemburkan nasi perlahan-lahan dan padamkan suis sebelum nasi berkerak kat bawah.




4. STEP INI KENA BUAT MALAM SEBELUM NAK MAKAN NASI DAGANG.

Kak Ebah guna ikan tongkol hitam. Ada sesetengah supermarket tulis tuna. Perbezaan biasa dengan tongkol putih adalah saiz dan isi ikan. Yang hitam isinya lembut dan lebih sedap. Cuci ikan bersih-bersih dan susun dalam periuk favourite korang macam ni. Air tu banyak dia separas ikan je, nanti ikan akan keluar air dia sendiri.

Tabur garam, asam keping dan gula merah (nisse). Kak Ebah punya gula dah lembik, ku lebur je sebegitu. Rebus ikan sampai air kering, agak-agak tinggal 1/4 bahagian daripada asal. Ikan yang dah siap rebus. Keluarkan dan simpan. Air rebusan dan asam keping pun simpan tepi, kejap lagi kita nak guna balik.

5. Siapkan bahan tumisan. Hirisan lengkuas, halia sikit, bawang putih dan bawang merah/besar. Ini sukatan untuk 1 ekor ikan tongkol saiz besar.

Rempah gulai dan rempah masak cap Rose (dalam gambar). Nisbah 1 rempah masak : 1.5 rempah gulai. Kak Ebah guna 2 sdb rempah masak, 3 sdb rempah gulai.

Yang tak ada rempah cap Rose, no problem. Refer next picture.

6. Dalam mangkuk lain, masukkan rempah serbuk cap Rose, 4 sb cili boh, 1 sk serbuk kunyit, bancuh dengan air suam sehingga jadi paste.

Selain rempah cap Rose, boleh guna apa-apa sahaja rempah kari ikan, mix dengan rempah kari ayam, sedikit rempah kerutup, serbuk jintan manis, jintan putih, ketumbar dan kerisek. *Tak perlu tambahan serbuk kunyit sebab warna memang dah cun.

7. Panaskan minyak. Tumiskan bahan-bahan kisar tadi, sehingga garing. Bila tumisan dah rupa elok macamni, masukkan paste rempah tadi dan tumis lagi sehingga rempah juga garing dan pecah minyak.





8. Dah puas hati, masukkan perahan santan. Untuk 1 ekor ikan, 1 biji santan kelapa.

*Kak Ebah suka perah sendiri dari nyiur, daripada beli santan siap. Puas hati, senang nak agak. Rasa dia tu, lainnnn. "air tangan"





9. Kuah dah menggelegak, masukkan ikan rebus satu-persatu. Diikuti dengan air rebusan ikan yang aku cakap jangan buang tadi. Lepas tu bolehlah masukkan timun, potong seronglah sikit. Seni. 

Asam keping ikan rebus tadi pun masukkan. Kak Ebah letak dalam 3-4 keping je, bukan semua. Ni nanti korang adjust rasa dulu. Kalau rasa kurang asam, boleh tambah lagi. Perasakan dengan garam. Gula tak perlu, air rebusan ikan tu dah nice rasa dia. Tadi kan masa rebus kita dah letak gula merah.

10. Leburkan cili padi (tak dibuang tangkai) ke dalam gulai. Terus tukar nama jadi gulai, nampak? Bau dia masa ni, mashaAllah.

Tangkai tu tak buang, "petua supaya tak buasir" kata mokcik. So, Kak Ebah follow, supaya tak derhaka resepi. Nanti boleh picit-picit makan dengan nasi, dap ooooohhh. Biarkan mereneh dengan api perlahan sampai pecah minyak dengan begitu dahsyat begini. Sementara tu bolehlah kemas-kemas dapur yang dah berantakan.

THIS TIME BARULAH MASAK NASI. GULAI BUAT SIAP-SIAP MALAM SEBELUM, TAU!

Bangun esok pagi, panaskan sampai mendidih gulai atas dapur, sambil menunggu nasi masak.

Sebelum hidang, luncurkan telur rebus beberapa biji dalam kuah. Anak-anak pun suka ni. Hidangkan dengan acar jelatah. 


Makan sambil kenyit sebelah mata. Aummm!
Tags

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !