PUAS HATI BELI BARANG DAPUR BASAH ONLINE, THANK YOU SELDEC MARKETPLACE!

Kak Ebah
0

Dah berapa kali sahabat saya yang cantik merangkap orang kuat SELDEC Nora Abdullah war-warkan tentang SELDEC Marketplace ni.


Tapi entah kenapa belum pernah juga terjebak untuk buat order. Sejenis yang sukar nak sandarkan kepercayaan (dah macam tajuk lagu) dekat 3rd party bab benda-benda nak masak. 


Orang lain saya tak tahu tapi saya tak biasa order raw material guna kecanggihan teknologi. Memang kalau boleh, nak tangan dan mata sendiri yang pilih, baru confident, baru semangat nak masak. Macam datang "roh" gituuuu. Sehinggalah semalam, melintas di feed short live beliau tentang promosi Pasar Rabu yang katanya akan tamat jam 6 petang untuk grab semua hadiah, offer, free postage.


Terus jari laju-laju tekan link yang beliau share acah-acah nak kejar happy hour https://seldec.com.my/en/ . Memang betul sangat kan, orang perempuan kalau bab-bab dapat barang percuma macam ni memang pantang. Zas zas zas dan siap! Upon checkout, terus apply kupon sempena hari Rabu, dapat lagi off RM8 kat situ. So so so good deal and it makes me soooo happy!

Berdebar-debar juga sebenarnya tunggu barang sampai macam senyap sunyi je tak ada khabar berita (selain email notification). To be frank, ini memang FIRST TIME beli barang basah level pasar macam ni thru online, guna rider segala. Tu yang macam over sikit siap berdebar bagai.


Tiba-tiba, elok je masuk rumah lebih kurang jam 5.15 tadi, dengar ada orang sebut nama dan belum apa-apa lagi dia dah sampai depan pintu kita (betul-betul at your doorstep). Tak berapa waras juga pun sis masa membeli tu sebab boleh dikatakan semua item yang dipilih, dengan perasaan sama seperti tengah duduk dalam pasar. Konon-konon nak test je dulu, sebab beliau kata akan dapat macam-macam free gift TERMASUK BELANJA DELIVERY. Sekali tuu.... sampai penuh shopping cart sis, dah macam kena rasuk.


Kuih-kuih tradisional, frozen products, daging lembu tempatan, ikan patin originated from Pahang pun ada (dah siap siang rupanya, tinggal nak potong je ikut saiz apa yang kita nak) 


So, kita summary kan balik BEST DEAL FOR PASAR RABU EVERY WEDNESDAY :

  1. Free delivery for minimum order RM30
  2. Discount RM8 untuk pembelian with PROMOCODE
  3. Free gift untuk setiap pembelian RM50, RM100 dan RM150

Testimoni?

Memang dah banyak kali tengok beliau review tentang belian barang dapur, how efficient Seldec Rider buat penghantaran dan betapa berkualitinya produk-produk IKS yang dijual di situ. 

Dah alang-alang barang sampai, kita pun masih dalam proper costume, kasi review la satu kali.


Again, Thank you Noraziziah, Thank you SELDEC

Tags

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !