BREASTFEEEDING CONSULTATION SPECIAL BABY HOME VISIT

Kak Ebah
0

Perasaan dia..

Bila dapat assist/consult mak baru lepas bersalin, yang hampir putus asa...
Bila berjauhan dengan baby
Bila mak balik rumah dulu
Bila baby kena tahan NICU
Ini memang banyak terjadi. Sampai ada ibu
yang terus "control+alt+delete" niat awal untuk menyusukan bayinya.
Sedih. Takdir tidak menyebelahi.
Bukan taknak bagi susu sendiri, tapiii...
Hari pertama - susu saya tak keluar lansung.
Hari kedua - dah picit-picit, meleleh je, tu pun sakit dan sikiittt sangat.
Hari ketiga - dah bengkak ni, tapi bila pam dapat tak sampai 1oz pun, takkan nak hantar kat hospital banyak ni.
Saya kata, sikit pun ok. Yang penting baby dapat kolostrum, untuk built antibodies. immunoglobulin dihantar dari ibu sebagai "first vaccine/immunity" untuk protect bayi.
Early days macam sekarang, is the critical days for you and for your baby.
Memang sikit je yang perlu, perut baby pun baru sebesar kacang walnut waktu ini.
Kalau sekali perah terus dapat penuh sebotol 5oz, itu dah oversupply. Breastfeeding, bukan medan untuk berlumba-lumba susu siapa banyak, dia menang.
Jangan diskaun apa juga usaha kita disebabkan oleh hasil yang belum "nampak".
Dari selepas maghrib sampai isya'.
Susu cuma menitik-nitik sendu.
Selepas lebih sejam,
Berhasil dengan 3 oz
Dapatlah hantar pada baby yang dah stop puasa dan dah boleh cabut tiub oksigen petang tadi.
Allahu Allah...
Beliau panggil husband, "yang, tengok ni susu banyak" (walau cuma 3 oz yang dikumpul dari kedua-dua belah).
Of course happy!

Memang hormon oksitosin berkadaran lansung dengan emosi ibu, walau anak tak ada depan mata, atau di atas riba. Boleh transfer pula kebahagiaan yang sama pada ayah baby yang tak payah nego, nak berulang lagi sekali ke hospital.
Jangan tak tahu, kesan oksitosin ni mudah merebak. Mudah-mudah je bapak pun akan rasa tenang, gembira, bahagia, sama macam ibu.
That's how beautiful it is. Secara automatik, semangat ibu pun mencanak naik semula.
Kadang-kadang, ilmu yang tahu pun jadi tak tahu bila tak dapat support, atau tiada yang bertanya khabar dalam situasi getir macam ni.
Update hari keempat, sekejap lagi nak pergi hantar dah. Undescribable tengok gambar.
Speechless.
Dapat update macam ni pun bertakung airmata. Dalam keadaan, lansung tak dapat sentuh baby, apa lagi nak dukung sejak dilahirkan. Special baby.
Memang tak mudah.
Tapi ajaibnya title ibu, hanya ibu yang tahu bagaimana dimengerti perasaan itu.
Kak Ebah,
Your breastfeeding besties.


Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !